Saturday, April 7, 2018

Pengerusi SPR : 'Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen'


Kempen PRU ke-14 akan datang bakal menyaksikan "pertembungan dua biru" antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata hanya parti yang bertanding dibenarkan menaikkan bendera ketika tempoh kempen.

Semalam, HARAPAN mengesahkan calon daripada semua empat parti komponennya akan menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.
Pilihan Editor
Akta antiberita palsu serangan besar-besaran Najib

"Jika mereka (calon) bertanding atas nama PKR, maka (bendera) PKR (sahaja boleh digunakan)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media hari ini.

Namun beliau berkata bidang kuasa SPR berhubung salah laku pilihan raya - termasuk menurunkan bendera atau bahan kempen yang tidak sesuai - hanya bermula selepas hari penamaan calon.

Larang papar gambar Tun M pelik, lucu, kata bekas Adun

MOHD ALI HASHIMApril 7, 2018 12:24 pm 1


Larangan memaparkan gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua gabungan mahupun sebagai calon Perdana Menteri dalam kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) amat pelik, ajaib dan ganjil.

Demikian ulasan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed ketika ditemui semalam.

Menurut beliau, selama empat penggal menjadi Adun BN, belum pernah ada arahan larangan memaparkan gambar pengerusi mana-mana parti.

Namun begitu katanya, arahan yang dikeluarkan oleh SPR baru-baru ini amat melucukan, seolah-olah Tun Mahathir menjadi pesaing yang amat hebat kepada Barisan Nasional (BN).

“Kalau hendak kekalkan kuasa sekali pun jangan terlampau takut dan kecut.

“Sebenarnya BN sedar sekiranya gambar dan poster Tun M dipaparkan ia mampu mempengaruhi pengundi.

Saya tak takut nak kata tak sokong BN, kata Wardina

MALAYSIA DATELINE/


Selebriti tanah air, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (gambar atas) berkata, beliau tidak takut untuk menyatakan bahawa sokongannya bukan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Kata Wardina, beliau tidak perlu melutut kepada sesiapa untuk mendapatkan peluang kerja dan beliau juga tidak perlu muncul lagi di kaca televisyen.

“Negara ini bukan milik BN dan mereka sudah berkuasa terlalu lama.

“Bangkit dan berdiri tegaklah Malaysia,” tulis beliau dalam Fecebooknya.

Katanya, beliau mengakui bahawa memang terdapat orang yang baik dan yang jahat dalam setiap parti.

“Memang ada orang yang cemerlang dalam BN walaupun terlalu sedikit jumlahnya.

“Memang saya kagum terhadap orang tertentu dalam BN dan terdapat beberapa sosok dalam Pakatan Harapan (PH) yang saya ragui,” kata pelakon, model dan pengacara TV itu.

Mana janji jutaan peluang pekerjaan pada PRU13 lalu?

Mana janji jutaan peluang pekerjaan pada PRU13 lalu?
Kerajaan harus menjawab, mana peluang jutaan pekerjaan yang mereka janjikan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Apakah patut kerajaan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan baharu melalui janji dalam manifesto mereka, sedangkan janji lama dalam manifesto sebelum ini pun belum lagi tertunai.

Demikian soalan yang diajukan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh.

Jelas beliau, rakyat harus pastikan bahawa kerajaan, tanpa mengambil kira dari parti mana sekalipun untuk laksanakan janji-janji yang telah ditaburkan ketika berkempen semasa pilihan raya.

“Kerajaan harus tunaikan janji-janji lama terlebih dahulu sebelum menaburkan janji-janji baharu menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Rasa-rasanya berapa juta peluang pekerjaan pula yang akan mereka janjikan pada pelancaran manifesto BN nanti.

“Kita juga ingin tahu mana jutaan peluang pekerjaan yang mereka janjikan semasa pilihan raya umum 2013 yang lalu, ” ujarnya lagi.

APABILA SPR BERSUARA - Perlu kebenaran mereka untuk 1Logo PKR

Perlu kebenaran SPR untuk guna satu logo


PUTRAJAYA: Parti dalam Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk guna satu logo saja dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata hingga kini pihaknya belum mendapat makluman rasmi berkaitan perkara itu.

Jika betul PAS sebagai KING MAKER, apa pilihan antara BN dan PH?



BN 90/ PH 90/ PAS 42
Yang mana satukah pilihan PAS sebagai KING MAKER..?

(A) PILIH BN
(B) PILIH PH

Jawapan Aku A sebab dalam PH ada AMANAH & DAP serta menolak MAHATHIR.. Jadi bagaimana mungkin PAS akan memilih B...

Jadi sudah jelas dan nyata KING MAKER adalah salah satu kaedah untuk mengekalkan BN NAJIB sebagai pemerintah MALAYSIA..

Mat Alishah

Pemimpin PAS masih lagi bermain isu "PH" tolak Islam..!.

Pemimpin PAS masih lagi bermain isu "PH" tolak Islam.


Untuk menyambung sel otak sesetengah Pimpinan PAS, ana suka tegaskan :

1. Dalam Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan agama rasmi adalah Islam. Jika ada sesiapa sahaja atau sesebuah pertubuhan terbukti anti islam, maka perkara tersebut boleh didakwa di mahkamah kerana bersalahan dengan perlembagaan.

2. Agama Islam di Malaysia tidak perlu sebuah Parti untuk menjaganya, kita sudah ada Majlis Raja² yang diketui YDPA. Bukan itu sahaja, bahkan di setiap Negeri ada para mufti yang sentiasa memantau apa sahaja yang ada kaitan dengan Islam.

3. Jadi, berpolitiklah dengan matang dan sejahtera. Kami bersimpati dengan kalian dalam isu RUU 355, sebab itu dari dulu lagi kami dah tahu isu itu hanya modal murahan sahaja demi meraih undi.

Semua 4 parti PH guna logo PKR, umum Tun Dr Mahathir

Oleh AMNI JAGAT/April 6, 2018 10:28 pm 0

Penyokong Pakatan Harapan mengibarkan bendera PKR, logo yang akan mereka gunkan dalam PRU 14 nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kesemua calon dari empat parti komponennya akan menggunakan simbol PKR dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

“Saya umum bahawa semua 4 parti akan guna satu simbol – simbol parti Keadilan,” kata Tun Mahathir dalam Jelajah PH (JPH) di Pasir Gudang malam ini.

Menurutnya, semua parti sayangkan simbol masing-masing.

“Dap yang dah guna simbol mereka 60 tahun. Tapi kita akan guna satu simbol juga.

“Kita berhak utk bertanding sebagai citizen. Saya sangat gembira apa yang tidak pernah berlaku kita juga boleh laku kan,” kata Mahathir dalam ucapannya itu.

Kira-kira 10,000 menyertai himpunan malam ini di samping pilihan ribu juga mengikutnya secara Live melalui internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...