Thursday, March 31, 2022

SOSMA - undang2 gila dari kerajaan gila


 SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
HENTIKAN DAN MANSUHKAN SOSMA

Sidang Dewan Rakyat kali ini sekali lagi Menteri Dalam Negeri memasukkan suatu usul untuk meneruskan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali dengan SOSMA.

Usul tersebut berbunyi seperti berikut :

“Bahawa Majlis ini membuat suatu ketetapan menurut sub-seksyen 4(11), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5), Akta ini hendaklah terus berkuatkuasa bagi tempoh 5 tahun lagi mulai dari 31 Julai 2017”

Usul ini adalah selaras dengan Seksyen 4 (11) Akta iaitu untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua Majlis Parlimen untuk meneruskan kuatkuasa Seksyen 4 (5) Akta bagi tempoh 5 tahun lagi bermula 31 Julai 2017.

Untuk makluman semua Ahli Parlimen dan seluruh masyarakat awam, Seksyen 4 (5) SOSMA memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menahan seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk siasatan selama tempoh tidak lebih 28 hari. Penahanan selama 28 hari ini adalah atas kuasa pihak polis semata-mata yang tidak memerlukan seseorang yang disyaki dibawa ke Mahkamah untuk perintah tahanan reman. Selama tempoh penahanan 28 hari ini, orang yang disyaki akan melalui pelbagai proses siasatan yang memeritkan.

Tanggungjawab Ahli Parlimen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...