Tuesday, March 13, 2018

TAK JADI DIBEBASKAN 8 JUN, ADAKAH ANWAR MANGSA PENUNDAAN TARIKH PILIHANRAYA?

Dalam jawapannya di Parlimen semalam, Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri memberitahu, Anwar Ibrahim tidak semestinya akan dibebaskan pada 8 Jun depan.

Kata beliau, tarikh pembebasan itu boleh berubah jika Anwar didapati ada melakukan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Difahamkan antara kesalahan di bawah peraturan tersebut yang boleh menjejaskan tarikh pembebasan beliau ialah memberi kenyataan media tanpa kebenaran daripada Jabatan Penjara.

Sebelum ini Jabatan Penjara melalui Ketua Pengarahnya, Zulkifli Omar mengesahkan Anwar akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun 2018.

Kata beliau, tarikh pembebasan sebenar Anwar ialah pada 10 Jun, tetapi oleh kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, manakala 9 Jun pula hari Sabtu, maka Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan dua hari lebih awal iaitu hari Jumaat, 8 Jun.

Menteri Pendidikan menempelak sikap guru yang menyokong Pakatan Harapan

 Nak jadi guru besar, tapi sokong Harapan
BALING - Menteri Pendidikan menempelak sikap guru yang menyokong Pakatan Harapan (Harapan) tetapi dalam masa sama mahukan jawatan guru besar.

Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu bagaimanapun hanya melibatkan segelintir guru.

“Ada dua, tiga orang bermasalah. Sokong Harapan, Bersatu, beria-ia benar. Ada pakai baju macam tu (Harapan), tulis pula di bawah tu (media sosial).

"Selepas itu pergi ambil Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). NPQEL untuk jadi guru besar, macam mana kamu dengan kerajaan?," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas tamat program Perjumpaan Profesionalisme Menteri Pendidikan Malaysia Bersama Warga Pendidikan Daerah Baling di Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM) Baling, hari ini.

Madrasah perlu dana RM750,000

Madrasah perlu dana RM750,000
YAN - Madrasah Mazahirul Ulum Lil Banat yang terletak di Bukit Choras Yan memerlukan dana RM750,000 bagi tujuan membeli kediaman untuk menempatkan pelajar.

Pengetuanya, Mohamad Hizam Abu Bakar berkata, madrasah berkenaan mempunyai pelajar seramai 300 orang dan 11 pelajar perempuan.

“Sekarang ini pelajar perempuan tinggal di rumah sewa sejauh 800 meter dari pusat pengajian,” katanya.

Menurutnya, pemilik rumah sewa berkenaan mahu menjual tanah tersebut bersama lapan unit rumah yang menjadi tempat tinggal pelajar perempuan dan kakitangan madrasah.

“Namun begitu dana yang dimiliki pihak madrasah tidak mencukupi dan berharap orang ramai sudi membantu bagi membolehkan pihak madrasah membeli lapan unit rumah berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...