Wednesday, May 23, 2018

Rangel sah milik skuad hijau kuning

WELCOME PAULO RANGEL!


Rangel sah milik skuad hijaukuning selepas menandatangani kontrak bersama Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - bagi baki saingan musim 2018.

Kehadiran beliau pasti ditunggu-tunggu bagi membantu skuad hijaukuning lebih bertenaga dalam mencetak gol seterusnya mencabar kedudukan kelompok atas carta unifi Liga Super.

Usaha pihak pengurusan KFA memperbaiki prestasi pasukan sudah pasti mengembalikan keyakinan penyokong dalam menjadi antara pasukan terbaik di Malaysia. Kelibat beliau bersama skuad hijaukuning akan dapat disaksikan semua penyokong hijaukuning tertakluk kepada pengesahan pendaftaran MFL dalam masa terdekat.

Ayuh Rangel!

JAGA-JAGA.

Azeez sahkan SPRM serbu rumah, pejabatnya

Abdul Azeez Rahim
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan rumah dan pejabat beliau diserbu oleh SPRM dan beberapa dokumen dan fail telah dirampas.

“Mereka datang ambil fail dan sedikit dokumen,” kata Azeez kepada laman aplikasi berita, Malaysia Decides.

Bagaimanapun, kata Azeez, SPRM tidak menyerbu pejabat beliau di Tabung Haji.

Azeez juga mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tavbung Haji dan surat mengenainya telah diserahkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji.

Sementara itu, Malaysiakini pula melaporkan, Abdul Azeez berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

Nisbah hutang dengan KDNK kini 65 peratus, kata PM

Nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini pada kadar 65 peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peratusan itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Mahathir menjawab soalan pemberita berhubung kadar semasa berdasarkan anggarannya bahawa hutang negara kini pada RM1 trilion.

Pada Mac lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar hutang dengan KDNK adalah 50.8 peratus, kurang daripada had yang ditetapkan iaitu 55 peratus.

Gaji menteri dipotong 10 peratus


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus.

Beliau berkata ia bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap masalah kewangan kerajaan.

"Jemaah menteri setuju supaya gaji menteri dipotong 10 peratus...(Potongan) ini berdasarkan gaji asas," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya pagi ini.

Beliau berkata sesetengah pegawai kerajaan kini mendapat gaji lebih tinggi daripada menteri kabinet.

Dr M: JASA, JKKK, PEMANDU, MPN, SPAD akan dibubarkan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan - Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau membuat pengumuman itu semasa sidang akhbar mesyuarat pertama Kabinet yang baru hari ini, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Dalam kes JKKK yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, perdana menteri berkata jawatankuasa berkenaan menjadi terlalu berunsur politk sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...