Monday, February 28, 2022

MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK


 MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK 

1. Saya ada terbaca kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS Harakah bertajuk “YB Pmtg Pasir buktikan diri boneka DAP” di pautan..

 https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/24/yb-pmtg-pasir-buktikan-diri-boneka-dap/ 

berhubungg kenyataan saya berkaitan isu kontroversi penjagaan anak melibatkan Pn Loh Siew Hong. Saya menegaskan bahawa kenyataan oleh PAS tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.

2. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kenyataan saya pada 16 Februari lalu adalah bagi memberikan pandangan undang-undang hari ini bahawa penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun memerlukan kebenaran kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa. Oleh itu, penukaran satu pihak oleh ibu atau bapa (unilateral conversion) tidak dibenarkan dan boleh dibatalkan oleh mahkamah. Di mana salahnya kenyataan tersebut? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...