Friday, June 30, 2023

Jawapan Balas Keatas Harakahdaily yang cuba backup Nusi..!


 Surat terbuka kpd Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah:

Jawapan balas kpd Harakahdaily yg kerap padam artikel2nya krn x berfakta, berupa knytaan fitnah dan bnyk tuduhan x berasas. Merujuk kpd knyataan (spt gambar dibawah):

1. Xda sorg pun umat Islam yg membantah penutupan Judi oleh Sanusi. Satu tuduhan semberono. Malah Kerajaan PAS Terengganu sndri didakwa jual tanah kerajaan kpd taukeh Judi (Vincent Tan), malah gambar MB PAS Terengganu sndri tersebar luas menaikki bot mewah bersama2 taikun Judi Malaysia itu. 


2. Berkenaan projek KXP ini, Sanusi sndri yg batalkan syarikat ECK Dan katanya ada 8 syarikat lg yg berminat. Kamu yg berak, kamu suruh org lain cebokkan bontot kamu..? Islam mana ajar..? 


3. Siapa juara LGBT, seks liar Dan kerosakkan akhlak...? Kbnykkan di Negeri PAS perintah. 

https://negaramerdeka.com/pesta-seks-liar-di-kedah-28-remaja-postif-dadah-antara-35-orang-yang-ditahan/

4. Sanusilah yg memusuhi org yg nk bebaskan rakyat Kedah keluar Dari kemiskinan. Sntiasa buat musuh dgn kerajaan persekutuan kunun utk jd hero utk rakyat Kedah. Padahal pemimpin2 PAS mmg xda idea utk meningkatkan taraf ekonomi rakyat Kedah. 

MENJAWAB FITNAH KATAKAN SELAMA 7 BULAN PMX TAK BUAT APA..!


 Kempen terbaharu walaun. Lemah. Tuduhan yang tak disertakan fakta.

Aku cuba jawab satu persatu tapi sebelum tu, kalau perhatikan, point ketiga, keempat dan ketujuh tu bersifat spekulatif. Belum belum terjadi pun. Ini menjurus kepada fitnah.

Ok, ringgit merudum ni dah banyak kali aku sentuh. PM dah jawab, Rafizi pun dah jawab. Aku tak mahu sentuh aspek teknikal. Aku cuma nak tanya, kesan apa yang kita rasa?

Kita risau bila ringgit jatuh akan buat ekonomi juga jadi merudum. Barangan yang diimport akan jadi mahal. Itu adalah kesan langsung kepada marhaen.

Tapi itu tidak berlaku. Ekonomi terus berkembang. Malah tertinggi di rantau ini. Begitu juga inflasi kian turun. Jadi terendah berbanding semenjak PN curi mandat rakyat.

Nak ringgit naik, kerajaan boleh je naikkan kadar faedah. Tapi nanti banyak syarikat kecil terjejas, susah bayar hutang, jadi untuk cover kerugian, mereka naikkan harga barang. Nak ke jadi begitu?

Wednesday, June 28, 2023

Menarik sebenarnya kes rasuah PAS di Marang dan Kuala Terengganu


 Menarik sebenarnya kes rasuah PAS ni.

Marang

1. Pempetisyen telah membawa bukti video serta 10 orang saksi.

2. 10 orang saksi tu mengaku menerima sogokan dari PAS dengan sumpah "wallahi saya undi PAS".

3. Peguambela Marang berhujjah, calon PAS Marang ketika itu tidak tahu-menahu aktiviti sogokan sumpah itu.

4. Peguambela Marang juga berhujjah pemberi rasuah (lebai dalam video) bertindak sendirian tanpa memberitahu kepada calon PAS Marang.

5. Dan juga calon PAS Marang tidak berada di tempat kejadian ketika aktiviti rasuah itu terjadi.

Monday, June 26, 2023

Akhirnya akaun FB milik ADUN PAS yang fitnah TERESSA KOK telah di delate..!

 


ADUN PAS low class, kantoi tipu, tutup FB.

Ni cerita pasal ADUN PAS di Kubu Gajah, Khalil Yahaya. Nak panggil ustad pun geli.

Orang nak main FB dia pun nak main FB. Ni kalau kena honeytrap silap-silap tersungkur macam Tarsenik.

Mula sekali dia post poster kononnya Teresa Kok dilantik jadi Pengerusi FELDA.

Teresa siap buat laporan polis atas fitnah tu.

Friday, June 23, 2023

FITNAH.. MINTAK MAAF.. SELESAI..! MANA BOLEH SELESAI.. SAMAN SAMA DEPA..!


 FITNAH.. MINTA MAAF.. SELESAI?

Semalam seorang Adun Parti Islam telah memuat naik suatu tulisan di facebook milik beliau yang mengatakan Perdana Menteri melantik YB Seputeh Teresa Kok sebagai Pengerusi baru Felda.

Felda menafikan perlantikan, justeru Adun tersebut meminta maaf dan menyatakan tulisan dan siaran tersebut dibuat oleh admin yang menguruskan facebook tersebut.

Adakah tulisan tersebut fitnah? Untuk mengetahui sesuatu tulisan itu fitnah atau tidak, perlu lihat kepada tiga (3) asas utama iaitu :

a) Adakah kata-kata tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah?

b) Adakah kata-kata merujuk dan/atau ditujukan kepada Plaintif?

c) Adakah kata-kata dikeluarkan dan/atau diterbitkan oleh Defendan?

A) Adakah kata-kata (siaran) tersebut mempunyai unsur fitnah?

MAHKAMAH tolak tuntutan PAS batal saman MUJAHID.. siap kena bayar kos RM3000 lagi..!


 Permohonan PAS Untuk Batal Saman Mujahid Ditolak. Mahkamah Perintah PAS Bayar Kos RM3000 Kepada Mujahid. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, 21 Jun, 2023 telah menolak Notis Permohonan yang difailkan PAS bagi membatalkan Saman fitnah Naib Presiden Amanah, Dato Seri Dr Mujahid Yusof. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh, selanjutnya memerintahkan PAS membayar kos kepada Mujahid RM3,000.00. 

Peguam Mujahid, Noorazmir bin Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ketika dihubungi mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini dan berkata kes ini akan diteruskan dengan Perbicaraan Penuh pada tahun 2025. 

Thursday, June 22, 2023

MAINAN PERSEPSI JAHAT DARI HARAKAHDAILY.. AMBIL GAMBAQ PIPE AYAQ DI JEPUN GAMBARKAN MACAM DI SELANGOR!


Inilah mainan persepsi.. alangkah jahatnya penulis harakahdaily dimana mengambil gambaq pipe ayaq di JEPUN dan edit seoalah ianya berlaku di SELANGOR..

Benda macam nie dahulu puak UMNO BN yg dok buatnya tapi sekarang depa tu pon dah tinggai benda tak elok macam nie tapi puak PAS pulak dok siarkan cerita persepsi nie..

Takan parti yg ngaku ISLAM buat benda yg ada tipu macam nie.. dimanakah rasa tanggungjawab atas apa yg disiarkan...

Tok Adi



 

Wednesday, June 21, 2023

Serangan terancang 'KAPITALIS UMNO' ke atas Rafizi Menteri Ekonomi. Kenapa. ? Mengapa. ? Bagaimana. ? Bila. ?


 Serangan terancang 'KAPITALIS UMNO' ke atas Rafizi Menteri Ekonomi. Kenapa. ? Mengapa. ? Bagaimana. ? Bila. ? Siapa ❓❓❓

INTRO
PMX , Kerajaan Perpaduan sedang bergerak dalam membina STRUKTUR EKONOMI yang baru , sebagai salah satu fokus utama , selain berperang dengan PERASUAH , pembasmian KEMISKINAN.

KERANGKA EKONOMI yang baru fokus kepada Ekonomi DIGITAL , TENAGA DIPERBAHARUI , START UP INDUSTRY , EV dan lain² yang memungkinkan negara menuju status pendapatan tinggi.

Ini semua telah dan sedang dirangka Menteri Ekonomi Rafizi RAMLI dan Kerajaan Perpaduan , katanya dengan data² @DOSM , ia merupakan KEKAYAAN baru ekonomi negara. 

25 tahun , pasca 02Sept 1998 Struktur ekonomi negara lebih berasaskan kepada perindustrian , semikonduktor , elektronik , buruh dan konvensional yang sudah ke arah tahap tepu dan tidak produktif lagi.

AKIBAT TIDAK ISTIQOMAH.. PERCATURAN PAS EN.HADI SENTIASA KE LAUT


 PERCATURAN PAS EN.HADI SENTIASA KE LAUT

1) Ketika momentum rakyat semakin kuat bersama Pakatan Rakyat, En.Hadi memilih untuk keluar dari PR. Mulanya En.Hadi mahu bersendirian kerana baginya bersendirian itu kuat. Tiba PRU14, PAS kalah teruk. Ke laut sudah. 

2) Kemudian PAS bersama UMNO dalam Muafakat Ummah. Ketika bersama UMNO, mereka berjaya membina momentum orang Melayu menerusi RUU355 dan ICERD. Suatu gelombang baru yang agak menjolok mata.

3) PAS akhirnya berjaya membentuk kerajaan tebuk atap tanpa pilihanraya bersama UMNO & BERSATU. Kerajaan tidak stabil & tidak perform.

4) Permainan dua kolam PAS bersama BERSATU dihidu tidak disenangi UMNO. Maka PAS ditendang keluar. Muafakat Ummah hancur. Ke laut lagi.

TERUK SANGAT KE ANWAR IBRAHIM LEPAS BEBERAPA BULAN MEMERINTAH?


 TERUK SANGAT KE ANWAR IBRAHIM LEPAS BEBERAPA BULAN MEMERINTAH?

Nak PRN ni biasalah sembang dentam dentum hentam sana sini acah kita terpaling tahu siapa teruk siapa tak. Ini biasa, tapi realitinya dah beberapa kali tukar kerajaan, ceritanya sama saja. Tetap lah tak membantu mana pun dan setiap tukar kerajaan baru, akan ada gerakan bedal duit dari team-team pegawai khas dan semua yang baru dapat kuasa ni lah.

Biasa lah tu. Semua nak hidup. Yang bosannya, naik je baru, semua orang terpaksalah pasang kaki baru dan kena mula semua balik.

Penat. Yang "MAMP0S" pun dah ramai.

Monday, June 19, 2023

PMX "ZALIM" DATANG KEDAH BERI BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA MILIK PAS!


 Antara penerima sumbangan Sekolah Agama Kedah dari PMX di Melele kelmarin adalah ; 

1. SMI Darul Izzah (bawah Dewan Pemuda Pas Kedah), 

2. SMA Zubaidiyyah (bawah salah seorang YB Pas Kedah), 

3. Ma'had Tarbiah Haraki An Nur (bawah Ahli Majlis Syura Pas) 

4. SMI Darul Ulum (milik Pas Kedah). 

Walaupun semua sekolah itu menjadi 'tapak' mendoktrin bakal walaun, namun atas nama hak pendidikan untuk semua, PMX tetap memberi hak untuk mereka. 

Tegha tu pun nak kira zalim lagi ka para walaun ???

Tuesday, June 13, 2023

SIRI SAPA TAU - VII : Exco Wanita Kedah dia buat apa dah.. hgpa tau dak?


 SIRI SAPA TAU - VII

Jom hari ini kita tengok pula s eorang lagi Exco daripada Bersatu iaitu YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti Saad. YB Kak Ton yang juga kawan sekolah Pak Teh Hussin Jan merupakan Adun kawasan Bukit Kayu Hitam.

Beliau memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Kebajikan sejak melompat menyokong PAS setelah keluar dari PH pada Mei 2020.

Kaum wanita yang terbaca posting ini boleh tolong bagitau sat apa Kak Ton ni buat sejak dia jadi Exco Pembangunan Wanita. Wanita mana yang dia bangunkan? Apa program yang dia buat?

APAKAH MUKHRIZ AKAN GANTI SANUSI SEBAGAI MB KEDAH SELEPAS PRN NANTI..!!?


 

Sanusi jangan lupa, Saidina Umar juga kaya


Saya tertengok satu ucapan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dalam Tik Tok yang menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bercakap untuk menoktahkan kemiskinan kerana beliau tidak pernah miskin. 

Mendengarr ucapan menteri besar Kedah dalam Tik Tok itu, sekali lagi tercetus dalam minda saya berkenaan gaya berfikir yang salah. 

Hall ini kerana urusan hendak bantu orang miskin dalam bernegara, bukan mesti daripada orang yang pernah miskin, tetapi perlu kepada orang yang ada kebijaksanaan dalam ilmu ekonomi dan menyusun polisi ekonomi yang berpihak kepada orang miskin serta jujur dalam pengurusan dalam hal ehwal kewangan negara. 

Sayaa tidak tahu, apakah benar-benar perdana menteri daripada keluarga miskin atau tidak. Saya tidak ada maklumat berkenaan hal itu.

Surat PERINTAH PENGAMPUNAN PENUH DAN PEMBEBASAN SERTA MERTA keatas ANWAR


Surat PERINTAH PENGAMPUNAN PENUH DAN PEMBEBASAN SERTA MERTA keatas DATO SERI ANWAR IBRAHIM..

Surat ini sebenarnya sulit namun telah dijadikan dokumen awam melalui afidivit sokingan Jab Peguam Negara utk bacaan makkuman dan pengetahuan semua.




 

PMX SANGGUP BERDEPAN FACE TO FACE DENGAN ANAK MUDA



FULL VIDEO KLIK BAWAH

Monday, June 12, 2023

SIRI SAPA TAU - VI : Hangpa tau dak exco Sanusi nama Ku Rahman nie buat kerja apa untuk rakyat Kedah?


 SIRI SAPA TAU - VI

Seorang lagi Exco daripada Bersatu untuk dilihat hari ini ialah YB Datuk Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail. Ku Rahman panggilan biasa adalah Adun Guar Chempedak yang memenangi kerusi tersebut atas tiket Umno pada PRU14 tetapi melompat ke Bersatu sewaktu Datuk Seri Mukhriz menjadi MB. Dalam PRU15, Ku Rahman bertanding atas tiket PN di Parlimen Kubang Pasu dan menang bergaya.

Dr. Ku Rahman sekarang memegang jawatan Pengerusi Jawatankyasa Industri & Pelaburan, Jawatankuasa Sains, Teknologi & Inovasi serta Jawatankuasa Pengajian Tinggi.

Pernah la sekali tengok dalam tiktok dia berbahas di Dun Kedah bagitau pasal pelaburan yang masuk ke Kedah. Tak pasti la pulak pelaburan tu dia yang usahakan atau memang dah masuk sewaktu PH mentadbir dulu.

Sunday, June 11, 2023

SIRI SAPA TAU - V : Apakah jasa EXCO KEDAH yang nie pulak.. hangpa tau dak?

 

SIRI SAPA TAU - V

Hari ini kita teruskan dengan Siri Sapa Tau - V. Setelah habis semua Exco dari PAS, kita tengok pula Exco dari parti lain dalam PN iaitu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

YB Dato' Azman Bin Nasrudin ialah Adun Lunas yang asalnya memenangi kerusi Dun Lunas melalui PH (KeADILan) dalam PRU14. Dato' Azman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man kemudiannya keluar meninggalkan KeADILan dan menyokong PAS hinggalah kemudiannya menyertai Bersatu.

Cikgu Man memegang portfolio Pertanian dan Industri Makan, Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Pengangkutan serta Hal Ehwal Masyarakat India.

SIRI SAPA TAU - IV : Kenai dak EXCO AGAMA.. sapa tau apa jasa dia untuk Kedah..?


 SIRI SAPA TAU - IV

Siri Sapa Tau diteruskan lagi hari ini. Seorang lagi EXCO dari PAS ialah YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Hj Najmi Hj Ahmad. Dato' Najmi adalah muka baru dalam senarai Adun Pas di kawasan Kupang dalam Parlimen Baling.

Sejak PAS mengambil alih pentadbiran pada Mei 2020, Dato' Hj Najmi memegang portfolio Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Seperti Exco lain, Dato' Hj Najmi ini juga tak kelihatan dan tak tau apa yang dia buat yang orang Kedah boleh nganga meleleh ayaq lioq teruja bahawa inilah Islam yang Pas perjuangkan.

SIRI SAPA TAU - III : Apa pencapaian EXCO nie pulak selain dok bawa cerita SANUSI SANUSI SANUSI..!


 SIRI SAPA TAU - III

Siri Sapa Tau diteruskan hari ini dengan seorang lagi EXCO dari PAS iaitu YB Dato' Romani Bin Wan Salin yang merupakan Adun Bukit Pinang dalam Parlimen Pokok Sena.

Dato' Romani sejak PAS mengambil alih pentadbiran pada Mei 2020 memegang portfolio Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia serta Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

Bagi aku, mungkin ada satu kejayaan Romani iaitu dalam konteks Penerangan kerana Urusetia Penerangan Negeri nampak hebat mengangkat Sanusi. Boleh kata penuh penerangan tentang Sanusi tetapi apa yang ada tentang Kedah?

SIRI SAPA TAU - II : Antara EXCO SENIOR dalam kabinet SANUSI.. Apa Jasa dia..?


 SIRI SAPA TAU - II

Hari ini kita teruskan Siri Sapa Tau. Untuk Siri Sapa Tau - II ini kita cuba tengok seorang lagi Exco PAS Kedah iaitu YB Dato' Hajjah Siti Aishah Hj. Ghazali yang juga Adun Merbau Pulas.

Ustazah Aishah menjadi Adun Merbau Pulas bukan baru. Pernah juga menjadi Exco ketika Sanusi menjawat jawatan Setiausaha Politik dulu. Sekarang Ustazah Aishah ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan.

SIRI SAPA TAU 1 - Selain SANUSI siapa lagi Exco Kerajaan Negeri Kedah?


 SIRI SAPA TAU - I

Selain Sanusi, PAS mempunyai empat (4) lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO.

Untuk Siri Sapa Tau - I ini kita cuba tengok salah seorang daripadanya iaitu YB Dato' Dr. Mohd Hayati Bin Othman, Adun Tokai.

Dr. Mohd Hayati juga adalah mantan Ahli Parlimen Pendang. Sejak 17 Mei 2020 setelah PAS mengambil alih pentadbiran Kedah, Dr. Hayati memegang portfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.

Setahu aku hanya 2-3 kali aku nampak kelibat Dr. Hayati bercakap tentang portfolio kesihatan, itu pun sewaktu Covid-19 melanda negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...