#MSONews
MATA AKAN LAWAN DACING
Minggu depan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengumumkan simbol bakal digunakan pakatan itu dalam pilihan raya kelak. Seperti mana awal-awal saya cadangkan daipada empat simbol, Roket, Bunga Raya, huruf A dan Mata, saya memberi justifikasi kenapa PH perlu memilh Mata, simbol PKR untuk dijadikan lambang rasmi bagi berhadapan dengan Dacing.
Nampaknya, Mata akan menjadi pilihan. Sekurang-kurang ada dua istimewa kenapa harus pilih Mata. Pertama saya berhujah dari empat simbol PH, hanya mata dan Bunga Raya objek yang hidup. Huruf A dan Roket benda mati tidak ada perasaan, jiwa.
Kedua, kerana PKR adalah parti kedua terlama berbanding dengan PPBM dan Amanah. Disebabkan masalah persepsi walaupun DAP Lebih lama, namun Roket tidak memberi sentimen value kepada pengundi Melayu khasnya.
Jadi munasabah dan kena kalau lambang PKR dipilih. Ia juga menjadi simbol solidariti kepada Anwar Ibrahim yang berada di Sungai Buloh.
Bila mengenangkan masalah mencari simbol untuk pembangkang ini maka teringatlah kita kepada parti agama (Pas). Sudah pasti kalau Pas berada dalam komponen PH, dan RoS tetap tidak meluluskan simbol untuk digunakan pembangkang, maka Bulanlah yang akan dipilih.
Sayang Bulan berada jauh dan kesebaman kini. Kalau tidak Bulan akan mencatat rekod cemerlang dalam Piraum ke 14 ini ia akan berdepan satu lawan satu dengan Dacing. Sudah lama Pas mengimpikan untuk berdepan satu lawan satu dengan Dacing, dan mencabar Umno bertanding atas simbolnya sendiri (Keris) tetapi ulah yang dan sikap diambil Pas kini menyebabkan peluang itu terlepas. Kalau tidak semua pihak bersetuju dengan Bulan termasuk DAP pernah bersedia untuk meminjam Bulan untuk digunakan dalam pilihan raya 2008 dahulu.
Paling malang buat Pas dalam pilihan raya nanti ia bukan sahaja berdepan dengan Dacing tetapi akan berdepan sama dengan Mata yang akan menyinar dan mengilau di seluruh negara.
Itulah kalau pandai tidak boleh mengajar, bila sudah bodoh enggan pula ke sekolah. Trims.
No comments:
Post a Comment