Saturday, May 8, 2021

Covid-19.. Apa yang tidak kena dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan PN sebenarnya?


 Tulisan Datuk Zaid Ibrahim

Ada pihak tidak senang dengan teguran saya terhadap kerajaan dalam mengatasi Covid-19. Seolah-olah saya tahu cara yang terbaik. Sebenarnya, kita semua cuba memahami mengapa PKP dilaksanakan. Kita cuba memahami keputusan mengenai vaksin, SOP dan pelaksanaan PKP. Kita semua mahu menolong diri dan masyarakat mengatasi Covid-19, tetapi tindakan, keputusan dan tujuan polisi kerajaan PN ini mengelirukan. Kerajaan jelas gagal mengatasi Covid-19, walaupun ada 10 kali PKP selepas ini. Itu sebab rakyat mengkritik.

 

Kita negara kaya dan pemimpin kita cekap dan amanah. Sepatutnya kita lebih berupaya dan mampu mengatasi Covid-19, tetapi kita gagal jika kita bandingkan dengan negara miskin yang lebih ramai penduduk.

 

Bangladesh ada 180 juta rakyat dan miskin dalam semua hal, tetapi kes Covid berkisar 2,000 hingga 3,000 sehari. Albania negara miskin jika bandingkan dengan kita, tetapi hari ini hampir sejuta rakyatnya (30%) sudah dapat vaksin. Kita berapa orang ? Thailand lebih miskin dari kita, rakyatnya ada 68 juta orang, tetapi hanya ada 2,000 kes sehari (purata dalam masa seminggu). Thailand membuat ujian atau testing 150 orang bagi setiap satu kes Covid yang dikesan positif . Kita telah buat berapa testing?

 

Vietnam mempunyai penduduk lebih ramai dari kita, sekitar 92 juta. Jumlah kes 3,090 iaitu purata 26 kes sehari. Singapura pun lebih baik dari negara Malaysia dalam mengatasi Covid-19. Hampir 3 juta warganegara Singapura telah dapat vaksin. Jadi, macam mana rakyat tidak marah? Macam mana kita nak ada keyakinan dan puji pemimpin bila mereka tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan masalah bahaya Covid-19?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...