Saturday, February 17, 2018

ISU DIPLOMAT ISRAEL - Semua salah Abdul Hadi Awang?

KEHADIRAN Diplomat Israel ke Forum Bandar Sedunia Ke Sembilan (WUF9) di Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan kegusaran dan kemarahan terutamanya kepada umat Islam di dalam negara.

Kegusaran dan kemarahan tersebut terbentuk takala rakyat masih lagi terkesan dengan program MyAqsa yang diadakan di Putrajaya sebelum ini di mana umat Islam bersolidari untuk mendukung dan berdiri sama teguh dengan rakyat Palestin menentang kezaliman dan penjarahan yang dilakukan Israel termasuk merampas bumi Palestin dari rakyatnya.

Namun yang menjadi kehairanan, disalahkan pula Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di atas kemasukkan Diplomat Israel tersebut ke dalam negara, logikkah tuduhan murah sebegitu? Berhentilah menjadi pelacur politik murahan!

PAS konsisten bersama Palestin

Isu Palestin ialah isu umat Islam sejagat. PAS sejak dari dahulu konsisten menentang apa yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan penjajahan ke atas bumi Palestin. Sudah berpuluh program sama ada di dalam negara mahupun luar negara disertai PAS ataupun yang dianjurkan PAS dan belum pernah PAS kendur walau sedikitpun dalam isu Palestin. Sejarah membuktikan PAS sememangnya memperjuangkan nasib Palestin dan warganya.

PAS menentang keras kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, pendudukan secara haram oleh Israel ke atas Palestin, penutupan sempadan Gaza dan Mesir yang menyukarkan urusan harian rakyat Palestin dan pelbagai lagi kekejaman Israel ke atas Palestin. Kesatuan Ulama Islam Sedunia melalui Tuan Guru Presiden PAS adalah di antara suara utama dunia Islam dalam menentang pendudukan haram Israel ke atas Palestin dan kekejaman yang dilakukan mereka ke atas warga Palestin.

Bukan sekadar solusi dua negara ditentang seperti yang diperjuangkan kebanyakkan pihak, malah PAS mahu Israel berundur sepenuhnya dari bumi Palestin. Sebaliknya diiktiraf negara Palestin serta menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Bermula dari Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan sehinggalah Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, perjuangan PAS terhadap Palestin tidak pernah berubah.

Bila membenci tidak ketahuan

Menjadi kemusykilan mengapa dikaitkan Tuan Guru Presiden PAS dengan kemasukan Diplomat Israel ke dalam negara seolah-olah Tuan Guru Presiden PAS yang menjemput Diplomat tersebut. Ada juga yang tiba-tiba menghentam Tuan Guru Presiden PAS kerana tidak bersuara menentang kemasukan Diplomat Israel seolah-olah beliau tahu jadual mahupun program PBB atau pun beliau Menteri Luar Negeri.

Bukan menjadi bidang kuasa Tuan Guru Presiden PAS untuk diberitahu kepada beliau mengenai program tersebut, kerana beliau bukan sebahagian dari kerajaan atau wakil kerajaan di dalam PBB.

Menolak dengan konsisten

Seharusnya sebelum menerima tawaran untuk menjadi tuan rumah forum tersebut, kerajaan sepatutnya menyemak dahulu senarai negara yang akan menghantar wakil dalam forum tersebut.

Maka apabila Israel terbabit dalam forum tersebut, satu sudut kerajaan seolah menerima kehadiran Diplomat Israel. Pada pandangan umum nampak seperti kerajaan hanya beretorik dalam memperjuangkan nasib Palestin dan warganya, berlawanan dengan apa yang diucapkan dalam bantahan dan program terdahulu.

BPMS lebih mulia dari kebencian

PAS mengajak seluruh masyarakat agar berpolitik dengan matang, politik yang berpaksikan kebenaran, berfakta serta membawa kesejahteraan kepada masyarakat. Berpolitik dengan kebencian, tipu daya, memfitnah, menghasut, mengeluarkan kata-kata kesat dan menimbulkan prasangka buruk hanya akan merosakkan masyarakat dan negara.

Walau berbeza pandangan mahupun ideologi, keharmonian dan kesejahteraan rakyat patut diberi keutamaan. Jangan kerana hendak menang sokongan rakyat dan pilihan raya, digunakan segala jenis tipu daya dan helah licik tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal terjadi kepada masyarakat dan negara. Maka disebabkan itu PAS mengajak seluruh pihak agar mengamalkan BPMS agar masyarakat dan negara terpelihara.

Mengaitkan Tuan Guru Presiden PAS dengan kemasukan Diplomat Israel ke dalam negara ataupun dengan mengatakan Tuan Guru Presiden PAS berdiam diri membiarkan Diplomat Israel menjejakkan kaki di dalam negara akan menghakis sokongan masyarakat terhadap PAS, sebenarnya ia tidak akan berlaku dan hanyalah kerja sia-sia.

Rakyat makin celik dan sedar realiti politik semasa kerana segala maklumat hanya di hujung jari sahaja. Setiap kali difitnah, PAS makin kuat. Setiap kali dihenyak, PAS makin hebat.

SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik

1 comment:

  1. Fakta: sampai sekarang tak ada statement drpd Hj Hadi pasai isu ni. Takkan nk jadi macam Nik Amar kat Kelantan pasai isu org asli, "Kerajaan tak tahu..." Betapa alert'nya pemimpin PAS dalam isu negara. Pemimpin macam ni patutlah dapat perintah sepenggal jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...