Sunday, September 16, 2018

Ahli PAS berkurangan hampir 80,000 orang

 https://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/04/PAS.jpg
MUKTAMAR | Jumlah keanggotaan PAS didapati menurun hampir 80,000 selepas parti itu melakukan "pemutihan". Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berdasarkan rekod yang ada pada PAS jumlah anggota parti itu sekarang ialah 818,029 orang dan ada 7,140 cawangan di seluruh negara. 

Berucap semasa sesi penggulungan petang ini Takiyuddin menjelaskan PAS Pusat juga mendapati ada 20 kawasan yang tidak memiliki dewan muslimat dan 11 kawasan tidak ada dewan pemuda. Kata Takiyuddin, berbanding dengan 222 kerusi parlimen yang ada ketika ini ada 26 kawasan di tempat tertentu yang belum ditubuhkan organisasi parti itu. 

Untuk rekod semasa muktamar PAS di Alor Setar pada tahun lalu Takiyuddin mengumumkan parti itu berjaya menambah hampir 100,000 anggota baru sejak pertengahan 2016. Pertambahan itu menjadikan jumlah anggota PAS ketika itu seramai 897,800 orang, dan ia tidak mencapai sasaran sejuta ahli yang ditetapkan ketika itu. 


Berdasarkan maklumat diberi Takiyuddin hari ini, terdapat penurunan 79,711 orang - atau 8.89 peratus - anggota PAS sekarang berbanding tahun lalu. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan punca atau faktor penurunan jumlah keanggotaan berkenaan. Arahan mesti laksana Sementara itu Takiyuddin juga mendedahkan pengurusan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) masih belum memuaskan. 

Beliau yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata DHPP baru dapat mengadakan konvensyen untuk kali pertama pada tahun ini dan ia akan dijadikan agenda tetap muktamar. Bagi tahun ini kata Takiyuddin DHPP hanya berjaya menambah kira-kira 100 orang anggota baru, termasuk dari Sabah dan Sarawak. "Ini menunjukkan sistem kita belum cukup sempurna dan efisyen," katanya. 

Justeru Takiyuddin mengarahkan supaya timbalan yang dipertua PAS di sesuatu kawasan dilantik menjadi penyelaras DHPP bagi menarik lebih banyak sokongan kepada sayap parti Di peringkat negeri pula katanya timbalan pesuruhjaya pula dilantik menjadi penyelaras DHPP sesebuah negeri. "Tak mungkin ada kawasan yang tak ada orang bukan Islam. "Ini arahan yang mesti dilaksanakan," katanya. -malaysiakini

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...