Sunday, August 5, 2018

PKR pertahan Sungai Kandis

PKR pertahan Sungai Kandis
SHAH ALAM - Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni diumumkan memenangi kerusi Dun Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi.

Mohd Zawawi memperoleh 15,427 undi menewaskan saingan dari BN, Datuk Lokman Noor Adam yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K.Murthy hanya menerima 97 undi.

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus PRK Dun Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, sebentar tadi.

"Saya mengisytiharkan PRK Dun Sungai Kandis yang diperolehi ialah BN, 9,585 undi, Bebas, 97 Mohd Zawawi dengan 15,427 undi.

"Dengan ini saya isytiharkan Mohd Zawawi dari parti PKR telah memenangi PRK Dun Sungai Kandis," katanya.

Turut hadir pada majlis pengumuman keputusan rasmi ini Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.


Mohd Zawawi merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Pusat.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood mengesahkan peratusan keluar mengundi hari ini adalah 49.4 peratus, iaitu kedua terendah selepas PRU12 di Dun Penanti dengan 46 peratus.

Menurutnya, SPR akan mengkaji punca angka keluar mengundi yang rendah dan sebarang aduan yang diterima.

"Kita akan kaji kenapa angka begitu rendah dan sebarang bantahan boleh dibuat mengikut tempoh ditetapkan.

"Mana-mana aduan kita akan lihat selepas ini sama ada melanggar peraturan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan di Dewan Besar Tanjung MBSA, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...