Thursday, December 13, 2018

APA SEBAB SPV KEMENTERIAN KEWANGAN PEGANG ASET TABUNG HAJI?


Saya akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung Tabung Haji kepada SPV bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.

Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PWC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

ZETI SOKONG BANK NEGARA KAWAL SELIA TABUNG HAJI


Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyokong kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas Lembaga Tabung Haji (TH), mengatakan penglibatan bank pusat dalam pelan pemulihan menyeluruh lembaga itu sebagai “perkara penting”.

Bekas gabenor bank pusat itu tidak melihat sebarang masalah dengan penglibatan BNM dalam pelan memulihkan penyata kira-kita TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017, seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Mesti ada kawal selia badan pengawal keseliaan (regulatory authority). Perkara itu penting,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Pengimejan IJN-PNB di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

PENDEDAHAN KEWANGAN TABUNG HAJI PERLU DISIASAT BUKAN DIBELA

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional

1. Pemuda AMANAH memandang serius empat perkembangan terkini yang telah mencemarkan imej institusi Islam di Malaysia iaitu Lembaga Tabung Haji. Pemuda AMANAH juga kecewa kerana semua masalah yang telah dibangkitkan berkaitan Tabung Haji baru-baru ini telah timbul ketika pemerintahan Barisan Nasional, namun tidak diselesaikan malah telah disembunyikan. Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Muslim Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa telah mendedahkan kepincangan kewangan Tabung Haji yang telah mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion. Beliau juga telah mendedahkan bahawa hibah ataupun dividen Tabung Haji telah diedarkan walaupun nilai liabiliti badan berkenaan jauh melebihi jumlah asetnya sejak tahun 2014. Perkara ini yang telah melanggar Akta Tabung Haji 1995, juga telah disahkan oleh laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC), salah satu syarikat audit terkemuka dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...