Sunday, June 3, 2018

Apabila dana masjid dibelanjakan kearah merapu


Seorang sahabat menghantar 'screen shot' ini padaku sebentar tadi dan minta aku menulis sesuatu tentang hal ini.

Katanya dia sedih sangat situasi ini berlaku dan minta aku menulis agar hal ini tersebar lebih luas lagi.

Sedih aku baca bila hal seperti ini berlaku. Bila suara anak-anak muda yang bernas diketepikan begitu sahaja. Satu malam, dana masjid sebanyak RM300K diluluskan.

Ya, masjid besar biasanya dana mereka memang mencecah ratusan ribu ringgit. Namun bagaimana cara dana masjid itu diurus perlu diperhalusi lagi.

Tiada salah beli kipas gergasi, tiada salah juga beli LED board jika berkeperluan. Itu semua untuk keselesaan jemaah dan dan memang bermanfaat pun.

Soalnya adakah benar-benar perlu kipas gergasi itu? Jika perlu teruskan, namun jika aircond dan kipas sedia ada dah mencukupi, tak usahlah membazir meskipun dana ada beratus ribu.


Kenapa diketepikan cadangan bagus sebegini? Cadangan yang tak memerlukan kos besar pun, tapi manfaatnya sangat besar pada ahli kariah dan mereka yang berdekatan.

Upah tenaga pengajar baru RM50 sejam tuan. Lagi elok upah sahaja mahasiswa mahasiswi yang ada disekitar situ.

Satu minggu dua kali kelas. Ajar BM, BI dan Matematik pun dah cukup. RM300 seminggu, sebulan baru usik RM1200 dari dana masjid. Kalau kelas seminggu sekali baru RM600 sebulan kos kelas untuk anak kariah. Setahun buat kelas untuk anak kariah tak sampai RM10k pun.

Sangat kecil sahaja jumlah itu berbanding kutipan setiap bulan mencecah puluhan ribu dan ratusan ribu setiap tahun.

Manfaatnya sangat besar, bahkan dapat menarik lagi ramai orang ke masjid. Ye lah, sambil-sambil hantar anak, mesti ibu ayah pun masuk dan solat sekali kan?

Macam program yang sahabat aku jalankan di Masjid Miza, Putrajaya. Anak-anak ini solat berjemaah Maghrib di sana. Lepas solat terus belajar. Lepas tu solat Isyak pula. Sambung lagi belajar. Kan bagus begitu. Masjid diimarah sepenuhnya.

Aku banyak kali menulis hal ini. Menulis tentang dana masjid yang diperam dan dana yang digunakan ke arah pembaziran. Kenapa perlu begitu?

Alangkah membazirnya jika pagar baru dicat semula, karpet elok ditukar lagi, kipas gergasi dipasang sedangkan kipas dan aircond sedia ada masa elok dan sejuk.

Tak perlu membazir dana hanya kerana dana yang banyak. Nak beli untuk keselesaan, silakanlah. Cuma janganlah tolak program lain yang hanya perlu dana kecil, tapi impak besar.

Cuba cari jalan untuk bantu asnaf, ibu tunggal dan golongan miskin yang merupakan ahli kariah dikawasan itu. Banyak sahaja projek 'memberi pancing' boleh pihak masjid adakan.

Alangkah bagusnya sebulan sekali masjid panggil chef, atau tukang masak buat seminar dan kursus cara masakan. Ajar buat kek, ajar buat kuih, ajar masak-masak.

Jangan guna ruang solat, gunalah bilik seminar atau buka saja khemah di tapak parkir kereta. Buat kursus ini secara percuma dan pelawa asnaf, ibu tunggal dan orang miskin disekitar dapatkan ilmu.

Yang mana berminat dan serius nak cuba berniaga kek, kuih dan makanan, masjid sponsorlah oven dan kelengkapannya. Beli yang basic sahaja cukup.

Oven sebiji tak sampai rm300 pun. Namun manfaatnya boleh membantu isi keluarga itu bertahun-tahun lamanya.

Baru orang respek dan suka pada masjid. Penuh program yang dapat membantu ahli kariah di kawasan sekitar.

Masjid tidak sepatutnya hanya tumpu pada program agama dan ceramah agama semata-mata. Tambah-tambah masjid besar yang punya dana beratus ribu.

Masjid nilai berjuta sedangkan asnaf depan mata tidak dibantu pun. Alangkah sedihnya.

Bulan Ramadan yang mulia ini, ada masjid bayar makan berbuka nilainya RM1500 sehari. Sebulan dah RM45,000.

Tidaklah aku nak kata program berbuka puasa dimasjid ini membazir. Tidak sama sekali. Bahkan itu sangat bagus.

Cuma kalau kos RM45,000 sebulan pun masjid boleh jalankan, kenapa tolak satu program seperti kelas untuk murid miskin yang kosnya tak sampai RM10k pun setahun?

Cubalah ahli masjid yang mulia sekalian pakat fikir baik-baik. Ini bukan hentaman atau kecaman pada pihak masjid.

Artikel ini ditulis sebagai pandangan orang awam untuk sama-sama kita kaji baik buruknya. Tulisan ini untuk renungan sebenarnya fungsi masjid itu boleh dioptima. Agar masjid lebih didekati dan disayangi.

Begitulah.

************

Berikut adalah link tulisan aku tentang dana masjid yang diperam serta cadangan kepada masjid-masjid yang punya dana besar.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1726447087376879&id=100000348124684

Artikel ini dikongsi lebih 10k netizen suatu ketika dahulu, jemputlah baca jika kalian belum pernah baca ya.

Harap-harap pihak masjid membaca artikel ini dengan hati yang terbuka dan membincangkan hal ini dengan lebih serius lagi.

Puaka Bersekutu
#MFS
- Suka lihat masjid yang bijak urus dana dan disenangi ahli kariah -
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...