Tuesday, November 6, 2018

Susah-senang, kalah-menang, jangan abai rakyat

ADAM ADLI

Ayuh bicara tentang teman-teman kita yang kini sudah memegang gelar menteri mahupun pegawai-pegawai menteri di Putrajaya dan beberapa negeri yang baru dimenangi.
Kira-kira, ada dua jenis golongan sebenarnya. Yang pertama, mereka yang kini hidupnya lebih enak dan selesa; tidak lagi bermandi keringat, tidak lagi pening memikirkan wang buat belanja, tidak lagi khuatir untuk ke mana-mana.

Untung nasib, sampai masa – bertambah pula gelar dan pangkat. Makin senang lagi hidup. Kantung yang kosong kini berisi. Kantung yang pernah berisi pula, makin penuh dan besar.

Islam dan bumiputera dalam Belanjawan 2019 dan lain-lain

Prof Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Islam dan bumiputera dalam Belanjawan 2019 dan lain-lain

Alhamulillah saya berhasrat highlight beberapa perkara yang menarik perhatian, khususnya melibatkan Islam, Bumiputra, cukai,subsidi dan bonus antaranya adalah:

1. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.

2. RM 150 juta lagi disediakan untuk laksana program pembinaan masjid dan surau serta modul pembelajaran agama gunakan braille.

Nobita telah menjadi mimpi ngeri anak muda


Seorang laki-laki muda di sudut restoran sedang berkhutbah di hadapan rakan-rakannya yang lengkap bertali leher, seperti ejen multi-level marketing (MLM) bertemu pelanggan. Sekali-sekali khutbah anak muda itu singgah ditelingaku. Dia sedang marah kepada Nobita yang katanya berbohong dan tidak peduli dengan anak muda yang dihimpit pelbagai tekanan.

Panjang dan dalam aku memikirkan ayat anak muda ini, mengapa dia marah kepada Nobita? Dia bukanlah Doraemon yang akan membantu Nobita kerana kegagalan Nobita untuk hidup secara mandiri, asyik mengharapkan bantuan dan pengorbanan orang lain. Anak muda ini cuma rakyat biasa, apa yang telah Nobita ragut daripadanya? Setelah anak muda ini masuk ke khutbah yang kedua – barulah aku sedar, dia sedang bercakap tentang Lim Guan Eng!

Mukhriz - SBEZ mampu beri pulangan cepat


Mukhriz (lapan, kanan) dan Abdul Samad (tujuh, kanan) bergambar di hadapan Masjid Zahir sebelum gimik perasmian menanam pokok kurma.

ALOR SETAR - Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam diyakini akan memberi pulangan hasil kepada negeri dalam tempoh cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, peruntukan sebanyak RM25 juta khusus untuk SBEZ seperti diumumkan pada Belanjawan 2019, adalah atas usaha negeri yang membuat permohonan menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...