Sunday, June 3, 2018

Tabung Harapan Malaysia cecah RM30 juta

Tabung Harapan Malaysia cecah RM30 juta 
 Guan Eng (tengah) bergambar bersama pihak yang menyumbang 
untuk Tabung Harapan Malaysia, hari ini.
 
GEORGETOWN - Tabung Harapan Malaysia kini mencecah RM30 juta sejak ia mula dilancarkan pada Rabu lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada sidang media di Komtar, hari ini.

Beliau berkata, jumlah besar itu merupakan inisiatif pendanaan masyarakat bagi membantu kerajaan melunaskan hutang negara.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Setakat jam 9.30 pagi (semalam), jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM27 juta.

"Ini belum termasuk RM3 juta yang disumbangkan tiga pihak dari Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, jumlah terkini kutipan tabung itu juga akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...