Friday, October 4, 2019

Isu peneroka Felcra Bukit Tandak - mana janji arwah Tg NIK AZIZ?

Isu Peneroka Felcra Bukit Tandak vs Kerajaan Negeri Kelantan Siri 1

Salinan surat bertandatangan arwah TGNA berkaitan isu Tanah Peneroka FELCRA Bukit Tandak bertarikh 13/3/2013 iaitu sebelum PRU12 pada 5/5/2019, sehari lepas tu arwah TGNA bukan lagi Menteri Besar Kelantan.

Masa itu kes ini arwah sudah minta selesaikan. Tapi apabila naik Kabinet Baru, kes ini jadi lain. Permintaannya tidak lagi dipatuhi.

Salinan surat penuh ada dgn saya. Dalam kes ini saya betul2 kesian dekat 348 orang peneroka asal, sejak 1979 lagi mereka masuk teroka kawasan itu.

Tapi lepas arwah Mb tak lagi jadi MB, datang Pengerusi Jk Tanah yang baru, ada senarai tambahan, katanya senarai tercicir seramai 295 orang. Cuba fikirkan benda “ajaib” tu. Paling ajaib yang lahir 1983 pun ada jadi Peneroka tanah 1979, boleh bayang tak apa yang berlaku ni?

Tuduh ambil wang dari peniaga, pegawai Khalid lapor polis

PETALING JAYA: Seorang pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad membuat laporan polis susulan tulisan dalam Facebook (FB) mendakwa beliau mengambil wang “perlindungan” daripada peniaga dan mengganggu kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Zulhazmi Shariff menafikan dakwaan itu dan berkata akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang membuat tuduhan tersebut.

“Dalam laporan saya dah nafikan. Saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya kepada FMT.

Beliau membuat laporan polis kira-kira 8.40 malam tadi di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tinjauan FMT di FB mendapati ‘posting’ terhadap Zulhazmi telah dipadam.

Putrajaya - GST BN rakyat sudah tolak, Sehingga kini PH belum terfikir nak laksana semula

Perlu mandat jelas rakyat jika mahu laksana semula GST


PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) enam peratus memerlukan mandat jelas daripada rakyat dan juga persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Jika rakyat mahukannya kita perlukan mandat jelas daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bulanan kepada kakitangan Kementerian Kewangan di sini pagi ini.

Katanya, beliau bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohmad pagi semalam, tetapi perdana menteri tidak menyebut apa-apa tentang isu itu kepadanya.

“Mungkin beliau hanya menjawab pertanyaan media dengan berkata jika rakyat mahukan (GST), maka kerajaan boleh menimbangkannya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, rakyat membuat keputusan jelas menolak GST enam peratus dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...