Friday, June 11, 2021

ANTARA SENARAI KES FITNAH PAS & UMNO YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH

 



JADI, SIAPA SEBENARNYA YANG KAKI FITNAH...?

1. *Papagomo (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM951,260.30

2. *Ismail Sabri (UMNO)* vs Nurul Izzah RM450,000

3. *Hj Razman* vs Nizar Jamaluddin RM200,000

4. *Wan Zawawi Ismail (PAS)* vs Husam Musa RM50,000

5. *Nasrudin Tantawi (PAS)* vs LGE RM10,000

6. *Nasir Desa (UMPAS)* vs Khalid Samad RM100,000

7. *Hamidah Osman ( ~Putra~ UMNO)* vs Khalid Samad RM200,000 

8. *Hassan Ali (PAS)* vs Khalid Samad RM200,000

9. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Nizar Jamaluddin RM280,000

10. *Khalid Abu Bakar (IGP-Umno)* vs Nurul Izzah RM400,000

11. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Guan Eng RM400,000

12. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Karpal Singh RM50,000 

13. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM45,000

14. *NST (UMNO)* vs LGE RM130,000

15. *TV3 (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM1,100,000 

16. *NST (UMNO)* vs Husam Musa RM350,000

17. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Kit Siang RM250,000

18. *Azwandin (UMNO)* vs Liew Chin Tong RM40,000

19. *Azwandin (UMNO)* vs Teresa Kok RM30 juta 

20. *Jamal Tongkol (UMNO)* vs Yeo Bee Yin RM5 juta

21. *Raja Petra Kamaruddin (PAS) vs LGE* RM600,000



PAKATAN HARAPAN TOLAK MAGERAN


 KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
 
11 Jun 2021

PAKATAN HARAPAN TOLAK MAGERAN

Majlis Presiden mengambil maklum cadangan Tun Dr Mahathir untuk mewujudkan sebuah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara pada waktu ini, terutama berkait COVID-19.

Walau bagaimanapun, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa Darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.

PERBEZAAN NILAI PERJUANGAN MAHATHIR DAN ANWAR


 SETUJU...TEPAT SEKALI TULISAN DAN KATA-KATA MSO INI...!!!!👍👍
*****************************
PERBEZAAN NILAI PERJUANGAN MAHATHIR DAN ANWAR

Dua hari lepas saya ditanya oleh seorang pendidik yang dedikasi mengenai dua ahli politik negara, Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. 

Dia mahu tahu apakah perbezaan antara kedua tokoh ini. Baginya dia melihat Mahathir selalu berjaya manakala Anwar gagal dan kalah bila berdepan (dibandingkan) dengan Mahathir, bahkan Anwar kena kerap main (pedaya) dengan Mahathir.

Pendidik ini memerhati sejarah kedua-duanya. Jadi dia mahu tahu (bertanya) saya dimanakah kesilapan atau perbezaan hal ini? 
Saya menjawab dari konteks pemikiran dan apa yang saya lihat terhadap dua orang itu. Bagi saya kenapa berlaku apa dilihat oleh pendidik itu, ialah kerana ada perbezaan besar antara keduanya, dari segi nilai atau pegangan hidup dalam perjuangan dan berpoliik.

Tuesday, June 8, 2021

ALHAMDULILLAH.. PAS BANTAH HARGA MINYAK MASAK MAHAL DIJUAL PADA RAKYAT TAPI.....


Kenyataan Media Penerangan. 113

4 November 2016 : 3 Safar 1438


MINYAK MASAK : KERAJAAN SENDIRI PUNCA RAKYAT TERBEBAN

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat


1. Kerajaan wajar dipertanggungjawabkan kerana telah menyebabkan para pengguna terbeban dengan kenaikan harga dan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi (pek plastik 1 kg) dalam pasaran pasca pelaksanaan rasionalisasi subsidi minyak masak bermula awal bulan ini.


2. Media-media utama dan orang awam sehingga hari ini masih melaporkan keadaan kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran di beberapa negeri dan harga runcit yang dikenakan kepada pelanggan melambung tinggi daripada harga sebelum ini. 


3. Amaran Kerajaan kepada peniaga supaya patuh kepada sebarang ketetapan dan jaminan kepada pengguna bahawa bekalan minyak masak dalam pasaran adalah mencukupi dilihat tidak sedikit pun mengubah kesusahan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini bagi mendapatkan bahan keperluan ini; bahkan keadaan terus semakin sulit bagi rakyat.

Sunday, June 6, 2021

PEMUDA AMANAH KEDAH : Yang Mana Lebih Penting Ford Raptor atau Pendemik Covid-19??


 KENYATAAN RASMI PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH


6 Jun 2021 | Ahad

Yang Mana Lebih Penting Ford Raptor atau Pendemik Covid-19??

1. Kelmarin tular di media sosial yang mana Menteri Besar Kedah telah merentas negeri ketika PKP 3.0 telah dilaksanakan di seluruh negara. Perbuatan ini jelas menunjukkan sikap 'double standard' dalam pematuhan SOP yang mana saban hari kes positif dan kematian ditahap kritikal di negara kita.

2. Lebih menghairankan seorang Menteri Besar yang terlalu banyak sangat 'kebetulan' berkata beliau dalam perjalanan urusan kerajaan negeri telah kelihatan oleh netizen sedang memandu uji Ford Raptor di Auto City, Juru Pulau Pinang. Disaat beliau sendiri menyarankan PKPD di Kota Setar sebelum ini dan meminta rakyat negeri Kedah duduk dirumah dan patuhi SOP. Pepatah mengatakan ‘Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri’

Saturday, June 5, 2021

PH BAGGAGE.. APAKAH TUNM SEDANG MENGATA KEPADA KEPADA DIRINYA SENDIRI?

 


Dari awal lagi saya persoalkan apa sebenar matlamat utama penubuhan Pejuang lepas gagal dengan UMNO baru dan Bersatu. Mahathir kata Muhyidin sama dengan Najib tapi yang peliknya waktu dia jadi chairman Bersatu dulu yang mana lagi power dari Presiden, takkan dia tak nampak yang Muhyidin ini gagal?

Lepas tu admit yang protoge dia Muhyidin gagal sama seperti admit yang dia sendiri gagal sebab Muhyidin adalah orang yang dia sendiri endorse. Tak lupa juga Najib pun dia endorse, Paklah pun dia endorse tapi gagal. Maknanya semua apa yang dia endorse gagal.  Tapi macam saya tulis dulu, Mahathir ini dia suka kalau orang yes man, sebab itu dia tak kisah pun Muhyidin gagal waktu dia jadi pengerusi, as long as mereka continue sokong dia.

Aduhai menteri.. pekerja kilang yang 120k syarikat tu boleh pergi kerja, tapi mp yang 222 orang tak boleh lagi masuk parlimen bersidang!


 Surat terbuka utk Datuk Hamzah Zainudin ...


Lbh 120,000 syarikat yg mlibatkan lbh 1.2 juta tenaga kerja dibenarkan beroperasi semasa PKP dikuatkuasa mengikut SOP yg diketatkan. Mrk mnggunakan wang syarikat, yg bkerja sendiri mnggunakan duit poket sndri utk mematuhi sgala SOP yg ditetapkan oleh pihak bkuasa. 

Parlimen hnya ada 222 org shj ahli dewan. Difahamkan parlimen tlh dinaiktaraf bg keselesaan dan keselamatan dewan semasa awal2 covid melanda negara. Kerajaan tlh peruntukkan jutaan ringgit utk mengubahsuai tpt duduk utk ahli2 dewan agar mngikut SOP yg ditetapkan KKM. Dari segi jarak kerusi ahli2 dewan, penghadang lutsinar antara ahli2 dewan. Diketatkan lg dgn pelitup muka tiap2 ahli dewan yg semestinya berkualiti tinggi yg tidak sama dgn rakyat dan pekerja biasa. Termasuklah dgn mesin sanitizer dll. Wang rakyat digunakan utk tujuan itu.

Oleh itu, apa yg mnghalang parlimen itu bersidang berbanding kilang2 yg mnempatkan beribu pkerja yg bkerja didalamnya..? 

KELAYAKAN PIALA DUNIA - Berita sedih! Bad mood! Tidak percaya! Marah! & Kecewa!


 Sekadar berkongsi!


Analisis & Recap!

#MAS🇲🇾vs🇦🇪UAE
#WorldCupQualifiers2022 

Berita sedih! Bad mood! Tidak percaya! Marah! & Kecewa!
Buat sekalian fans Harimau Malaya seakan tidak percaya apa yang diberi oleh pasukan kita semalam.

Kita analisis & recap point-point penting dalam game semalam.

1. Naturalisasi+Warisan vs Local Player

FAM dalam 1- 2 tahum kebelakang dilihat amat serius dalam mencari pemain berdarah campuran dan juga naturalisasi! Naturalisasi adalah player yang cukup syarat bermain di liga malaysia selama 5 tahun.

Kehadiran muka baru seperti De Paula,Liridon,SamVille,Junior eldstal dan most expensive player dalam skuad iaitu Dion Cools dikira dapat membantu memberi stabililty,ability yang kuat ditambah dengan kebolehan pemain local sedia ada.

Tapi semalam,dapat disimpulkan dalam kaca tv..pemain ini menunjukkan tahap permainan yann teruk dan tahap rendah untuk seorang pemain 'import halal' berbanding dengan local player.

Wednesday, June 2, 2021

BELAJAR DARI PENJIMATAN KERAJAAN PH, KERAJAAN PN ITU SENDIRI SATU PEMBAZIRAN..


Ramai kalangan penyokong PN terpesona dengan potongan Gaji barisan Kabinet terbesar Negara itu selama 3 Bulan.. Hakikatnya Kerajaan PN itu sendiri adalah satu Pembaziran, Kerajaan yang ada hari ini bukanlah atas jalan yang Hak.. 

Apalagi dengan jumlah Menteri dan timbalan Menteri lebih 70 orang Berbanding 55 orang zaman PH..Malangnya hampir semua takda kemampuan bekerja..atas prinsip itupun menepati takrif dari Imam Syafie tentang sifat Tabzir(membazir)... Kata Imam Syafie...

التبذير إنفاق المال في غير حقِّه

At Tabzir maksudnya membelanjakan harta tidak sesuai dengan yg hak (peruntukan) harta tersebut 

(Al Jami' Ahkam Al Qur’an)

Ramai yang tidak tahu, Tun Mahathir ketika mengetuai Kerajaan PH, Tanpa ada Pandemik, tanpa ada kemelesetan Ekonomi , tanpa ada rakyat dibuang kerja sudahpun memotong Gaji semua Menteri dan Timbalan Menteri sebanyak 10%.. Dan itulah juga dilakukan Tun Mahathir ketika mula menjadi PM pada tahun 1981.. 

Apa yang dibanggakan dengan penjimatan RM 30 Juta dicampur dengan potongan elaun pegawai tinggi keseluruhan Kakitangan awam, Berbanding penjimatan RM 3 Billion zaman PH.. Untuk Pengetahuan.. Kos untuk JPM ini dianggarkan bertambah RM 11.1 bilion berbanding RM 7.9 bilion berdasarkan belanjawan 2020, pertambahan sebanyak RM 3.2 bilion atau 28.8 %..

PN BERJAYA ALIH ISU, KESUDAHAN DIA RAKYAT YANG GADUH SESAMA SENDIRI..!


 Satu kebodohan rakyat bergaduh sesama sendiri

AGENDA 'SWING' ISU BERJAYA KERANA TERPESONA SERTA KERJA HALUS KHADAM JKOM MENJILAT PN..

Byk juga saya terbaca di wall apabila ada rakyat bergaduh sesama rakyat kerana peningkatan kes Pandemik ini. Siapa yg berkata demikian bagi saya mereka sudah terpedaya atau terpesona dgn agenda 'swing' isu dari kelemahan sendiri kpd pihak lain...

Peranan ini tidak akan berjaya jika tidak ada hulubalang2 yg setia mempertahankan apa sahaja kerja buat pemerintah walaupun hakikatnya ia terang2 salah..

Seperti Amerika mengalihkan isu matlamat utama mereka menyerang Afghanistan dgn mengaitkan Osama Laden. Dlm politik kita panggil 'pecah dan perintah'. Dlm kes Pandemik ini kita panggil menutup kelemahan dgn mengalihkan isu.

Sebab apa saya kata begitu... setakat ini saya tidak pernah melihat rakyat Malaysia keluar ke tempat awam tanpa memakai mask jauh disiplin mereka lebih baik dari sesetengah negara Eropah. KKM sibuk dgn nombor positif tetapi tidak mahu atasi dgn idea2 negara luar dgn percepatkan vaksinasi.

Tuesday, June 1, 2021

Mulanya KEJAHATAN, Tengahnya KEBODOHAN, Hujungnya KEROSAKAN.. ITULAH KERAJAAN PN..!


 Pemulaannya KEJAHATAN..
PertengahannyaKEBODOHAN..
PenghujungnyaKEROSAKAN...


KEJAHATAN.
Bermula dgn langkah Sheraton. Berlaku aktiviti membeli dan merasuah MP2 agar berpaling tadah. Akhirnya dgn kejahatan, sebuah kerajaan yg dipilih rakyat melalui proses yg sah, tumbang.

Tidak cukup dgn merampas Putrajaya, Negeri2 di bwh Pakatan Harapan juga perlu 'dirampas'... Maka berlakulah terus proses membeli wakil2 rakyat di peringkat negeri...hasilnya, beberapa negeri turut tumbang. Bermula dgn Johor, diikuti Perak, Kedah dan Melaka... Kemudian kejahatan ini di bawa menyeberang Laut China Selatan, ke negeri Sabah.

Satu demi satu wakil rakyat dibeli. Tetapi, kali ini, TYT Sabah lebih bersifat terbuka. Serahkan kembali mandat kpd rakyat yg akhirnya memaksa sebuah Praya Negeri diadakan. 
Bermulalah episod serangan covid19 yg kembali menggila.

AMBOI UMUM POTONG GAJI 3 BULAN PON WALAUN SYOK TAK TERKIRA DAH!


 MENUNJUK PETUNJUK

 

Malam tadi Perdana Menteri Gagal umumkan bahawa dia, seluruh menteri-menteri dan timbalan menteri dia bersetuju untuk tidak ambil gaji untuk tempoh 3 bulan bermula Jun 2021.


Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.


Kenyataan di atas menunjukkan 2 perkara :


1) PM, Jemaah Menteri serta Timbalan Menteri amat prihatin bersama rakyat yang menderita hingga mereka juga rela tidak ambil gaji untuk merasa denyut nadi rakyat.


Cuma kita nak tahu, bila sebut gaji itu adakah ianya termasuk elaun-elaun lain atau gaji pokok sahaja?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...