Sunday, September 24, 2023

Ada kawan tanya mana beras tempatan?

Ada kawan tanya mana beras tempatan? 

Begini sahabat. Keperluan setahun beras negara kita adalah 2.5 juta metrik tan. Negara hanya produce 65% atau 1.5 juta metrik tan. 1 juta tan lagi kita import. 

Yang 65% tu termasuklah padi huma, padi wangi dan beras istimewa macam beras Bario. Tinggallah 60% sahaja beras putih.

Yang banyak beli beras tempatan dulu dari pengilang adalah pembekal tender kerajaan untuk kem tentera, sekolah dan sebagainya. Malah bee hoon pun banyak guna beras tempatan sebab kosnya murah. Jadi mereka ni buat kontrak dengan kilang untuk dapatkan beras tempatan. 

Maka tinggallah 30-40% sahaja yang dipasarkan ke pasaraya iaitu lebih kurang 1 juta metrik tan. Sebab itulah kat pasaraya dari dulu yang banyak adalah beras import sebab beras import permintaannya tinggi kerana harganya tidak jauh beza dengan beras tempatan. 

Friday, September 15, 2023

SETAHUN SELEPAS MAHATHIR KAFIRKAN PAS, MAHATHIR KINI PENASIHAT NEGERI2 PAS


 *SETAHUN SELEPAS MAHATHIR KAFIRKAN PAS, MAHATHIR KINI PENASIHAT NEGERI2 PAS.*

1. Hanya setahun (16 Sept 2022) selepas Mahathir amalkan Takfiri belajar dari PAS yang dulu kafirkan UMNO, kini PAS lantik jadi Penasihat (14 Sept 2022).

2. Tersenyum saya pagi ni sambil hirup nescafe. Lucunya politik Takfiri PAS-TunM.

3. Banyak ingatan Nabi bahawa siapa yang kafirkan saudaranya yang muslim maka dialah menjadi kafir.

4. Kini pemikir2 Takfiri bergabung bentuk pasukan 'Ahzab' Ghuluw untuk lawan MADANI. Ibarat Ahzab kepung kerajaan Madinah. Itu jika pinjam cara PAS.

ROYALTI KELANTAN KEKAL JIKA HAJI HADI TAK 'TEBOK ATAP' KERAJAAN PH DULU


 ROYALTI KELANTAN KEKAL JIKA HAJI HADI TAK 'TEBOK ATAP' KERAJAAN PH DULU

1. Hari ini di Parlimen, Hj Hadi kata kerajaan Zalim sebab tak bagi Royalti Kelantan. Jom semak Fakta.


2. JUN2018 - Kelantan dapat Royalti minyak kali pertama dalam sejarah masa Kerajaan PH kerana itu janji Menifesto.

3. JULAI 2019 - Menteri Kewangan waktu itu Lim Guan Eng DAP buat bayaran Royalti RM400juta. 


4. NOV2019 - Nik Amar ucap terima kasih pada PH sebab bayar Royalti. JAN2020 - Kelantan beli 14 buah Mercedes.

5. FEB2020 - Diberi Madu, Dibalas Tuba. Hj Hadi gerakan usaha jatuhkan kerajaan PH secara Tebok Atap melalui Langkah Sheraton.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...