Sunday, April 29, 2018

Gagasan Sejahtera pecah, calon Pas bertembung dengan Berjasa


Untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini, calon Pas bertembung dengan calon Berjasa, kedua-duanya daripada Gagasan Sejahtera di dua kerusi, satu kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen.

Melalui semakan senarai calon PRU14, didapati untuk kerusi P. 078 Parlimen Cameron, Pahang, calon Pas Cikgu Wan Mahazir akan bertembung dengan calon Berjasa Ustaz Tahir, selain dua calon lain daripada PKR dan Barisan Nasional (BN) bagi pertandingan empat penjuru.

Calon PKR adalah Manogaran dan calon BN pula ialah Datuk Sivarraajh Chandran.

SPR buat kesilapan dalam kes Tian Chua

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/tian-chua.jpg
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat kesilapan selepas membatalkan pencalonan penyandang Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk bertanding di kerusi berkenaan pada PRU14 ini.

Peguam, Syahredzan Johan, ini adalah kerana mahkamah sebelum ini telah memutuskan bahawa seseorang hanya hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya sekiranya pihak berkenaan di denda tidak kurang daripada RM2,000.

“Keadaan ini telah ditafsirkan sebagai pihak berkenaan hanya hilang kelayakan sekiranya didenda lebih daripada RM2,000 atau RM2,000.01,” katanya kepada Sinar Harian.

Sewaktu proses penamaan calon hari ini, Tian Chua gagal untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu selepas pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain membatalkan kertas pencalonannya.

Janji pertama Tun M di Langkawi

Janatul Firdaus Yaacob

Janji pertama Tun M di Langkawi
LANGKAWI - Dalam kempen pertamanya selepas disahkan sebagai calon Pakatan Harapan (Harapan) bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menyelesaikan masalah kaum India.

Dalam dialog bersama masyarakat India di pulau itu, pengerusi Harapan itu berjanji akan memastikan kaum India di Malaysia tidak dipinggirkan.

“Saya diberitahu ramai orang dewasa tua banyak tiada IC kad biru tetapi IC kad merah. Kita akan cuba mereka dapatkan IC kad biru sebagai warganegara.

“Kita berjanji jika Harapan mendirikan kerajaan, kita akan buat banyak pertukaran dan bagi perhatian rakyat miskin keturunan India,” katanya dalam ucapannya dalam program anjuran Hindraf yang dihadiri kira-kira 200 orang itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, terdapat banyak masalah kaum India dan sekiranya Harapan berjaya menubuhkan kerajaan, ia akan dapat diselesaikan.

Husam anak butir sebenar Tok Guru Nik Aziz, kata Nik Omar

Anak Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Nik Omar menyifatkan anak murid sebenar bekas menteri besar Kelantan itu adalah Husam Musa.

“Ambo (saya) perhati pendekatan yang dibawa Husam memang sama, anak butir kita panggil dengan apa yang dibawa oleh Tok Guru,” kata anak lelaki sulung bekas mursyidul am Pas yang paling popular itu.

Ketika hayatnya, kata Nik Omar, Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, Husam ini diciptakan Allah bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk Malaysia juga.

“Kalau kita ikut perkembangan, Tok Guru pernah sebut secara terbuka bahawa Husam dicipta Allah bukan hanya untuk negeri Kelantan, tetapi juga untuk Malaysia. Itu satu bukti,” kata Nik Omar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan awam pertama malam tadi selepas diterima sebagai calon Pakatan Harapan di DUN Cempaka yang menggunakan simbol PKR semasa penamaan calon semalam.

Husam adalah setiausaha akhbar pertama Tok Guru Nik Aziz apabila beliau dilantik sebagai menteri besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...