Sunday, July 8, 2018

Apabila ada natizen komplain menteri pertahanan pakai baju pilot untuk naik jet pejuang

Komentar Nyamuk Menggigit.


~ Rentetan dari isu yang diperkatakan oleh netizen hari ini berhubung pemakaian "baju tentera" oleh YB Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Presiden AMANAH. Kononnya Mat Sabu dilihat seolah-olah melanggar arahan berhubung pemakaian tentera yang dikeluarkan oleh beliau sebelum ini.

Secara ringkasnya, pemakaian FLIGHT SUIT adalah dimestikan kepada mana-mana personel yang akan menaiki pesawat pejuang berkuasa tinggi seperti pesawat tempur Sukhoi MKM 30 ini.


Dengan kelajuan maksima 2100 kilometer sejam, dan abiliti pesawat ini yang boleh melakukan pelbagai maneuever tahap akrobatik, sudah semestinya akan memberikan daya G-Force yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam kokpit pesawat tersebut.

Selain itu, Flight Suit adalah bersifat kalis api, selain dari mampu memberi keselesaan pada pemakainya, ia juga memberikan perlindungan dan keselamatan, terutama bila dipakai dalam kokpit yang sempit.

Selain itu, Flight Suit juga perlu dipakai bila berada dalam pesawat tempur, jika berlaku kecelakaan pesawat, pemakaian Flight Suit ini amat sesuai jika seseorang itu mahu melakukan prosedur kerusi lenting untuk keluar dari pesawat yang bakal terhempas ketika dalam penerbangan.

Jelas, prosedur keselamatan dan ketenteraan dipatuhi sepenuhnya oleh MenHan kita, sekaligus menafikan tohmahan bodoh oleh pembangkang yang sengaja mengada adakan sebarang isu walaupun ianya jelas tidak tepat dan bercanggah dengan mana-mana fakta.

Dibawah ini saya sertakan wikipedia penjelasan tentang Flight Suit, maaf jika dalam bahasa Inggeris, tak jumpa wikipedia dalam bahasa Arab yang mungkin walaun akan faham.

~ https://en.m.wikipedia.org/wiki/Flight_suit

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...