Tuesday, May 22, 2018

First Day masuk pejabat menteri kewangan, Guan Eng dah dedah 1MDB tipu..!!

Menteri kewangan: 1MDB tipu! 'Bail out' hampir RM7 bilion
Alyaa Alhadjri
22 Mei 2018, 5:03 petang (Dikemaskini 22 Mei 2018, 6:17 petang)

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bailout" daripada kerajaan BN sebelum ini.

Lim berkata ini bertentangan dengan dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu mampu membayar hutangnya daripada penstrukturan semula.

"Berdasarkan senarai bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pihak 1MDB adalah berjumlah RM6.98 bilion.

"Jumlah ini termasuk bayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

“Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya’.

“Selama ini MoF yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai menteri kewangan.

Hanya tiga menteri berani bersuara lawan Najib - KP SPRM


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendakwa beliau dan bekas ketuanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata langkah itu susulan hasil siasatan SPRM pada 2015 berhubung isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang ketika itu adalah perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, hanya tiga menteri ketika itu yang berani bersuara mengenainya iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

"Walaupun ugutan-ugutan diterima, kami berdua (Mohd Shukri dan Abu Kassim) tidak pernah berputus asa. Saya jumpa beberapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim berjumpa dengan beberapa orang menteri untuk yakinkan mereka bahawa kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International adalah kes yang benar, bukannya kes rekaan.

Buka balik kes Altantuya? IGP bincang dulu

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau perlu berbincang dengan pegawainya terlebih dahulu sama ada akan membuka kembali kertas siasatan berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Saya perlu lihat kembali dan berbincang dengan pegawai saya," katanya ringkas pada sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihak polis akan membuka kembali siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia itu.

Peguam PAS: Kenyataan SPRM prejudis pada Najib

 
Peguam PAS Wan Zainuddin Wan Musa menyifatkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Wan Zainuddin berkata, ia tidak patut dikeluarkan pada hari yang sama Najib dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM.

“Kenyataan ini amat tidak perlu dikeluarkan secara terbuka kerana ia akan secara langsung mewujudkan persepsi bahawa memang wujud campur tangan politik dalam kes ini sebelum ini,” katanya.

Dalam tulisan di Facebook yang dikongsi oleh PAS Selangor, Wan Zainuddin berkata Shukri patut merekodkan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan membuat pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan 1MDB.

Kes 1MDB bukan rekaan, kata KP SPRM


BERNAMAM

Kes 1MDB bukan rekaan, kata KP SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, (gambar kiri) berkata, kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6bilion bukan cerita rekaan semata-mata tetapi adalah satu kes besar sepanjang mengendalikannya, kata .

Menceritakan pengalaman siasatan kes itu semula, Mohd Shukri berkata beliau hampir mati dan ia merupakan satu pengalaman yang menakutkan sepanjang mengendalikan kes tersebut bersama bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Mohd Shukri berkata ketika mengendalikan kes itu, beliau telah diugut untuk dipecat, bersara awal, dipindahkan ke unit lain iaitu bahagian latihan serta menerima ugutan peluru yang dihantar ke rumahnya.

“Saya dan Abu Kassim memulakan siasatan kes SRC International pada bulan Julai 2015 apabila beliau minta saya buka fail dan siasat akaun milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan RM42 juta.

Saya tidak mahu ubah gaya Mat Sabu, kata Menteri Pertahanan


Menteri Pertahanan yang baru Mohamad Sabu mengaku beliau gementar apabila memulakan kehidupan barunya di kementerian yang penuh dengan undang-undang dan protokol itu kerana beliau hanya biasa dengan rakyat biasa.

Kalau selama ini beliau berteh tarik di kedai-kedai mamak dan berucap di pentas-pentas ceramah politik, hari ini beliau memulakan hidup dengan jeneral-jeneral askar yang penuh dengan disiplin dan protokol.

“Tentulah gementar, saya selalu hidup bersama rakyat, tetapi sekarang perlu ikut undang-undang dan protokol, ini sesuatu yang baru (menjadi menteri).

“Tetapi saya tidak mahu ubah style Mat Sabu,” kata Presiden AMANAH itu, merujuk kepada nama yang selalu dipanggil kepada beliau di kalangan orang ramai.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pertama beliau di Wissma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Antara perkara yang perlu dijaganya bermula hari ini, menurutnya, adalah ketika berkata-kata di khalayak umum.

PAS TIDAK KENAL PERMATA"Jauhari Shj Yg Kenal Manikam"


TERASA sedih antara sayu bilamana melihat jebon-jebon mula masuk bertugas di Kementerian masing-masing.Berpuluhan tahun mereka menebar bakti untuk membawa Pas ke persada fasca kemenangan di ambang perjuangan. Namun Pas sahaja yang sengaja tiada mahu kenal permata.Permata yang bersinar itu gagal dipergilap lantaran dilontar keluar dari persada pentas politik mereka dengan menconteng arang kotoran bakkata sekawan jebon-jebon yang wajib dinyahkan dari pentas suci mereka yang putih bersih.

Maaf hari ini mereka jauh meninggalkan susur laluan buat kumpulan partai suci yang sesat dalam perjalanan tidak kesampaian.

Tuhan mengangkatkan mereka terlebih dahulu. Permata yang digilap itu bukannya 'Jebon-Jebon'. Jauhari sahaja yang kenal manikan.Kesesalan yang mungkin tiada berkesudahan buat pemimpin partai suci akan terus berpanjangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...