Saturday, February 9, 2019

Apabila perangai UMNO & PAS SERUPA..!

UMNO & PAS SERUPA


1. Non-Muslim di Malaysia hari ini bukan seperti kafir Quraisy Mekah. Di sini tidak ada peperangan antara Muslim dan non-Muslim. Di sini Muslim tidak pernah dihalang beribadat dan tidak dihalau. Di sini Muslim dan non-Muslim berjiran, satu pejabat, satu sekolah, sekampung bahkan ramai yg mempunyai hubungan darah dan kekeluargaan.

2. Berbeza agama adalah perkara biasa yg berlaku dgn kehendak Tuhan. Jika Muslim sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar, non-Muslim juga sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar. Jika Muslim tidak mahu agamanya dihina, non-Muslim juga tidak mahu agama mereka dihina.

3. Non-Muslim di sini adalah warganegara. Mereka berhak menjadi calon pilihanraya, menjadi menteri atau exco jika mereka layak. Mengundi mereka dalam pilihanraya bukan suatu kesalahan dari sudut agama kerana kedudukan mereka sebagai warganegara di sini adalah setaraf dgn kedudukan Muslim.

Fenomena #maluapabossku bolehkah menggugat kerajaan PH

Oleh Arif Atan

Isyarat di sebalik populariti "Malu Apa Bossku"

Baju "Malu Apa Bossku" sudah banyak dijual di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru.

Ramai orang membeli. Pelbagai warga termasuk merah jambu licin! Saiz L habis! Dua helai dijual hanya RM10. Orang terus berkerumun dan terus meminta lagi dan lagi.

Ketika kerajaan Pakatan Harapan dilihat tidak memanfaatkan ruang bebas media dengan membanyakkan penerangan serta pada masa sama banyak janji berkaitan poket dan periuk nasi rakyat marhaen belum terlaksana, keterujaan orang ramai terhadap ungkapan yang dipelopori Najib Razak ini isyarat Pakatan Harapan (PH) tidak harus duduk selesa.

BELAJARLAH DARI KEJATUHAN NAJIB - PEMIMPIN MESTI ADA INTERGRITI, JANGAN SUSAHKAN PARTI

Menceburi bidang politik atau memilih kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan seseorang itu secara individu apabila mereka sudah dewasa dan ia bukanlah bidang yang dijadikan pilihan oleh mana-mana ibu bapa.

Tidak ada - kalau pun ada mungkin terlalu jarang - ibu bapa yang sejak anaknya kecil lagi telah mendorong mereka untuk menceburi bidang politik.

Selalunya bidang kerja yang jadi pilihan adalah doktor, jurutera, arkitek, pensyarah, guru, ahli perniagaan dan lain-lain kerjaya yang profesional atau menjamin masa depan.

Ini bukanlah bermakna bidang politik itu tidak baik atau kurang menjamin masa depan, tetapi ia lebih disebabkan bidang politik ini tidak menentu masa depannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...