Sunday, February 18, 2018

Dapat masuk UTUSAN, semangat bantai AMANAH.. tapi UMNO BN sentuh pun tidak..!

Amanah dihentam , parti sarkas tak tercuit.


1. Hebat..pemimpin tertinggi parti suci diberi ruang oleh akhbar Mingguan Malaysia dalam satu wawancara penuh.

2. Maka, antara lain digunakan peluang itu utk bantai Amanah dan DAP khususnya. Parti sarkas dan MO1 tak tercuit. Kalau cuit sikit-sikit tu saje lah nak "berlakon", konon kami juga lawan parti sarkas. Dengan orang lain boleh lah temberang, dengan Amanah sori mori lah.

3. Maka dilaporkanlah yang beliau kata kehadiran parti Amanah ( wartawan sibuk guna istilah PAN ) dilihat hanya mahu pecahkan undi melayu dan umat Islam pada PRU 14.

4.Ehem..dulu parti sarkas yang istiqamah tuduh parti suci pemecah belah. La ni peluru yang sama parti suci guna. Memang ada "chemistry" betul lah parti suci dan parti sarkas sekarang.Moga terus bahagia begitu.

5. Tak pe lah jika kerana lawan kebobrokan parti sarkas dikatakan pemecah belah , rasa bangga pulak dengan label tu. Shukran jazeelan Pak Aji.Amanah yang lawan parti sarkas bersama PH dikira pemecah belah, habis yang selalu bagi nyawa kat parti sarkas digelar apa ya Pak Aji ?


6. Dikatakan juga "Amanah adalah ijtihad yang salah...". Agaknya kot. Mungkin ijtihad yang betul agaknya yang selalu pakat tolong parti sarkas melalui politik matang dan sejahtera hingga bukan sekali parti sarkas ditolong dengan kenyataan dan sikap mereka.

7. "Kalau benar Amanah mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi Pas yang menjadi tradisi pertandingan Umno-Pas sejak puluhan tahun dahulu?" Wirid beliau yang akan selepas ini dibasahi di bibir ahli bawah seperti mana burung belatuk ber"wirid". Betul ke salah tak penting dalam tradisi orang berwalak. Tu yang pemimpin mcm dia seronok.

8. Senang je pak Aji nak jawab. Kami sibuk kat situ sebab parti pak Aji dah tak sibuk nak lawan parti sarkas lagi kat situ. Hingga ada rakyat yang dah tak nampak lagi beza parti suci dan parti sarkas. Lihat je wawancara pak Aji..mana ada cuit parti sarkas mcm mana pak Aji cuit Amanah dan Dap.

Alahai pak Aji tak payahlah guna hujah tradisi. Itulah hujah orang yang lawan Nabi selalu guna-byk dalam Al-Quran-kami buat perkara ni sebab kami lihat nenek moyang kami buat mcm tu? Mcm hujah dulu, kini dan selamanya versi Umno atau versi parti suci istiqamah ( bunyi arab sikit ).

Hanipa Maidin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...