Wednesday, January 29, 2020

Najib baik diam.. Yang pasti zaman PH tol turun, BN tol naik..!



KUALA LUMPUR - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal mengalami kerugian susulan langkah kerajaan memperkenalkan penstrukturan semula konsesi tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS), adalah tidak berasas.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua berkata, Najib menerusi laman Facebooknya, telah memetik kenyataan daripada pihak kerajaan bahawa jumlah penjimatan pengguna tol sepanjang baki konsesi adalah RM26 bilion manakala jumlah penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi adalah RM42 bilion.


Bagaimanapun, katanya, Najib telah mengeluarkan kenyataan bahawa 'jumlah kerugian yang ditanggung oleh pencarum KWSP dan pengguna tol masa depan sepanjang baki konsesi’ ialah RM68 bilion atau dengan mencampurkan kedua-dua jumlah RM26 bilion dan RM42 bilion.

“Penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi sebanyak RM42 bilion adalah terdiri daripada pampasan sebanyak RM26 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan jika kadar tol semasa dibekukan sehingga akhir konsesi sedia ada akibat kadar tol yang akan dinaikkan 5 peratus setiap tiga tahun.

"(Juga) pampasan tambahan sebanyak RM14 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan oleh kerana pemberian diskaun tol 18 peratus daripada kadar semasa mengikut konsesi sedia ada, serta hutang semasa yang tertunggak sebanyak RM2 bilion yang perlu dibayar oleh kerajaan kepada PLUS.

“Oleh sebab itu, pencampuran RM26 bilion dengan RM42 bilion oleh Najib langsung tidak berbangkit, tidak logik dan tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Damansara berkata, seperti yang telah diumumkan, nilai ekuiti PLUS yang dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan KWSP akan dikekalkan dan dilindungi melalui penerbitan bon oleh PLUS kepada pihak pemegang saham.

Justeru itu, bayaran dividen daripada KWSP kepada pihak pekerja Malaysia tidak akan terjejas, tegasnya.

Tony berkata, menurut formula kerajaan, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun yang besar manakala kerajaan akan mendapat penjimatan susulan hutang kepada PLUS dihapuskirakan dan pampasan untuk diskaun tol tidak perlu lagi dibayar sepanjang konsesi,

"Seperti yang disahkan oleh Menteri Kewangan pada minggu lalu, rakyat Malaysia akan menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus mulai 1 Februari 2020.

"Pencapaian ini adalah selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan yang berjaya dilaksanakan tanpa merugikan kerajaan atau pembayar cukai Malaysia. Sebaliknya, penjimatan yang diterima oleh kerajaan akan dapat diperuntukkan semula kepada semua rakyat seluruh negara dalam bentuk kebajikan atau pembangunan," katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/67746/BERITA/Nasional/Dakwaan-Najib-tak-berasas-kata-Tony-Pua


2 comments:

  1. zaman ph tol turun tp dividen asb khasny untuk org melayu kenapa mendadak jatuh

    ReplyDelete
  2. PH SIAP NK JUAL ASET TABUNG HAJI LAGI KONONNYA PH NI BETOI ....TUNGGU PRU AKAN DATANG MAMPUIH TERKUBUR LAH PH....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...