Sunday, February 11, 2018

MCA, Gerakan duri dalam daging, UMNO tak sedar: Zam

BANGI, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Selama ini UMNO sering menakut-nakutkan masyarakat Melayu bahawa kuasa mereka akan hilang jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa, kerana kemungkinan parti anti-Islam DAP akan menang banyak kerusi Parlimen.

Oleh itu, UMNO terus menjadikan DAP sebagai fobia kepada orang Melayu, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin.

Namun, katanya, UMNO seolah-olah tidak menyedari bahawa prinsip ketuanan Melayu sekarang ini telah banyak terhapus apabila parti anti-Islam MCA dan Gerakan menjadi duri dalam daging yang memaksa UMNO bertolak ansur, terutama dari segi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

“UMNO yakin menjadikan DAP fobia kepada orang Melayu akan dapat mencegah orang Melayu untuk mengundi Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengekalkan kuasa UMNO di negara ini.

Calon Pas Lembah Pantai hanya setahun jadi ahli


Hanya tahun lalu mendaftar sebagai ahli Pas, Fauzi Abu Bakar diumumkan sebagai calon parti tersebut di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menyifatkan tidak sangka akan dipilih sebagai calon calon Pas, ahli perniagaan berkenaan memberitahu beliau turut dilantik sebagai Bendahari Pas kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu.

“Sebenarnya saya ini hanya penyokong dan pengundi Pas sebelum ini. Saya jadi ahli Pas baru sahaja iaitu pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu juga, saya diberi amanah menjadi Bendahari Pas kawasan Lembah Pantai,” dipetik daripada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Parlimen Lembah Pantai bakal menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Pas pada pilihan raya akan datang.

Adakah Rafizi didakwa kerana menfitnah?


rafizi kena kerana bocor maklumat, bermaksud, yang dia cakap tu benar. kalau tak benar tak boleh didakwa, tak selari ngan akaun bank yang dikemukakan jadi rafizi memang cakap benar mengenai syarikat puaka sharizat..adakah rafizi telah berjaya pasang perangkap?

Adakah Rafizi didakwa kerana menfitnah?

J : Tidak

Habis, Rafizi didakwa di atas kesalahan apa ?

J : Kesalahan membocorkan maklumat perbankan sebuah syarikat.

Adakah maklumat yang dibocorkan itu maklumat yang betul ?

J : Ya maklumat itu betul dan bukan fitnah

Habis kalau betul kenapa Rafizi didakwa?

J : sebab ikut undang-undang maklumat perbankan adalah sulit.

Kalau sulit kenapa Rafizi dedahkan?

J : sebab dalam kes syarikat ini ia ada kepentingan awam untuk didedahkan.

Kepentingan awam apa tu?

MSONews : Misteri Stesyen Petronas Milik Koperasi Ladang Rakyat Kelantan Tutup Terjawab

#MSONews : MISTERI SETESEN PETRONAS TERJAWAB

Jika anda memandu melalui jalan Kota Bharu ke Ketereh, di Tunjung akan ternampak sebuah setesen minyak Petronas di kiri dan kanan. Apa yang anehnya dengan setesen minyak ini yang di kanan beroperasi manakala yang dikiri tutup.

Bagi orang yang tidak memerhati apa-apa ia tidak merasakan apa-apa kepelikan kepada setesen minyak berkenaan. Tetapi bagi mereka yang kebetulan kehabisan minyak dari perjalanan dari Ketereh ke Kota Bharu, akan berasa pelik dengan setesen minyak berkenaan, kenapa ia semacam ditutup, dah jadi macam rumah hantu.

Keadaan setesen minyak itu bukan sehari dua, tetapi sudah dekat dengan setahun? Ia juga dipagar dan dipagar terdapat sehelai kain pemindang yang memaklumkan kononnya ia diselenggarakan. Kenapa kerja penyelenggaraan sampai setahun, apa nak tiru macam pembinaan lebuh rakyat 10 km tetapi sudah memakan masa hampir sepuluh tahun dengan bertukar kontraktor hampir 10 syarikat?

Apa motif sebenar UMNO perkenal undang-undang ‘berita palsu’?

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baru berhubung gejala berita palsu yang didakwa boleh mengancam kestabilan politik, ketenteraman awam dan keselamatan negara hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, walaupun Ahli Parlimen Pakatan Harapan boleh bekerjasama mencari jalan terbaik menangani gejala tersebut, tindak tanduk UMNO-BN mempergunakan alasan ‘berita palsu’ untuk meraih lebih banyak kuasa yang hak demokratik rakyat tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman baru-baru ini yang mahu peruntukan sedia ada di teliti “untuk menangani ancaman baharu yang bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cetakan dan penyiaran, malah juga dalam platform media dalam talian.”

“Bolehkah Azalina menjelaskan apa maksud beliau tentang ‘keselamatan negara’ apabila DAP sebagai parti yang sah terpaksa berdepan dengan konspirasi untuk diharamkan?

“Azalina juga tidak mampu menjawab apabila pihak berkuasa seperti Pejabat Peguam Negara, Polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia lalai dan gagal membendung sejumlah pembohongan yang tentera siber UMNO-BN terhadap DAP dan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara lain katanya ialah serangan bertali-arus tentera siber upahan UMNO-BN yang menjaja berita palsu mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, anti-Islam dan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Ini termasuk dakwaan kononnya DAP memperuntukkan RM100 juta hingga RM1 bilion untuk membiayai Red Bean Army (RBA) melibatkan 3,000 cubertrooper yang beroperasi di Hotel Concorde, Kuala Lumpur untuk menyerang UMNO.

“Dakwaan palsu terbaru termasuklah kononnya saya sedang koma dan nazak di sebuah hospital di Singapura,” ujar beliau.

Hukuman ke atas Rafizi, Johari titik hitam sejarah negara, kata AMANAH Selangor

AKMAL HAZIQ


Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Selangor menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad oleh mahkamah Rabu lalu bakal menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

7 Februari lalu Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman 30 bulan penjara ke atas Rafizi dan Johari Mohamad, berhubung kes projek lembu negara National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC).

“Rakyat mengetahui tindakan beliau hanyalah sebagai melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membetulkan sebarang salah laku di dalam urusan rakyat dan negara.

“Kami bersolidariti bersama YB Rafizi dan Saudara Johari dalam menghadapi episod buruk yang bakal menjadi titik hitam di dalam sejarah negara ini dan menconteng arang ke muka seluruh rakyat termasuk generasi yang akan datang,” kata Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim dalam satu kenyataan kelmarin.

Kata beliau, akan tertulis dalam sejarah negara ini kisah ‘pejuang rakyat yang berani, jujur dan berdedikasi dikurung kerana mendedahkan penyelewengan duit rakyat’.

“Kami mendoakan agar musibah besar yang menimpa YB Rafizi, Saudara Johari dan seluruh rakyat ini akan memperkukuhkan azam dan semangat kita semua untuk menumbangkan rejim Barisan Nasional (BN) ini dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang,” katanya lagi.

Kenapa Dividen KWSP untuk Simpanan Shariah 6.40%..?

DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH KWSP


Alhamdulillah Simpanan Shariah berjaya mencatat 6.4 % namun sedikit rendah berbanding konvensional antaranya kerana dua sebab utama iaitu:-

1. Prestasi saham-saham pelbagai institusi kewangan konvensional (riba) terbesar yang dilabur oleh simpanan konvensional mencatat keuntungan dan dividen besar pada tahun 2017. Manakala simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam satu bank Islam sahaja. Justeru, tiada sumber keuntungan Simpanan Shariah datang dari hasil industri riba seperti simpanan konvensional.

2. Prestasi saham-saham patuh syariah yang dipegang oleh tabungan simpanan syariah antaranya dalam sektor telekomunikasi, gas dan minyak mengalami penurunan semenjak 18 bulan yang lalu berbanding harga kos sewaktu belian dahulu. Ini menjadikan kadar dividen simpanan syariah terganggu disebabkan peratusan ‘impairment’ yang lebih besar.

Jangan ambil kesempatan atas penarikan pingat dan darjah kebesaran

KHUTBAH RASA

https://sokmodotnet.files.wordpress.com/2017/11/darjah.jpg?w=889
GAMBAR HIASAN
Perlembagaan dan adat budaya kita (Melayu) meletakkan Raja-Raja atau Sultan ditempat tertinggi. Mereka juga dihormati kerana bidang kuasa yang ada kepada mereka khasnya berkaitan urusan beragama. Raja dan Sultan dilihat mulia kerana peranan itu. Dalam jiwa orang Melayu perkara yang sangat dijaga ialah agama dan budaya.

Rakyat di negeri-negeri mempunyai Raja dan Sultan dituntut menghormati institusi itu. Raja dan sultan menjadi simbol penyatuan, keadilan dan menjadi payung melindungi rakyat. Perkara ini ada disebut dalam perlembagaan negara mengenai fungsi dan tugas bagida.

Makanya, melawan, menentang, menidak kuasa (perintah) raja atau sultan itu, dianggap derhaka. Penderhaka pula dikeji oleh budaya Melayu. Ada peruntukan undang-undang untuk menghukumkan seseorang yang menderhaka kepada sultan atau raja.

Pun begitu ada kalanya apa ditafsirkan sebagai menderhaka itu boleh dipertikaikan dari segi hukum syarak dan hak-hak asasi manusia. Hukum syarak dan hak asasi manusia mengatasi segala hukum dan peraturan yang lain. Tetapi kebiasaan hukuman yang diterjemahkan dari adat istiadat dan budaya itu berkedudukan lebih tinggi daripada hukum syarak dan peraturan hak asasi manusia itu sendiri. Begitu apa yang ada. Kandati pun sikap dan kepercayaan ini salah tetapi ia menjadi amalan.

Dan itu yang dipraktikkan di zaman dahulu kala, terutamanya di zaman feudalisme mendominasi dunia ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...