Sunday, December 9, 2018

Isu Icerd: Peluang tipu umat Melayu lagi?

Isu Icerd: Peluang tipu umat Melayu lagi?

ULASAN | Ketika saya menulis ini, perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) anjuran PAS dan Umno sedang berlangsung.

Perhimpunan ini pada asalnya adalah untuk membantah ratifikasi berhubung Icerd. Tetapi kini ditukar dan secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa kumpulan ini bersetuju dengan keputusan kerajaan.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa kerana membenarkan demonstrasi ini berjalan selaras dengan hak untuk berhimpun oleh mana-mana pihak.

Dr M ulangi pendirian: Kita tak boleh terima Icerd

Selepas berlangsungnya perhimpunan kesyukuran terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf konvensyen PBB mengenai kesetaraan kaum (Icerd) hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulang pendirian untuk tidak memeterai perjanjian tersebut.

Beliau berkata ini kerana Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum itu tidak membenarkan kerajaan merangka dasar langkah afirmatif (yang mengutamakan kaum atau kumpulan tertentu yang terpinggir dan mundur).

"Kalau kita tidak beri peluang kepada orang Melayu peluang lebih daripada kaum lain, kalau kita percaya kita mesti beri apapun secara sama, equality, maka yang sudah cekap akan lebih berjaya dan tidak cekap jadi lebih mundur.

"Sebab itu kita tidak boleh terima Icerd kerana ia tidak beri hak kepada kita untuk membezakan layanan bagi kaum-kaum di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...