Saturday, September 29, 2018

PRK PD : PAS tidak nampak perkara besar

PAS TAK TIDAK NAMPAK PERKARA BESAR

Husam Musa berpendapat Pas sepatutnya tidak bertanding dalam Pirake Port Dikcson dan perlu memberi laluan kepada Anwar untuk mennyusun kepimpinan negara.

“Pas sepatutnya utamakan agenda pengukuhan negara,” katanya di Kota Bharu sekejap tadi.

Katanya tindakan Pas bertandign asalkan ada kerusi kosong bukan keputusan bijak. Beliau nampak tindakan Pas itu dibuat secara adhoc bukan keputusan koleketif dan berstrategi Pas.

“Bagi saya keputusan itu berlandaskan kepada mimpi presiden,” sinisnya.

Wednesday, September 26, 2018

Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Hassan Mahmud

NASUHA RAHMAN 
Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

Perjuangan AMANAH mirip kepada Islam, kata Hassan Mahmud
Bekas Imam Masjid Negara Datuk Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz yang diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) baru-baru ini, menyifatkan perjuangan parti itu mirip kepada Islam sekali gus sesuai dengan selera beliau.

Katanya, kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu telah mendorong beliau untuk menyertai AMANAH yang akan membawa perubahan dan perkembangan yang baik kepada Islam dan umat Melayu.

“AMANAH asalnya daripada Pas kebanyakkan ia adalah rakan-rakan yang sama juga daripada Pas, hati saya mula kasih sesama kawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Dateline semasa membuat rawatan kesihatan di sebuah hopital swasta di ibu kota pada hari ini.

Hassan yang sebelum ini merupakan ahli Pas seumur hidup memilih AMANAH kerana parti itu kini mempunyai kuasa di dalam kerajaan dengan beberapa pimpinan telah dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Kuasa itu penting, rakan-rakan di dalam AMANAH telah diberi sedikit kuasa dalam mentadbir negara ini jadi peluang untuk membuat benda baik boleh dilaksanakan,” katanya.

Kek Media dibahagi-bahagi antara parti-parti dalam PH?

ISMAIL HASHIM YAHAYA

Kek Media dibahagi-bahagi antara parti-parti dalam PH?
Terdapat sesetengah ahli akademik yang mengatakan media arus perdana tidak lagi relevan kerana yang penting adalah media baharu. Malah sesetengah ahli akademik mempertikaikan bahawa media arus perdana terdiri akhbar, televisyen, radio dan agensi berita nasional sahaja kerana bagi mereka media baharu juga tergolong ke dalam media arus perdana.

Ini kerana bagi mereka khalayak masa ini lebih cenderung membaca berita daripada media baharu seperti Malaysia Dateline, The Malaysia Insight, Malaysiakini, Free Malaysia Media atau Awani Online atau Sinar online, The Star Online dan seumpamanya.

Tetapi perkembangan terkini menunjukkan bahawa media arus perdana tradisional masih lagi relevan dan berkuasa memainkan peranan propaganda bagi Pakatan Harapan (PH).

Ia menunjukkan ekonomi-politik media bukan tertumpu kepada media baharu, tetapi penguasaan pemilikan dan kawalan media oleh parti-parti poltik dalam PH.

Laporan berita dari media sosial memaparkan dengan gamban Datuk Hussammudidn Yaacob, pemilik Kumpulan Karangkarf Sdn Bhd dan Editor Pengurusan Sinar Harian sekarang menjadi Pengerusi TV Alhijrah. Ini bermakna Parti Amanah telah menguasai stesen televisyen itu.

Ini memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa juga Naib Presiden AMANAH yang tentunya mengambil seseorang yang pro-AMANAH sebagai seorang yang menjaga stesen televisyen tersebut.

Ayah minta tolong doakan dia..

Ayah minta tolong doakan dia..
Jenazah Allahyarham dibawa menaiki van setelah selesai disolatkan di surau pondoknya, di sini. (Gambar kecil: Mohd Hafizuddin)
AYER HITAM - Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Tuan Guru Mohd Rejab Md Akhir, 59, kembali ke rahmatullah akibat strok.

Anak sulungnya, Mohd Hafizuddin Helmi Mohd Rejab, 26, berkata, ayahnya tidak sedarkan diri sejak rebah ketika menghadiri program usrah di Kampung Tempayan Pecah, Jumaat lalu.

Bagaimanapun katanya, ketika dirawat di hospital kelmarin ayahnya sempat berpesan supaya mereka mendoakannya.

"Dia sedar sekali saja kelmarin (Isnin), dia kata tolong doakan dia, itu saja yang dia dan (sempat) kata, masa tu adik (Abdul Mubbin, 22) dan mak, Siti Fatimah Osman, 47) ada di sisi ayah," katanya.

Menurutnya, sebelum ini pada 2006 ayahnya disahkan menghidap darah tinggi.

"Tetapi lepas tu ayah tak pernah sakit, tak pernah jumpa doktor sampai la dia tiba-tiba rebah Jumaat lalu.

"Masa tau pasal ayah tu, saya ada di Kelantan sebab masih belajar di sebuah pondok di Pasir Mas.

"Jadi saya terus balik dan Alhamdulillah saya bersama ibu dan adik-adik yang lain setia berada di sisi ayah sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Kami reda dengan pemergian ayah," katanya dalam nada sedih.

Tuesday, September 25, 2018

Mahkamah arah Rafizi bela diri tuduhan tohmah Tabung Haji

Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membela diri terhadap tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, dua tahun lalu.

Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang telah memanggil tiga saksi sepanjang perbicaraan bermula 22 Ogos tahun lepas, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS), di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah telah mendengar, membaca dan meneliti keterangan saksi pendakwaan, mengambil kira kesemua aspek secara maksima, mahkamah dengan ini mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan satu kes prima facie dan mahkamah memanggil OKS untuk membela diri,” katanya.

Monday, September 24, 2018

Pemuda PAS puji PM tolak LGBT


Pemuda PAS mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menolak gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.

“Keputusan tersebut adalah tepat kerana Malaysia tidak harus dikongkong dengan kehendak hak asasi manusia acuan Barat,” kata ketuanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mahathir pada hujung minggu lepas berkata Malaysia tidak menerima LGBT dan perkahwinan sejenis kerana sistem nilai negara ini tidak sama seperti di negara-negara Barat yang lebih bebas.

Sebelum ini terdapat dakwaan kerajaan baru menyokong gaya hidup itu.

Ada Umno di wajah PAS

Menikmati kesedapan ikan patin Temerloh dengan luahan pedas daripada kritikan rakan lama tentang AMANAH adalah pakej perjalanan yang menarik hujung minggu lalu.

Sungai Pahang mengalir perlahan-lahan.

Perbincangan kami berkisar soal politik semasa. Setelah itu, saya 'berundur' dengan mengelak diri untuk berkhilaf hingga boleh menjejas silaturrahim.

Seminggu selepas 16 September, AMANAH mengadakan perayaan sempena tiga tahun penubuhannya. Ada banyak sebab AMANAH meraikan ulang tahunnya di Temerloh.

Pertama, Temerloh ialah kawasan parlimen yang diwakili oleh Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir.

Kedua, faktor geografi yang terletak di titik tengah Semanjung Malaysia.

Ketiga, mengambil semangat sejarah Temerloh yang sarat dengan perlawanan ke atas sang penguasa. Itu kemungkinan yang terbayang dalam fikiran saya saat menghirup kuah ikan patin yang pedas.

Saturday, September 22, 2018

Apabila isu HARAM STRAW di manipulasikan oleh walaun..

BIODEGREDASI

Yang diumumkan akan diharamkan penggunaan ialah straw plastik bukan STRAW!! Bukan semua straw diharamkan.

Faham dulu.

Habis tu nak minum air bungkus tak boleh pakai straw?

Sapa kata tak boleh? Yang kita kata straw plastik, dr sekarang hingga 31/12/2019, kita akan kempen perkenal straw biodegredasi.

Sekarang pun dah byk premis jualan minuman guna straw biodegredasi. Kita ja tak sedar sbb kita anggap ianya sekadar straw.

Kita tak haramkan straw! Kita hanya haramkan straw plastik.

Nak Mengaku Juga hanya Parti dia saja yang lebih ISLAM, Silakan !

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Jika pemimpin parti itu nak mengaku parti dia saja penyelamat Islam, silakan.

Bahkan, jika dia nak mengaku parti dia lebih Islam daripada orang lain, atau parti dia saja yang Islam, silakan.

Sehingga kini tiada akta atau enakmen yang boleh menyekat sesiapa atau pihak mana untuk mengaku sebegitu.

Iblis juga pernah mengaku dia lebih baik daripada Adam hanya kerana dia dicipta daripada api.

Tetapi, jika sesiapa yang tidak memilih, atau tidak bersama kumpulan dia, itu tidak bermakna orang itu tidak memilih Islam, atau tidak bersama Islam.

Islam milik seluruh umat, bukan milik parti dia. Tanpa parti dia pun, Islam tetap terselamat.

Bahkan, jika dengan kewujudan parti dia yang membawa Islam di bawah bayangan faham takfiri, lebih baik parti dia tak ada daripada ada.

Tsunami 9 Mei: Ramai masih meroyan

Oleh Tok Perak

http://suarapakatandaily.com/wp-content/uploads/2018/05/ce0b110c-44e7-4ef1-b207-e0d1b20c2f64.jpg
WALAUPUN dakwat di jari telunjuk sudah hilang, ada sesetengah orang masih tidak dapat menyesuaikan diri – dan perasaan – dengan keputusan PRU14.

Bagi pengundi yang telah membuat pilihan tepat, tempoh bersorak dan riang ria telah tamat; sekarang adalah masa untuk bekerja keras merealisasikan apa yang dihasratkan sebelum 9 Mei.

Tetapi ramai juga yang masih termangu-mangu macam terkena ubat gegat, sebab tidak dapat menerima hakikat bahawa tsunami rakyat telah merubah segala-galanya.

Bagi yang tenat dilanda sindrom hilang kuasa, mereka mula berjalan bagaikan tidak jejak di bumi, dan merepek yang bukan-bukan.

Maka, harap-harap sehari dua ini tidak ada yang bercakap seorang diri, atau marah-marah pada pokok dan tiang lampu.

ALKISAH sebelum tsunami melanda, ramai yang khayal dan leka dengan kehebatan kuasa, sehingga mereka bertindak dan bercakap sesedap lidah, tanpa sedikit pun prihatin terhadap perasaan orang lain.

3 Tahun pencapaian Amanah membanggakan

Oleh Mohd Sayuti Omar
 
http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/04/parti-amanah.jpg
SEMALAM satu detik dan tanggal yang bersejarah buat rakyat negara ini khasnya mereka yang cinta dan sayangkan Malaysia. Semalam adalah tarikh penubuhan Persekutuan Malaysia, majlis sambutannya diadakan di Sabah.

Tanggal keramat itu menjadi signifikan kepada sebuah parti politik kerana ia berkongsi hari dan tarikh penubuhannya. Semalam juga adalah hari ulang tahun Parti Amanah Negara, (AMANAH). Sambutan HUT AMANAH akan diadakan di Temerloh 22 September ini.
Untuk meletakkan Amanah di garis selari dengan Malaysia agak melampau. Tetapi jika dihitung dari segi usia dengan pencapaiannya, AMANAH bolehlah dianggap sebuah parti yang hebat. Kejayaan dan kecemerlangan digapainya mengiringi pencapaian Persekutuan Malaysia yang berusia 55 tahun.
Salahuddin Ayub
Saya sendiri tidak menduga prestasi dicapai AMANAH setinggi itu. Dalam usia setahun jagung AMANAH berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan parti-parti besar lain khasnya dalam gabungan PH; seperti PKR dan DAP.

Sekiranya soal jawatan dalam kerajaan dijadi ukuran kehebatannya, ternyata pencapaian AMANAH membangga dan memberangsangkan. Pencapaian dan harga yang diberikan kepada parti itu, ia boleh dianggap parti paling hebat dan dihormati. Bahkan dari sisi itu AMANAH  mengatasi rekod parti sekutunya Pas yang sudah wujud dan menongkat langit selama 64 tahun namun belum pernah sekalipun Pas mencapai setanding dengan apa diraih oleh AMANAH.


Menyertai pilihan raya.
 
Pada 9 Mei lalu adalah penyertaan pertama AMANAH dalam Piraum -- pilihan raya umum dalam negara ini. Dalam kata lain penyertaan itu buat pertama kali ia masuk gelanggang politik secara rasmi. Dalam usia setahun jagung miskin segala prasarana, dalam gelora penghinaan, -- pemimpinnya dimaki hamun dan dinesta dengan pelbagai kata dan cara, tidak ada siapa terfikir yang AMANAH mampu meraih kejayaan itu. Bagi mereka yang memperkecilkan AMANAH mungkin "kena reti", dan malu sendiri dengan pencapaian AMANAH hari ini.

Menjawab Hujah Tontowi Tentang Anwar Di Muktamar PAS

Editor Akhbar Rakyat September 20, 2018 Pendapat
Oleh WFAUZDIN NS

Tontowi dlm Muktamar baru2 ini menyerang Anwar. Dia kata sebaik saja Anwar keluar dari penjara, Anwar terus serang Pas apabila Anwar berkata PH mahu rampas Kelantan dan Tganu. Dia pun ungkit kononnya Anwar tak kenang jasa Arwah Us Fadzil Noor yg buka pintu kpd Anwar sebaik saja Anwar dipecat dari Umno dan TPM.

Aku nak jawab la kata2 Ketua Penerangan Pas, Tontowi yg lari dari Temerloh dalam PRU14 yg lalu kemudiannya kalah teruk pula di Indera Mahkota.

Betulkah Anwar serang Pas? Adakah sebagai pemimpin utama di dalam PH yg menjadi kerajaan, apabila Anwar mahu rampas Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis yang dikuasai oleh Pembangkang (Umno/Pas) itu satu perkara yg pelik? Kalau tidak mahu ditentang dalam politik, baik daftar Pas sebagai NGO atau Jemaah Tabligh. Masuk politik mesti bersedia untuk ditentang oleh pihak lawan. Itu asas politik yang mustahil Tontowi tidak tahu.

Hakikatnya, Anwar secara peribadi telah lama diserang oleh Pas semenjak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi. Anwar sentiasa diserang oleh Pas sejak Anwar di dalam penjara lagi setelah Pas putus hubungan dengan Pakatan Rakyat dan Keadilan lagi. Waktu itu Anwar tidak boleh menjawab serangan Pas kerana beliau di dalam penjara. Pas serang Anwar lebih awal lagi.

Gesa kerajaan fokus sektor hiliran getah

Gesa kerajaan fokus sektor hiliran getah
Kameruzaman (kiri) bersama Timbalan Menteri Industri Utana Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) dalam Majlis Penyerahan Memorandum dari PUGBM berkaitan Proposal Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil Getah dan Cadangan Tambahbaik Skim Subsidi Pekebun Kecil Getah sebelum ini di Kuala Lumpur.

BALING - Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) menyarankan kerajaan memberikan tumpuan kepa­da sektor hiliran berasaskan getah.

Presiden PUGBM, Kameruzaman Ab Rahman berkata, tumpuan lebih ke­pada sektor hiliran berasaskan getah mampu menjana ekonomi penoreh.

Menurutnya, perancangan untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan utama tana­man getah perlu digerak­kan secara bersepadu meli­batkan semua agensi berkaitan.

"Langkah ke depan adalah perlu dengan mem­berikan tumpuan yang lebih kepada sektor hiliran berasaskan getah.

"Ia penting bagi memberi ruang kepada golongan pekebun getah untuk terlibat dalam sektor ini," katanya.

Disamping itu katanya, kerajaan juga perlu mem­berikan fokus kepada pembangunan aktiviti eko­nomi tambahan di mana melibatkan ternakan dan pertanian dalam kalangan masyarakat penoreh.

Menurutnya, langkah ini bagi menampung keperluan sumber daging dan sayuran yang kini masih bergantung kepada sumber import.

"Kerajaan menyasarkan pengeluaran daging 50 pera­tus menjelang 2020, sekali gus mengurangkan import daging yang mencecah 70 peratus ketika ini.

Polis rampas 40 mesin judi di Alor Setar

 PDRM
ALOR SETAR - Polis merampas 40 mesin judi dalam operasi yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Telok Wanjah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin berkata, rampasan dilakukan oleh 38 anggota diketuai Pegawai Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Insp Darlveen Singh pada 5.30 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya, turut dirampas 90 joy stick (alat kawalan simulator) di premis yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan mesin judi berkenaan.

"Operasi yang kita buat ini daripada waran geledah yang diperolehi daripada Mahkamah Majistret Alor Setar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini dan turut menambah sebanyak 11 premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian digeledah pagi tadi.

LZNK - Sasar satu daerah, satu sekolah asnaf

 Sasar satu daerah, satu sekolah asnaf
ALOR SETAR - Sekolah asnaf kedua yang dibiayai sepenuhnya Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dirancang diwujudkan pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya mensasarkan untuk mewujudkan sekolah asnaf di setiap daerah di Kedah.

Syeikh Zakaria berkata, setakat ini, LZNK sudah memiliki sekolah pertama, iaitu Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim di Jalan Suka Menanti, di sini di Kota Setar.

"Untuk peringkat seterusnya, kita merancang untuk menyediakan sekolah asnaf di daerah Sik pada tahun depan demi membantu keluarga asnaf miskin.

"Selepas itu, kita akan susuli di daerah lain untuk mewujudkan sekolah asnaf terbabit dalam usaha membela nasib keluarga asnaf miskin." katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian selepas sesi penyerahan kunci Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim kepada Pengetua Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim, Abdullah Harun, semalam.

Friday, September 21, 2018

'Dah lama depa MADA tak mai cuci tali air'

 'Dah lama depa tak mai cuci tali air'
JERLUN - Petani di Kampung Bohor Karang, di sini kecewa apabila mendakwa sistem pengairan tidak diselenggara sempurna oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Seorang petani,Mohd Sobri Ramli,61, berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak dua tahun yang lalu.

Katanya, kali terakhir pihak Mada didakwa membersihkan tali air berkenaan adalah pada 2016 setelah menerima aduan daripadanya.

"Kalau ikutkan, sebelum daripada itu pun memang dah lama Mada tak mai cuci, bila saya buat aduan, baru depa turun.

"Kalau boleh biar ada jadual yang sistematik, tak kan nak tunggu kami buat aduan, baru depa mai cuci.

"Kadang-kadang buat aduan pun tak ada tindakan, macam aduan terakhir saya tu, minta depa mai tukar pembentung tapi tak ada tindakan pun sampai sekarang,"katanya, ketika ditemui di sini, semalam.

Thursday, September 20, 2018

Kerajaan PH : 5,000 guru Kafa diserap ke jawatan tetap

PUTRAJAYA - Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) pula akan diberi tempoh dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan dilantik secara tetap ke jawatan itu.

Wednesday, September 19, 2018

MB KEDAH MUKHRIZ masih ulangi perangai lama dan hilang arah tuju tadbir negeri

MENTERI BESAR(MB) KEDAH
MASIH ULANGI PERANGAI LAMA


Mengikut data yang di keluarkan oleh kerajaan pusat, Kedah adalah sebuah negeri yang hutangnya tertinggi di Malaysia. Oleh itu Kedah tidak boleh ketinggalan mahu pun mundur kerana ianya berada di pantai barat yang sama dengan negeri-negeri maju dalam jajaran lebuhraya Utara Selatan.

Kedah juga mempunyai sambungan landasan keretapi daripada Singapura ke Hadyai Thailand. Kenapa Kedah masih mundur? Untuk itu Kedah mesti mempunyai Menteri Besar yang berdaya saing untuk memajukan negeri.

Rungutan terhadap Datuk Seri Mukhriz kini makin memuncak bukan sahaja daripada rakyat dan ahli-ahli parti tetapi juga daripada pegawai-pegawai kerajaan yang ingin melaksanakan tugas di bawah kerajaan baharu.

Sunday, September 16, 2018

Ahli PAS berkurangan hampir 80,000 orang

 https://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/04/PAS.jpg
MUKTAMAR | Jumlah keanggotaan PAS didapati menurun hampir 80,000 selepas parti itu melakukan "pemutihan". Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berdasarkan rekod yang ada pada PAS jumlah anggota parti itu sekarang ialah 818,029 orang dan ada 7,140 cawangan di seluruh negara. 

Berucap semasa sesi penggulungan petang ini Takiyuddin menjelaskan PAS Pusat juga mendapati ada 20 kawasan yang tidak memiliki dewan muslimat dan 11 kawasan tidak ada dewan pemuda. Kata Takiyuddin, berbanding dengan 222 kerusi parlimen yang ada ketika ini ada 26 kawasan di tempat tertentu yang belum ditubuhkan organisasi parti itu. 

Untuk rekod semasa muktamar PAS di Alor Setar pada tahun lalu Takiyuddin mengumumkan parti itu berjaya menambah hampir 100,000 anggota baru sejak pertengahan 2016. Pertambahan itu menjadikan jumlah anggota PAS ketika itu seramai 897,800 orang, dan ia tidak mencapai sasaran sejuta ahli yang ditetapkan ketika itu. 

Pimpinan PAS kecewa ahli tak baca akhbar Harakah

Susah Harakah berkembang jika ahli PAS tidak baca, kata Mohd Amar

http://mole.my/wp-content/uploads/2015/04/harakah-may23.jpg
KUALA NERUS: Ahli dan penyokong PAS diseru supaya menjadikan Harakah sebagai rujukan rasmi berbanding media lain.

Seruan itu dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagi memastikan akhbar lidah rasmi itu kekal releven pada saat semua media menghadapi masalah pengurusan.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah menyusun semula pengurusan Harakah untuk bersaing dengan media lain.

“Perkara penting adalah sokongan ahli PAS. Kalau kita sendiri tak baca memang susahlah untuk Harakah berkembang dan meningkatkan pencapaian.

“Harakah sepatutnya menjadi rujukan utama sebelum melihat dan membaca media lain,” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini.

Katanya parti itu juga sedang menyusun semula Harakah melibatkan pengurusan dan kakitangannya.

CABARAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENANGANI FENOMENA “TROLL”

https://www.hoaxes.id/wp-content/uploads/2018/02/politik-768x439.jpg
9 Mei 2018 menjadi titik bersejarah kepada Malaysia apabila sebuah kerajaan yang kukuh dan utuh sejak Merdeka 1957 bernama Barisan Nasional (BN) telah tumbang dengan cukup tragis kepada Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh si veteran yang penuh sifat kepimpinan dan semangat waja Tun Dr Mahathir Mohamad. Kesepaduan tenaga PH dibuktikan dengan menggunakan hanya satu lambang iaitu lambang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan pengagihan kerusi yang diterima dengan berlapang dada oleh semua pimpinan dan ahli keluarga Pakatan Harapan. 

Kehadiran bekas tokoh UMNO-BN sejak tahun 1998 sehingga sekarang telah menambahkan rencam dalam kesepaduan pasukan Pembangkang sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan yang penuh dengan warna warni saat ini. Nama seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz yang beralih arah dan sedar sebelum terlambat merupakan satu titik tolak kepada kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan kini. 

Kemenangan Pakatan Harapan perlu dibukukan dan dicatitkan dalam arkib negara kerana kita telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada dibawa hanyut oleh pemimpin pemimpin UMNO-BN yang hanya mementingkan tembolok masing masing sahaja. Kejayaan Pakatan Harapan sangatlah ditunggu tunggu rakyat marhaen kerana mereka percaya Janji dan Manifesto Pakatan Harapan adalah sangat relevan untuk masyarakat kini. Pemimpin Pakatan Harapan yang dulunya hanyalah demonstran jalanan serta pejuang keadilan dan reformis kini merupakan Bapak Menteri yang ditugaskan untuk “walk the talk” segala idea idea dan buah fikiran yang sebelum ini dihadkan dan dikuburkan begitu saja oleh kerajaan terdahulu. 

Deepak lapor polis terhadap Shafee, Najib, Azeez berkaitan kes Altantuya


Saudagar karpet Deepak Jaikishian membuat laporan polis malam tadi terhadap bekas peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Deepak mendakwa mereka campur tangan dalam saman yang difailkan balu mendiang penyiasat persendirian (PI) P Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang mana beliau juga defendan dalam kes tersebut.

Ahli perniagaan itu membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan mendakwa dirinya dipaksa mengambil Shafee sebagai peguamnya dalam kes itu atas arahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Shafee diambil oleh Najib untuk mewakili saya dalam saman tersebut yang bertentangan dengan hasrat saya.

"Shafee dipaksakan untuk menjadi peguam saya semata-mata atas (kuasa) bekas perdana menteri dan keluarganya yang menggunakan jabatan kerajaan dan institusi kewangan berkaitan kerajaan bagi meletakkan tekanan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan melalui intimidasi dan ancaman," katanya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini.

Malaysia bakal jadi kuasa ekonomi baharu

 Anwar Ibrahim
SINGAPURA – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga bakal menjadi perdana menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau optimistik yang Malaysia boleh menjadi satu kuasa ekonomi baharu di rantau ini.

Berucap pada majlis S Rajaratnam Endowment Dialogue, di sini, hari ini, Anwar berkata keyakinan tinggi itu adalah bersandarkan kepada “dasar-dasar Malaysia yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang stabil dan bersih.”

“Dengan adanya kedaulatan undang-undang...dan institusi yang demokrasi...saya percaya, Insya ALLAH Malaysia akan muncul sekali lagi sebagai kuasa ekonomi yang menjadi contoh,” katanya.

Dialog tersebut merupakan satu program utama Sidang Kemuncak Singapura 2018 yang diadakan di Shangri-La Hotel di sini.

Turut hadir ialah bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, Ho Ching.

Lebih 75,000 rakyat P Pinang bakal terima bayaran program I-Sejahtera mulai 22 September

 Lebih 75,000 rakyat P Pinang bakal terima bayaran program I-Sejahtera mulai 22 September
Seramai 75,884 rakyat negeri Pulau Pinang akan mulai menerima bayaran melalui program I-Sejahtera kerajaan negeri mulai 22 September minggu hadapan.

Menurut Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh (gambar atas), bagi sumbangan kepada Skim Pelajar Emas, seramai 36,020 pelajar akan menerima manfaat tersebut tidak lama lagi.

Selain itu katanya, untuk program Penghargaan Warga Emas sejumlah 24,995 penerima akan mendapat sumbangan tersebut.

Sementara itu ujarnya, bagi program sumbangan Bantuan Ibu Tunggal pula seramai 14, 869 penerima akan menerima peruntukan yang telah disediakan.

Perwakilan: PAS bukan berjuang untuk tumbangkan Umno

MUKTAMAR | Perjuangan PAS bukan untuk menumpaskan Umno tetapi menegakkan kedaulatan Islam, kata seorang perwakilan muktamar malam ini.

Justeru itu, sesiapa sahaja yang bersetuju dengan gagasan mendaulatkan Islam itu adalah kawan PAS, kata perwakilan Perak, Mohd Akmal Kamaruddin .

"Sehingga ada mengatakan bila Umno dah nak mati kenapa nak bagi nafas kepada Umno, kita berjuang bukan kerana nak tumbangkan Umno tapi kita berjuang untuk daulat Islam.

"Siapa sahaja setuju mendaulatkan Islam maka ia adalah kawan PAS, siapa menutup harapan mendaulat Islam maka dia adalah musuh PAS," tegasnya.

Mohd Akmal berkata dalam sejarah kerjasama PAS bersama parti-parti lain menunjukkan apabila pihak berkenaan memutuskan kerjasama mereka kembali menjadi cacamarba.

Pengalaman bermalam di muzium dalam negeri Kedah

MUZIUM Padi di Alor Setar merupakan salah satu daripada empat lokasi program bermalam di muzium di K
MUZIUM Padi di Alor Setar merupakan salah satu daripada empat lokasi program bermalam di muzium di Kedah.

ALOR SETAR 12 Sept. - Pernah dengar momokan kononnya arca di dalam muzium bergerak pada waktu malam?

Atau lebih teruk lagi dikatakan di muzium itu terdapat ‘penunggu’ yang boleh mendatangkan mimpi buruk buat pengunjung terutamanya mereka yang lemah semangat.

Itu antara persepsi yang mahu dilemparkan jauh-jauh daripada generasi muda hari ini.

Sepatutnya perkara sebegitu tidak lagi timbul lebih-lebih lagi ketika muzium pada zaman ini kian jarang dijadikan lokasi mendapatkan maklumat memandang­kan terlalu ramai yang beranggapan sedemikian.

Bagi menangkis persepsi negatif itu, Jabatan Muzium Malaysia telah memperkenalkan program bermalam di muzium sejak lebih 10 tahun lalu.

Di negeri ini, empat lokasi dijadikan pilihan iaitu Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Arkeo­logi Lembah Bujang, Galeri Perdana di Langkawi serta Muzium Padi dekat sini.

Menurut Pengarah Muzium negeri, Suhaidi Shukri, hampir 300 pelajar dari 15 buah sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan di keempat-empat lokasi tersebut.

TPM - Kekalkan semangat toleransi, persefahaman

Wan Azizah 
KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Hari Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia supaya mengekalkan nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat-menghormati, saling memahami dan saling menerima.

"Ini adalah harta masyarakat yang harus kita sentiasa hargai dan dukungi," kata beliau dalam perutusan Hari Malaysia.

Beliau berkata Malaysia tertubuh 55 tahun lalu hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah).

"Peristiwa bersejarah penyatuan tiga wilayah ini ditambah manis dengan ciri-ciri unik untuk dimiliki oleh setiap wilayah,” katanya.

Keindahan Malaysia sesungguhnya terletak pada rakyatnya, kata timbalan perdana menteri sambil menyeru rakyat Malaysia untuk terus meraikan keharmonian dalam kepelbagaian dan menikmati perbualan di sekeliling kita yang dituturkan dalam bahasa yang pelbagai.

Saturday, September 15, 2018

Pas, Umno terpaksa bersama

 Umno Pas
SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan Umno dilihat sebagai satu perkara yang terpaksa dilakukan dalam jangka masa pendek bagi berhadapan dengan PH.

Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Hamdan Mohd berkata, kerjasama itu menarik seandainya gabungan Pas dan Umno menjadi polisi rasmi.

“Apa yang kita lihat daripada undi popular di PRU14, sebenarnya gabungan ini akan memberi kesan kepada negeri-negeri yang mempunyai majoriti Melayu.

“Jadi Pas perlu memikirkan dalam keadaan untuk survival dan sebagainya. Tapi pandangan saya, Umno lebih memerlukan Pas dalam keadaan sekarang sebenarnya,” katanya pada Siaran Langsung ‘Pas Pasca PRU : Apa yang berlaku?”, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, pada masa sama, parti tersebut perlu mengambil kenyataan bahawa kemenangan PH pada PRU14 itu bukanlah atas dasar kepartian.

Tubuh jawatankuasa teliti kerjasama Umno-Pas Kelantan

Tubuh jawatankuasa teliti kerjasama Umno-Pas Kelantan
KOTA BHARU – Satu jawatankuasa kerja Perhubungan Umno Kelantan akan ditubuhkan bagi meneliti aspek-aspek kerjasama antara parti itu dengan Pas mengikut acuan politik negeri berkenaan.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan diketuai Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

“Selepas itu secara rasmi perbincangan akan diadakan dengan pihak Pas dan Kerajaan Kelantan bagi menterjemahkan bentuk kerjasama kerana di peringkat nasional, kerjasama sudah terjalin secara rasmi sebagai pembangkang.

“Tetapi untuk Kelantan ini, Pas adalah sebuah kerajaan negeri, maka mungkin ada beberapa pengubahsuaian yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas di Dewan Umno Kelantan, hari ini.

Menurutnya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu penting bagi memastikan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti itu bukan hanya untuk jangka pendek, namun diharapkan bagi satu tempoh yang berpanjangan.

PAS bayar lebih RM2.1 juta kos guaman kes S'wak Report

MUKTAMAR | PAS membayar lebih RM2.1 juta hasil sumbangan ahli bagi menampung kos guaman pengendalian kes saman presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pembayaran itu dibuat bermula 30 November 2016 dan sehingga Jun lalu.

"Daripada rekod, kita telah membayar yuran guaman bermula 30 November 2016 hingga Jun 2018 daripada jumlah kutipan yang dimasukkan di bawah satu akaun PAS berjumlah £355,550.82.

"Jumlah itu bersamaan RM2,117,870.85 dan peguam tersebut kini menghantar bil kepada Abdul Hadi yang belum kita bayar sebanyak £25,000," katanya ketika menjawab soalan pada sesi perbahasan penyata kira-kira tahunan PAS pada Muktamar PAS ke-64, di Kuala Terengganu, hari ini.

Terdahulu, perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan PAS Temerloh yang bertanya mengenai jumlah kutipan bagi mendanai kes saman terdapat Sarawak Report itu.

Pintu HARAPAN tertutup buat Umno - Anwar

Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada kerja sama antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Umno, paling tidak buat masa sekarang.

"Sudah pasti tiada dan semestinya bukan pada sekarang. Kami tidak pernah mempertimbangkan hal ini. Mereka (Umno) bersama dengan PAS pagi ini dalam suatu persidangan," beliau memberitahu pemberita di Singapura hari ini merujuk pimpinan Umno hadir Muktamar PAS ke-64.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

"Hal akan datang itu que sera sera (masa hadapan di luar kawalan). Tetapi buat masa ini, tidak ada langsung dalam pertimbangan," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama akan datang.

Anwar membuat kenyataan selepas Anggota Parlimen Umno dari Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan mahu membantunya dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Mercedes boleh ketika lori sampah tidak cukup

 
Tindakan kerajaan negeri Kelantan membuat pembelian kereta mewah Mercedes Benz untuk pegawai tinggi dan exconya terus menjadi momokan dan kutukan.

Ini kerana sebelum ini, kerajaan negeri berkata, lori sampah tidak mencukupi kerana kerajaan negeri menghadapi masalah kewangan.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa terus membangkitkan isu itu dalam pertemuannya dengan sebuah pertubuhan Wanita Kelantan dalam pertemuan beliau dengan mereka di Shah Alam.

“Hutang banyak tetapi boleh lagi beli Mercedes,” kata Husam secara sepintas lalu dengan diiringi tepukan dari yang hadir di majlis santai di sebuah kedai makan itu.

Isu pembelian Mercedes mula dibangkitkan Husam ketika berucap dalam satu majlis yang meraikan pelantikan beliau sebagai senator di Kota Bharu sebelum ini.

Itu hak Anwar untuk bertanding, saya tak masuk campur, kata Mahathir


Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak untuk bertanding di dalam pilihan raya kecil (PRK), demikian menurut Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada media, Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, Anwar telah memaklumkan niatnya itu ketika beliau berada di Hong Kong.

“Dari Hong Kong dia telefon saya untuk beritahu yang dia ada PRK. Itu haknya. Saya tak masuk campur dalam perkara itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

Menjawab pertanyaan media sama ada patut atau tidak satu kerusi dikosongkan untuk Anwar, Mahathir berkata pihaknya mengambil maklum perhatian yang dibuat orang ramai terhadap perkara itu.

Bagaimanapun Mahathir menyatakan sokongan kepada pencalonan Anwar tetapi beliau tidak akan turun berkempen untuknya.

“Saya beritahu Anwar, biasanya saya tak berkempen dalam pilihan raya kecil. Tetapi saya akan sokong pencalonannya.”

Friday, September 14, 2018

Pas gabung Umno lawan Anwar di PD


Datuk Dr Mahfodz dan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi

KUALA TERENGGANU - Pas akan bergabung bersama Umno dalam PRK Port Dickson bagi menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat yang diadakan parti itu, semalam.

"PRK Port Dickson nanti akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu di mana kita akan memberikan laluan kepada Umno dan calonnya.

Polis Kedah akan banteras judi haram habis-habisan!

Banteras judi haram habis-habisan!

ALOR SETAR - "Semua bentuk perjudian haram di negeri ini akan dibanteras habis-habisan"! Demikian tegas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid.

Beliau menggesa masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis jika mengesyaki ada premis yang menjalankan kegiatan itu.

"Pihak polis akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di premis perjudian yang pernah diserbu sebelum ini bagi memastikan ia tidak lagi terus beroperasi," katanya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Monday, September 10, 2018

Benarkah rakyat protes PH seperti kata Hadi?

BENARKAH KENYATAAN INI...?
Oleh Jamaludin Jamalu

PRESIDEN Pas kata % undi rendah di Seri Setia petanda rakyat protes terhadap PH.Ana boleh bersetuju dengan beberapa pandangan mengatakan sekiranya pengundi Seri Setia protes PH tentu sekali mereka akan turun beramai ramai sekaligus mengundi Pas bagi mengalahkan PH. Itu baru betul mereka protes PH dan sokong Pas.

Justeru itu hujah Hadi dangkal sekali.Tidak keluar mengundi itu bukan makna protes.Antaranya pengundi di Seri Setia sudah menjangka sekalipun 15000 tiada membuang undi PH masih boleh mengalahkan gabungan Pas-Umno.Itu perkiraan pengundi di Seri Setia, perkiraan Hadi lain pula.Hadi selalu congakkanya silap dan tidak tepat.

Thursday, September 6, 2018

Daim jadi peguam, jumpa Anwar 6 kali di penjara

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mendedahkan beliau 'menjadi peguam' dan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sebanyak enam kali sebelum pilihan raya umum ke-14.

Menurut Daim beliau bertemu dengan ramai pemimpin Umno daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR sendiri termasuk Anwar bagi membincangkan masalah dihadapi negara ketika itu.

"Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara itu saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar.

"Saya jumpa dan berbincang dalam enam kali. Selepas itu saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan saya tulis surat kepada PM.

"Saya tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam. Mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk.

"Tidak mengapalah sebab kami dah bincang. Yang perlu dibincang masalah ketika itu ialah masalah politik," kata bekas menteri kewangan itu.

Lantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM satu kesilapan


RAHMAN IMUDA

Lantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM satu kesilapan
Ulasan: Beberapa hari yang lepas, Malaysia telah menyambut “hari terkejut” berhubung dengan kes dakwaan rasuah banglo Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Saya fikir hari terkejut hanya akan dirayakan sehari, rupa-rupanya sambutan “hari terkejut” diteruskan semalam apabila Dr Maszlee dilantik sebagai Pengerusi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pakatan Harapan (PH) kerap mengatakan ingin mengembalikan kuasa autonomi kepada universiti, lantikan Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan sebagai Pengerusi UIAM adalah tindakan yang bertentangan dengan laungan membebaskan universiti.

Untuk memudahkan proses universiti mendapatkan autonomi penuh – pengaruh kementerian terhadap universiti harus dikurangkan, melantik Menteri Pendidikan sebagai Presiden adalah langkah keterbelakang dalam menuntut autonomi universiti.

Prestasi Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan

Ketika Pakatan Harapan mencapai usia 100 harinya, Wan Saiful Wan Jan selaku pegawai khas Dr Maszlee telah mengumumkan 43 inisiatif yang dikatakan telah dicapai oleh Kementerian Pendidikan.

Dalam konteks pendidikan tinggi, secara jujur – saya tidak melihat terlalu banyak perkara yang boleh dibanggakan dalam inisiatif tersebut.

Bagi saya Kementerian Pendidikan hilang “impak segera” atau kerap dipanggil “quick win” dalam perancangan mereka.

'Selamat pengantin baharu MCA, Pas'

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2016/04/MCA-PAS-Child.jpg
BALAKONG – Tahniah kepada MCA dan Pas kerana akhirnya membuat pengakuan secara terbuka bahawa kedua-dua parti seteru itu kini telah ‘berkahwin’.

Sindiran itu dilontarkan, calon PH PRK Dun Balakong, Wong Siew Ki sebagai reaksi kepada kehadiran Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang turun berkempen untuk MCA, malam tadi.

Siew Ki berkata, tindakan MCA itu membuktikan kepada pengundi bahawa parti etnik Cina itu sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kemenangan pada 8 September ini.

“Tahniah kepada mereka, akhirnya MCA dan Pas berkahwin secara terbuka. Jika dulu umum maklum MCA sering mengkritik Pas.

“Jadi sekarang kita boleh nampak, demi kemenangan mereka (MCA) akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Namun, bagi saya tak ada masalah kalau MCA nak bekerjasama dengan Pas ataupun dengan Umno, sebab pengundilah yang akan menentukan pilihan mereka,” katanya.

KPDNHEP KEDAH Gempur premis kenakan cas tinggi

Gempur premis kenakan cas tinggi
CHANGLUN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima lapan aduan mengenai kenaikan harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lalu.

Exco Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr R Summugam berkata, aduan yang diterima melibatkan restoran, panggung wayang, kedai runcit dan tambah nilai prabayar.

Katanya, susulan aduan berkenaan, pihaknya mengadakan tinjauan dan pemeriksaan di premis terlibat.

“Premis pertama yang kami buat pemeriksaan adalah di sebuah restoran nasi kandar di sini yang mana ada laporan mengatakan pemilik restoran mengenakan cas yang tinggi.

“Bagaimanapun, setelah diperiksa kami mendapati mereka hanya mengenakan SST sebanyak enam peratus iaitu cukai untuk perkhidmatan sahaja.

Pimpinan PAS kata PH lebih parah daripada BN

PH lebih parah daripada BN
ALOR SETAR - Pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa lebih parah berbanding pentadbiran BN yang memerintah selama kira-kira 60 tahun.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan sekarang dirasakan lebih teruk berbanding terdahulu kerana ia dilihat mempermainkan kepercayaan rakyat.

Menurutnya, selepas 118 hari PH didapati masih gagal menunaikan pelbagai janji ditaburkan mereka untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya lepas.

"Masa pilihan raya, dia kata akan buat perubahan tapi tak buat perubahan pun, sedangkan sudah menabur pelbagai janji.

"Inilah langkah memperlekeh daya fikiran rakyat. Itulah kemuncak kebiadapan dan menunjukkan betapa teruknya kerajaan hari ini. Jadi, rakyat kenalah sedar dengan keadaan berlaku," katanya.

Nasrudin berkata, kerajaan PH membuat 10 janji yang akan ditunaikan dalam 100 hari pemerintahan ketika PRU 14 lalu, bagaimanapun kini hanya lebih kurang 20 peratus sahaja yang ditunaikan untuk rakyat.

Wednesday, September 5, 2018

ZAKAT BOLEH BAGI KEPADA GOLONGAN LGBT,PELACUR PENAGIH DADAH?

Uuuiii hari ni jenuh menjawab. Sekali lagi saya tekankan kepada golongan Asatizah,guru2 kami dan mereka yang lebih berilmu supaya sentiasalah BERTABAYYUN dalam setiap isu kerana apa yang kita hukum dan buat kenyataan akan merugikan Islam dan memfitnah rukun yang sangat suci ini.

1. Zakat yang disalurkan bukan kepada golongan ini untuk sara hidup mereka dan mengembangkan lagi aktiviti mungkar tersebut! Ini jelas paham dulu.

2. Zakat menyalurkan bantuan tersebut kepada Institusi atau NGO yang membantu golongan-golangan yang ingin kembali ke pangkal jalan dan boleh diselamatkan.

3. Tak cantik lagikah Ibadah Zakat itu sebagai 1 jalan untuk menyelesaikan masalah LGBT dalam masyarakat kita dengan zakat yang kita keluarkan. Indahnya jika kita faham islam secara menyeluruh bukan menghukum semata2 dengan nafsu dan emosi.

Bersediakah Kerajaan PH hadapi pengundi yg menentang AES menolak mereka pada PRU15 nanti?

AES


Ada org tanya aku apa pendirian aku tentang perlaksanaan AES bermula 1/9/2018. Sebenarnya aku & Sekretariat Protes AES (ProtAES) dah keluar kenyataan hari tu. Mungkin tak ada orang baca. Jadi mlm ni aku nak tulis pendirian peribadi aku sebagai salah seorang yg menentang perlaksanaan AES di bawah BN dulu.

1) Aku menentang AES kerana perlaksanaan AES dulu melibatkan syarikat swasta di mana syarikat akan mengumpul keuntungan lebih kurang RM3.8 bilion sepanjang tempoh konsesi berakhir Ogos 2018.

Mengapa penguatkuasaan undang-undang diberikan kpd syarikat swasta kerana mereka hanya akan memikirkan keuntungan di atas kecuaian pengguna? LTAT semasa mengambil alih Beta Tegap & ATES juga ats dasar untung!!

Tuesday, September 4, 2018

APABILA PEMBANGKANG PERTIKAI ANTARA HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?

HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?

FAKTA: Rebranding perayaan Hari Kemerdekaan Ke [jumlah tahun] kepada Hari Kebangsaan [tahun] bukanlah ide kerajaan Pakatan Harapan seperti yang didakwa pembangkang.

Penjenamaan semula ini diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Menteri ketika itu, DS Shabery Cheek. Contohnya, perayaan 31 Ogos tahun ini dikenali sebagai ‘Hari Kebangsaan 2018’, bukan ‘Hari Kebangsaan Ke 61’ atau ‘Hari Kemerdekaan Ke 61’.

Kalau kita menggunakan terma ‘Hari Kemerdekaan’ untuk perayaan 31 Ogos, secara teknikalnya ia hanya membabitkan Semenanjung Tanah Melayu, bukannya Sabah dan Sarawak.

Sebab itu brand perayaan 31 Ogos diseragamkan pada tahun 2015 sebagai ‘Hari Kebangsaan’ untuk merangkumi keseluruhan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Rujuk infografik yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) untuk mengetahui rasional penjenamaan ini.

Kes Guan Eng & Khir Toyo - Ramai orang terkexut atau Buat-buat terkexut pun ada.

Ramai orang terkexut | Buat-buat terkexut pun ada.

Dalam tulisan aku pasal Lim Guan Eng semalam, ada yang tanya aku..apa beza dengan kes Khir Toyo ? Khir toyo pun beli rumah bawah pasaran.. Tu sebab hangpa tak faham.. Khir toyo dipenjara bukans ebab beli rumah murah, tetapi telah dibuktikan dalam Mahkamah dia sebagai Penjawat awam, sebagai MB menyedari hubungan mereka dalam kontrak Kerajaan..

Dalam Kes Khir Toyo Tuan punya Syarikat orang yang sama telah dbuktikan mendapat surat sokongan Khir toyo diatas projek projek Kerajaan Negeri..walaupun surat sokongan tu ditolak pengurusan PKNS, dari surat itu dibuktikan mereka ada hubungan dan sedar akan urus niaga tu...

Monday, September 3, 2018

Kerajaan siasat projek musang king di Gunung Inas Baling

SIK - Projek tanaman durian musang king kira-kira1,000 hektar di Gunung Inas Baling didapati mempunyai masalah dalam aspek pengurusan.

Exco Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan serta Pembangunan Insan, Azman Nasrudin berkata, projek itu dijalankan di bawah pimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Saya tahu memang projek itu ada masalah. Projek tanaman durian musang king dibuat syarikat Menteri Besar Incorporated bersama sebuah lagi syarikat," katanya.

Sunday, September 2, 2018

MELAYU SUDAH BANGKIT PADA PRU14 LALU, NAK BANGKIT APA LAGI?

Sunday, 2 September 2018

MELAYU SUDAH BANGKIT PADA PRU14 LALU, NAK BANGKIT APA LAGI?

Agak kelakar dan menggelikan hati apabila UMNO tiba-tiba menganjurkan Perhimpunan Melayu Bangkit yang semua orang faham tujuan utamanya ialah untuk mengajak rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan yang sedang mentadbir negara sekarang ini.

Pelbagai kecaman, cemuhan, kritikan dan kata-kata cacian, malah fitnah dilemparkan dengan tujuan menimbulkan kebencian kepada kerajaan dalam perhimpunan yang diadakan di Pasir Salak itu.

Tak cukup dengan itu, ada juga pemimpin UMNO yang tampil dalam perhimpunan tersebut hanya dengan memakai kain pelikat saja untuk menunjukkan dia kononnya pemimpin marhaen dan hidup seperti rakyat bawahan yang lain.

Kesian Lokman Adam.. Diri dia sendiri pon dah kena "SST"..!

KENYATAAN MEDIA KETUA ARMADA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA NEGERI PERAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya merujuk kepada ucapan pemimpin UMNO Dato' Lokman Noor Adam di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak semalam.

1. Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa simpati yang mendalam kepada saudara Lokman kerana terpaksa menggunakan hujah-hujah yang terdesak untuk menunjukkan beliau masih relevan untuk memperjuangkan isu orang Melayu dan agama Islam. Sayang sekali, saudara Lokman dan ramai pemimpin-pemimpin UMNO baru menyedari hakikat bahawa mereka memerlukan sokongan rakyat khususnya orang Melayu untuk berkuasa. Malang sekali, Lokman dan pemimpin-pemimpin UMNO telah memejamkan mata, memekakkan telinga dan berpaling dari orang-orang Melayu di bandar dan di luar bandar apabila rakyat bersuara mengenai kos sara hidup yang tinggi yang mencengkam akibat rejim cukai GST. Sudah tentu, pada ketika itu saudara Lokman dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak merasai akan keperitan rakyat kerana mereka hidup selesa dengan kekayaan yang dibina atas nama UMNO. Hari ini, selepas kehilangan kuasa, saudara Lokman mungkin baru tersedar bahawa beliau dan UMNO amat memerlukan sokongan orang Melayu. Soalnya, di mana saudara Lokman apabila rakyat di bawah merayu supaya nasib mereka dibela semasa UMNO berkuasa?

Apabila Ust Ebit Lew bercerita bersama Datin Marina Mahathir...


Sebak rasa jumpa Datin Marina Mahathir. Saya bercerita dan berkongsi tentang kasih sayang iman dan usaha dakwah yang sedang di jalankan betapa Allah sayang kita semua. Beliau sangat baik mendengar dan sangat merendah diri..seronok dapat saling berkongsi.

Katanya, beliau memang kagum dengan usaha ustaz walau cina tapi bimbing ramai orang ditepi jalan dan juga bantu maknyah untuk dibimbing dan keluar dari tekanan hidup. Beliau kata ramai maknyah nak solat dan mereka perlu dipimpin. Walau suasana agak bising kami dapat berbual dekat 2jam. Jarang orang tengah suasana riuh nak berbual cerita Islam sampai 2jam. Kata saya halal itu jelas. Haram itu jelas. Dan usaha memujuk rayu manusia dengan kasih sayang dekat dengan Allah itulah kerja Nabi saw..itulah usaha kita sebagai insan..beliau pun kata perkara yang sama..subhanallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...