Saturday, June 2, 2018

PH tidak zalim, penjawat awam lantikan politik terima duit raya

PH tidak zalim, penjawat awam lantikan politik terima duit raya

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan seramai 17,000 penjawat awam lantikan politik turut menerima bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah bersikap zalim kepada penjawat awam terbabit walaupun mereka dilantik untuk berkhidmat bagi kepentingan parti lawan.

“Mereka akan dapat habuan hari raya, tetapi kita dapati 17,000 adalah lantikan politik dan datang daripada parti lawan, bukan kerajaan, justeru kena ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

Tegas Dr Mahathir kebanyakan jawatan disandang mereka tidak diperlukan dalam melicinkan operasi pentadbiran kerajaan, sebaliknya lebih kepada membantu Barisan Nasional (BN).

Pemuda Amanah sokong pembatalan HSR

Faiz Fadzil
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan Malaysia membatalkan projek mega, Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura bagi mengurangkan beban hutang negara disambut baik Pemuda Amanah.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil dalam kenyataan media hari ini menyokong penuh pembatalan projek mega itu dan turut meminta kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion.

“Projek ini jauh lebih kritikal daripada projek HSR kerana bukan sahaja kosnya terlalu tinggi, tetapi juga melibatkan pinjaman daripada kuasa besar China.

“Beban pinjaman ini akan ditanggung oleh rakyat terutama anak muda dan generasi akan datang, “katanya.

Tambahnya lagi, pemuda Amanah turut menggesa kerajaan menjalankan siasatan rapi terhadap projek ini yang didakwa melebihi kos asal yang dianggarkan sekitar RM30 bilion agar siasatan skandal 1MDB dilakukan dengan mendalam.

MB Kedah - Isu lantikan speaker selesai tidak lama lagi

 Mukhriz
PETALING JAYA - Pakatan Harapan Kedah yakin soal pelantikan speaker Dun akan dapat di selesaikan secepat mungkin memandangkan pakatan itu kini sedang berunding dengan pihak pembangkang di negeri itu kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata sidang pertama Dun dirancang untuk diadakan pada 1 Julai.

“Sekarang kita dalam peringkat memujuk (pihak pembangkang) dan pujukan kami itu diterima baik oleh sesetengah pihak.

“Kita merancang untuk mengadakan persidangan pertama Dun pada 1 Julai. Jadi sebelum itu kita perlu menyelesaikan beberapa perkara dan saya rasa segala-galanya berjalan lancar. Saya tidak bimbang sangat tentang perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Kerajaan negeri belum membuat keputusan mengenai jawatan Speaker Dun kerana ia memerlukan konsensus semua pihak yang terbabit.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan menang 18 daripada 36 kerusi Dun Kedah , Pas (15) dan BN (3).

Pas tetap pendirian di Kedah iaitu menawarkan kerajaan gabungan

Pas tetap pendirian di Kedah

ALOR SETAR - Pas seboleh-bolehnya mahu elak berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana ia dikhuatiri mengakibatkan kerugian kepada rakyat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan itu Pas menawarkan kerajaan gabungan melibatkan Pas, Pakatan Harapan (Harapan) dan BN di Kedah.

Menurut beliau, tawaran berkenaan disuarakan kepada Harapan Kedah demi mengelakkan berlaku PRN berikutan isu pelantikan Speaker Dun Kedah yang belum selesai.

“Kita seboleh mungkin cuba untuk mengelakkan PRN dari berlaku dengan menawarkan kerajaan perpaduan untuk Pas, Harapan dan BN di Kedah.

“Apa yang kita lihat, penubuhan kerajaan perpaduan sahaja satu jalan keluar yang ada untuk elak PRN, namun kita siap sedia hadapi PRN jikalau mereka tidak terima,” katanya.

Komited tangani masalah air Kedah

Komited tangani masalah air Kedah
ALOR SETAR - Kerajaan negeri komited dalam usaha mengatasi dan menangani masalah bekalan air di Kedah.

Exco Bekalan Air, Zamri Yusuf berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan rasmi ke Sada bagi membincangkan isu itu.

Katanya, beberapa perkara dibincangkan dalam taklimat sistem dan operasi bekalan air Sada di Wisma Sada itu.

“Antaranya, beberapa langkah segera dibincangkan untuk meminimumkan kesan gangguan bekalan air semasa musim perayaan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...