Sunday, February 18, 2018

Apabila HADI kata 'AMANAH pecah-belah umat Islam, undi Melayu'

'AMANAH pecah-belah umat Islam, undi Melayu'


Semakin parah nampaknya Hj Hadi ini... dulu dia yang kata Parti Amanah Negara (AMANAH) ni parti nyamuk. Hanya boleh bertahan untuk 2 tahun sahaja...

Tiba-tiba lani Hj Hadi rasa cemas dan gerun dengan kekuatan AMANAH lalu berkata :

1) AMANAH mahu bertanding di kerusi PAS hanya akan memberi kemenangan kepada Umno.

2) “AMANAH wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang.

3) “Kalau benar AMANAH mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun?

4) “AMANAH adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,”

Lawak sunggoh Hj Hadi bila tuduh AMANAH macam itu...


Walhalnya pemimpin-pemimpin AMANAH adalah terdiri daripada kalangan bekas ahli Pas yang sangat tegas dan istiqamah dalam perjuangan mereka menentang Umno Bn.

Kewujudan parti AMANAH adalah merupakan parti Islam yang ingin meneruskan legasi perjuangan Islam almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Ust Fadzil Nor setelah Hj Hadi yang memimpin Pas hari ini telah gagal meneruskan legasi perjuangan kedua orang tokoh tersebut.

Amat lucu sekali bila Hj Hadi tuduh AMANAH sebagai memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan akan memberi kemenangan kepada Umno?

Bukankah AMANAH, PAS dan UMNO adalah parti Melayu Islam? Kalau mereka bertanding sesama mereka nanti, adakah DAP yang akan menang? yang menang tetap parti Melayu Islam... kenapa Hj Hadi perlu cemas??

Dan kenapa pula Hj Hadi takut kalau Umno yang menang? Bukankah Hj Hadi sendiri yang mahu Najib Tun Razak dikekalkan sebagai PM?

Salahkah AMANAH mahu lawan Umno?

Setelah melihat Pas semakin mesra Umno dan tidak lagi menyerang Umno, sudah tentulah AMANAH tidak boleh biarkan PAS lawan olok-olok dengan Umno dan biarkan Umno menang mudah begitu sahaja.

AMANAH terpaksa lawan UMNO dan Pas setelah Pas menolak pelawaan AMANAH untuk bermuafakat menentang Umno Bn.

Hj Hadi dengan rasa bongkak dan sombong mentohmahkan AMANAH sebagai melukut di tepi gantang sahaja.Tunggulah selepas PRU14 nanti baru kita tahu keadaan yang sebenarnya.

Alhusseyn Alhusseyn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...