Wednesday, October 4, 2023

BERAS OH BERAS.. APAKAH MALAYSIA SAHAJA YANG PARAH ATAU DAH BERJANGKIT SATU DUNIA?


 Dalam satu video klip menyebut di Thailand harga beras paling rendah ialah RM37.20 bagi 10 kilo. Thailand adalah pengeluar beras ke 6 terbesar dunia dgn 19.88 juta tan. Namun ia menjadi pengeksport beras kedua terbesar dunia di belakang India.




Kita lihat pula di Indonesia yang menjadi pengeluar beras ke 4 di dunia dengan 34.4 juta tan. Namun Indonesia hanya cukup utk sara diri dan tidak mengeksport beras kerana rakyatnya yang ramai.

Dalam satu screenshot dari Indonesia, rakyatnya juga "menjerit" dengan kenaikan harga beras yang melambung tinggi. Mereka tidak mengimport beras mcm Malaysia tetapi disebabkan penyusutan matawang Rupiah berbanding Dollar Amerika maka komponen pembuatan baja perlu diimport. Ia menyebabkan kos pengeluaran hasil padi meningkat berkali ganda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...