Thursday, October 18, 2018

Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 catat sejarah selepas 59 tahun



Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 catat sejarah selepas 59 tahun
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menerima mengadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, semalam. - Foto: Bernama

ALOR SETAR - Selepas hampir enam dekad, rakyat Kedah berpeluang menyaksikan detik yang mencatat sejarah apabila Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 bakal dilangsungkan di Istana Anak Bukit di sini pada Isnin.

Istiadat pertabalan itu diadakan selepas 59 tahun, setelah istiadat sebelum ini diadakan pada 20 Febuari 1959 sempena pertabalan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah Ke-28.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit pada 11 September 2017. Istiadat pertabalan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah Ke-29 merangkumi lima istiadat utama iaitu Istiadat Letak Kerja, Istiadat Ziarah Makam, Istiadat Siram Tabal, Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan serta Istiadat Pertabalan Sultan Kedah.

Kesemua istiadat itu dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin melihat Sultan Sallehuddin memerintah negeri Jelapang Padi ini dengan penuh kebijaksanaan.

Waspada gelombang kedua banjir di Kedah

 Banjir
ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir ekoran air pasang besar yang dijangka berlaku pada 26 dan 27 Oktober ini.

Pemangku Pengarah JBPM Kedah Mohd Zahar Abdullah berkata pihaknya mempunyai kekuatan hampir 1,000 anggota bomba tetap dan bantuan untuk dikerah membantu mangsa yang terjejas.

Katanya selain itu, sebanyak 40 buah bot dan lori juga siap diuji dan berada dalam keadaan baik untuk digunakan apabila keadaan memerlukan.

“Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Kedah akan mengalami turunan hujan yang kerap ekoran peralihan angin monsun timur laut sebelum disusuli dengan air pasang besar pada 26 dan 27 Oktober ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...