Tuesday, August 2, 2022

Apabila duit LTAT diselamatkan oleh kerajaan PH dari hangus mana pergi pejuang Melayu?


 

KEJAYAAN NAJIB YANG MENGAGUMKAN


 KEJAYAAN NAJIB YANG MENGAGUMKAN

1. Amatlah mengagumkan bagaimana Datuk Seri Najib berjaya berpura-pura bodoh dan cuba putar belit isu berkait saya menerima RM2.6 juta dari UKSB.

2. Najib cuba untuk menyamakan dengan isunya menerima RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaunnya dan mendakwa diberi oleh Raja Arab yang sehingga hari ini tidak wujud atau tampil membuktikan kenyataan Najib.

3. Selain itu, dua mahkamah dan empat hakim telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, sebuah anak syarikat 1MDB.

4. Najib juga sedang dibicara di dalam mahkamah berkaitan kes 1MDB di atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion tersebut.

Betul ke kes 1MDB sudah basi?


 Betul ke kes 1MDB sudah basi?

Orang numbor 2 UMNO kata kes 1MDB sudah basi dan orang sudah tidak peduli lagi bila dia kata UMNO menang di PRN Melaka dan Johor. Basi ini ikut terjemahan kamus dewan merujuk pada sudah busuk dan tidak boleh dimakan lagi dan biasanya boleh di buang; tapi boleh ke rakyat Malaysia buang isu 1MDB ini?

Bendahari BN Selangor Tengku Zafrul menulis dalam parlimen yang Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion untuk melunaskan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2039.

 RM38.8 billion ini banyak; kalau bagi setiap seorang rakyat Malaysia boleh dapat RM1175; kalau ada 8 orang dalam keluarga boleh dapat 9.4K. 

"The world has enough for everyone's needs, but not everyone's greed"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...