Thursday, March 29, 2018

Mat Bashah kata rakyat Kedah bukannya bodoh nak pilih pembangkang


Rakyat Kedah tidak bodoh: Bashah

Bashah
ALOR SETAR - Rakyat Kedah tidak bodoh untuk menyokong Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat Kedah tahu untuk menilai demi masa depan mereka.

“Sebanyak 41 peratus undi Melayu berpihak Harapan, 36 peratus Umno, itu semua adalah pandangan dia (Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli)... biarlah.

“Rafizi bukan orang Kedah, dia tidak tahu apa cita rasa atau kehendak orang Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi yang menjangkakan Kedah bakal jatuh ke tangan Harapan pada PRU14.

Kenyataan itu dibuat oleh Rafizi, berdasarkan hasil kajian invoke, undi Melayu kepada Harapan mengatasi Umno dan Pas, iaitu sebanyak 41 peratus undi Melayu berpihak Harapan, Umno (36 peratus) dan Pas (23 peratus).

Ahmad Bashah berkata beliau yakin bahawa rakyat Kedah tidak akan membuat sesuatu (keputusan) merugikan mereka.

“Cukup sekali Kedah bawah pembangkang. Lepas ini, tidak mahu lagi kesilapan sama berulang. Rakyat Kedah sudah merasai suasana bawah kepimpinan pembangkang buat pertama kali sebelum beralih kembali kepada BN.

“Dia (Rafizi) boleh kata apa pun dan cuba memperbodohkan rakyat Kedah tetapi rakyat boleh menilai dan melihat sendiri rancangan serta pembangunan akan dibawa BN, masa depan,” katanya.

Justeru katanya, kenyataan Rafizi mengenai hasil kajian dan sebagainya adalah perang psikologi menjelang PRU.

“Kalau dia cakap Harapan tak boleh menang, siapa nak sokong mereka untuk buat kerja. Mana-mana parti pun sama, walaupun satu kerusi pun tidak boleh menang tapi cakap 10 kerusi boleh menang... itu biasalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...