Sunday, July 8, 2018

Apa yang pimpinan Pas mengarut nie, bila menteri mengiktiraf LGBT!

SEKADAR PANDANGAN


Pasti ramai telah membaca laporan media tentang kenyataan Menteri Agama, YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa tentang isu LGBT. Laporan ini telah mendapat reaksi dan pandangan balas oleh Ustaz Dr Khairuddin At Takiri.

Saya membaca penuh tulisan Dr Khairuddin dan kenyataan YB Datuk Dr Mujahid yang diterbitkan di media berkaitan isu LGBT ini. Saya tidak melihat dalam kenyataan YB Datuk Dr Mujahid yang mengiktiraf LGBT sebaliknya beberapa perenggan dalam kenyataan itu menjelaskan yang tindakan undang-undang akan diambil jika kesalahan jenayah dilakukan. YB Menteri turut menjelaskan yang sesi dialog bersama kumpulan ini akan diadakan.


Kenyataan Dr Khairuddin yang memuatkan beberapa peruntukan seksyen kesalahan dalam Kanun Kesiksaan secara tidak langsung mengesahkan bahawa perlu ada elemen mens rea & actus reus dalam perbuatan pelaku sebelum tindakan boleh diambil.

Hakikatnya jika seorang LGBT berdiri sebagai seorang individu tanpa ada laporan tentang dia melakukan perbuatan liwat atau seks liar tabii, bagaimana pasukan penguatkuasa dan pendakwaan boleh bertindak?. Tanpa insiden ini terlebih dahulu wujud, bagaimana hendak menguatkuasakan peruntukan yang sedia ada? Bolehkah penguatkuasa terus menangkap semua orang yang dalam kategori atau group LGBT walaupun tiada laporan tentang perbuatan kesalahan-kesalahan tersebut.

Semasa era kepimpinan Dato Seri Nancy Syukri dan Dato’ Seri Azalina, saya bersama-sama Dr Zulqarnain Lukman dan team perunding lain telah menjalankan baseline study tentang keadaan hak asasi manusia di Malaysia sebelum merangka pembangunan pelan tindakan hak asasi manusia di Malaysia. Salah satu kumpulan yang memberi pandangan adalah group LGBT. Mereka meminta supaya dihormati sebagai manusia. Tidak dihina dan dinafikan hak bekerja.

Pendirian Kerajaan ketika itu kekal tidak mengiktiraf golongan ini dan ia masih tidak diiktiraf sehingga ini. Oleh itu dari segi pelaksanaan dasar Kerajaan hingga kini, PDRM tidak menyediakan lokap berasingan untuk kumpulan maknyah, PBT tidak mengarahkan tandas untuk lain-lain jantina selain lelaki & perempuan. Jabatan Penjara juga tidak menyediakan sel tahanan asing untuk kumpulan ini.

Saya tidak menemui mana-mana perenggan dalam kenyataan Menteri Agama yang mengiktiraf kumpulan LGBT seperti dakwaan Dr Khairuddin. Tidak saya temui silapnya.

Wallahu’alam.

*FB HAZIZAH KASSIM*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211385084335580&id=1615857233

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...