Axello Mane
ADAKAH MARCOTE MASALAH UTAMA KEDAH?
Ratio kemenangan bawah 30% adalah sesuatu yang memang lemah untuk dinilai.
Aku tak nak nafikan jika orang Kedah cakap season ni mereka struggle. Jika hanya menilai pada statistik, memang tak akan ada apa. Skor 3 atau 4 gol tapi bolos 3 atau 4 gol tetap tak akan menang.
Namun dalam kita berbicara soal kualiti berpasukan, adakah tepat untuk tuding jari kepada Ramon Marcote 100%.
Untuk membentuk pasukan yang kompeten, sesebuah pasukan biasanya memiliki
1. Good pair CB
2. Good GK
3. 15 goals attacker (kalau eropah 20 gols la, sebab liga kita less games)
4. Good squad depth
Daripada 4 aspek di atas, aspek 1 Kedah terus failed. Kenapa?
Mereka terlalu kerap menukar dept. CB setiap musim. Pasukan yang stabil macam JDT pun tak easily tukar department tu.
Pahang musim ni, mereka banyak bergantung pada Afif dan Muslim. Aku bukan fans si Afif ni tapi statistik dia berbicara membuktikan dia bermain baik dengan Muslim.
Sebab ada latihan berterusan secara bersama.
Kedah pada 2016 menggandingkan Bang Seung Hwan dan Khairul Helmi.
2017 dengan Khairul Helmi dan Zac.
2018, Khairul Helmi dan Alvaro Silva
Tang Keeper tu aku rasa ok dah. Pasal 15 goals per season tu, pun asyik tukar tukar setiap musim dan tak jumpa best attacker.
Alasan tak nak extend kontrak Ilso adalah kerana pemain mintak gaji naik.
Dey, mana-mana pemain akan mintak increement kalau sign new deal. Kecualilah mereka memang off peak. Tu pun ramai legend di Eropah akan ke MSL sebab tak sanggup drop gaji jauh sangat.
Squad depth tu pun kena kaji. Adakah suqad depth mereka ada kuantiti yang baik atau kuaiti yang baik. Good team akan mampu kurangkan jurang kualiti pemain utama dan kedua serta ke-3.
Dalam menuduh kesalahan kepada coach 100%, buatlah pertimbangan. Siapa yang pilih pemain. Dia datang terus dapat set pemain yang ada.
Dia cuma bawak Pallares dalam pasukan. Tu pun ramai pertikaikan, suruh dia rehat sebab ia yang bawak Pallares. Memang sepatutnya coach la yang bawak pemain.
Pasal Pallares ni memang aku tekankan ada risk tersendiri nak pakai poacher dalam sistem permainan free flowing. Sebab poacher ni tak akan terlibat aktif engan build up.
Musim lepas pun Ilso sama. Cuma Ilso ni ada ratio gol yang padu. Distributions Kedah musim lepas lebih baik. Musim ni, malas aku nak cakap.
Pemain off form tu biasa dalam bola sepak. Tak semua pemain akan on form. Alexis Sanchez di MUFC pun masih cari rentak. Tak ada KEPMU suruh Mourinho rehat sebab bawak Sanchez.
Bagi aku skuad Kedah yang ada ni bermasalah dari segi defending.
Kenapa perlu double standard dalam mengkritik? Sebab nama-nama cult heroes dalam pasukan seperti Rizal Ghazali, Khairul Helmi?
2 pemain ni musim ni bergelut dengan prestasi tetapi tak siapa pun banyak kritik mereka seperti mana orang kritik Pallares.
Aku bagi contoh je lah. Bukan aku anti si Keon dan Rizal ni. CONTOH. Adakah kritikan kepada pemain seperti ini jika mereka buat mistake akan sepanas kritikan kepada Pallares yang sepak angin?
Kalau skor 10 gol bolos 12, takkan nak maki attacker? Salah taktikal Marcote ataupun salah individual ataupun defensive errors?
Pahang 10 gol, no.2
JDT 9 gol no.1
PKNS 9 gol no.3
So rumusan aku. Dari segi ration kemenangan, Marcote berhak direhatkan.
Tetapi kita ni manusia yang ada pertimbangan. Pertimbangkan aspek lain.
Coach ni ada kuasa terhad dalam mengawal pasukan kerana pengurus dan coach orang yang berbeza.
Tiada masalah jika pengurus pasukan dan coach saling faham memahami macam di Itali.
Sebelum coach datang, si pengurus dah contact coach dan tanhu apa DNA mereka ni. Apa jenis pemain mereka nak. Sign atau kekalkan pemain yang sesuai dengan coach.
Pasukan Kedah musim lalu menjuarai 1 cup competitions, 1 naib juara dan 1 Piala Sumbangsih. Agak hebat sebenarnya.
Cuma orang tak yakin dengan Nidzam dan Nidzam sendiri pun cakap dia nak kembali ke jawatan lama dia sebagai assistant. Dia pun nak Kedah cari orang lebih hebat.
Terus keluar nama Marcote masa tu.
Dia mewarisi skuad yang ada isu pemain dah past their prime dan isu skuad yang hilang kualiti secara berpasukan.
Hal ini berlaku apabila pemain tidak berada dalam form terbaik. Lack of motivation dalam padang, asyik tension je.
Pembangunan pemain muda jadi stuck. Aku tak tau kenapa. Mana development progression? Hanya Akhyar yang meningkat naik. Pemain macam Amirul Hisyam, Syazwan Zainon pula nampak pegun so far.
Seterusnya isu pertahanan ni aku tak pasti berapa musim dah aku cerita pasal benda ni.
Sebab tu Kedah struggle dalam liga sebelum ini dan melakukan tugas baik dalam cup competitions.
Dalam cup competitions ia tak pentingkan konsistensi, ia perlukan 1 night form.
Dalam liga perlukan konsistensi. Musim sebelum ini pun banyak juga mereka bocor 4 gol 3 gol tanpa disangka-sangka.
Nidzam mungkin akan dapat balik better form kerana suasana baru dalam dressing room dan dia akan motivate pemain untuk buat sesuatu.
Buat satu carta senaraikan berapa defensive errors/individual errors kemudian bandingkan dengan skor jika individual errors tu tak berlaku.
Baru tentukan itu salah taktik ataupun salah individu. Jika taktik cakap, kau pergi attack the box dan stay in defender shoulder sebab no.10 akan release kau.
Kau dah ikut. Sampai 1 on 1 dengan keeper, kau shot kelaut, itu bukan salah coach.
Marcote dengar kata akan ada potensi kembali semula ke dalam pasukan selepas meeting.
Tapi, tak rasa Marcote dan KFA rugi sangat dari segi kewangan sebab kontrak coach Ramon kalau tak silap semusi je kan?
Dah biasa terminat kontrak coach ni, pakai alasan rehat la senang. Tak perlu bayar klausa release clause.Cuma bayar gaji bulan bulan sampai kontrak habis.
Dia adalah young coach yang ada potensi. Dia mewarisi skuad yang ada isu pemain dah past their prime dan isu skuad yang hilang kualiti secara berpasukan.
Cuma aku nak gariskan, masalah Kedah ni lebih daripada sekadar Marcote. Ianya bermula sebelum kedatangan Marcote. Pembentukan skuad yang tidak cukup bagus.
Pep Guardiola pun 0 piala musim pertama. Dia sendiri berkata, dia berhak dipecat mid season lepas.Tapi owner trust kredibiliti dia. Second season dia pilih pemain dia nak dan offload beberap nama. Contoh je la.
Kalah dengan Pahang yang on form pada Piala FA tu rasanya, mana-mana pasukan boleh kena dengan Pahang buat masa ni.
So, semoga bola sepak Kedah kembali ke landasan yang sebetulnya.
Aku terima fans dan mulai panik. Tetapi adakah menyingkirkan Marcote adalah penyelesaian terbaik?
Ataupun start fokus benda lain untuk damage fix season ni dan bekerja untuk season depan?
https://www.facebook.com/axello.mane.9/posts/211221489628703
No comments:
Post a Comment