Kerajaan Kelantan tubuh Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) untuk jadi medium rasmi kerajaan menyalurkan kebajikan dan mendengar permasalahan rakyat bukan Islam di negeri itu di peringkat akar umbi.
Perkara itu diumukan Menteri Besar Ahmad Yakob melalui perutusan sempena Tahun Baru Cina.
Satu langah baik untuk memastikan bukan Islam yang merupakan golongan minoriti terbela. Tetapi sejauh mana penubuhan pusat itu menjadi kenyataan dan kerajaan merealisasikanya?
Ini dipersoalkan kerana sikap kerajaan selama ini yang lebih bersikap “lembu kenyang” sahaja terhadap apa-apa permasalahan dibangkitkan. Sudah berkoyan Husam Musa bangkitkan masalah kelemahan dan kepincangan kerajaan yang membawa kerugian kepada rakyat dan negeri tetapi satu pun tidak dijawab oleh Ahmad. Ahmad dan kerajananya buat pekak badak sahaja.
Kalau hal-hal yang utama begitu membabitkan kepentingan ramai umum pun tidak dilayan dan dipekakbadakkan, usahkan masyarakat bukan Islam teruja dengan penubuhan PEKA itu. Ia tidak pun ke mana, melainkan ia ditubuh untuk dijadikan “cacing” (umpan) menjelang pilihan raya sahaja.
Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan keprihatinan Ahmad kepada masalah rakyat dan negeri, cukup kalau beliau jawab dan jelas berkaitan pembelaian setesen Pertons oleh Kopeladar bernilai RM3.5 juta di Tunjung yang tidak beroperasi. Pembelian itu ada yang meragukan.
Sehingga kini baik Ahmad atau timbalannya, masih “membadak” pekak untuk membuat penjelasan. Trims.
Mohd Sayuti Omar
No comments:
Post a Comment