Thursday, March 29, 2018

KFA - Ramon Marcote diberi peranan baharu membangunkan bolasepak Kedah

RAMON MARCOTE DIBERI PERANAN BAHARU MEMBANGUNKAN BOLASEPAK KEDAH.


Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) telah mengambil keputusan selepas melalui beberapa rundingan, pihak pengurusan tertinggi melakukan beberapa perubahan dalam sistem kejurulatihan skuad hijaukuning dengan melantik Ramon Marcote sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bolasepak KFA bagi memantau projek pembangunan sedia ada dan merangka persediaan skuad hijaukuning bagi jangka masa panjang melalui peranan baru beliau dalam KFA.

Jawatan Ketua Jurulatih skuad Liga Super Kedah akan dipangku oleh Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof buat masa ini.

Keputusan ini diambil memandangkan pihak pengurusan mendapati melalui maklumbalas teknikal dari semua pihak mengenai kelebihan pengalaman dan tahap kelulusan beliau dalam bidang sains sukan dan kejurulatihan bolasepak yang boleh dimanfaatkan semua pemain dan jurulatih di negeri Kedah.

Antara sasaran jangka pendek buat Ramon Marcote adalah untuk melihat kembali struktur kejurulatihan semua pasukan dibawah kendalian KFA dan merangka program-program latihan buat jurulatih bolasepak disamping itu memantau perkembangan pemain-pemain bagi mencapai sasaran jangka panjang iaitu menyediakan pasukan pada musim hadapan.

Satu perbincangan telah diadakan antara Ramon Marcote dan pihak pengurusan dan peranan besar ini telah diperhalusi dan dilihat langkah terbaik bagi kedua-dua pihak untuk kemajuan bolasepak di negeri Kedah.

KFA mengucapkan selamat maju jaya buat Ramon Marcote dengan tugasan barunya!

Yusdi Madeonus Mohamad Yunus
Ketua Pegawai Eksekutif KFA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...