Saturday, July 31, 2021

PANAS !!! SENARAI NAMA MP YANG TAK HADIR SIDANG PARLIMEN MINGGU LEPAS DIDEDAHKAN





 Satu perkembangan yang bagus. Akhirnya, sekarang hansard parlimen mencatat kehadiran ahli parlimen dalam sidang. Sesuatu yang kita sudah desak lama. Tahniah atas usaha ini.

Mohon pegawai ahli parlimen yang namanya tersenarai beritahu saya apa sebab tak hadir supaya saya boleh kemaskini. 

Thursday, July 29, 2021

ISU DOKTOR KONTRAK.. SEMBANG BOLEHLAH TAK KENA PADA DIRI SENDIRI..!


 1. Semalam bila saya share dua tiga posting darihal Hartal oleh Doktor2 Kontrak ada kawan komen lebih kurang tanyanya "Anak hang kerja doktor kan?". Maksud dia nak kata "Oo, patutlah hang rajin share bab ini, sebab anak hang kerja doktor, kalau tak, sure hang tak share punya!".

Ha pandai pun, saya duk share itu pasal kesian kat anak saya itu, dia nala punya sibuk kerja sampai takdak masa dan takdan nak amik tau sangat bab2 Hartal ini. Balik rumah baru ini mengadu punya sibuk kerja sampai nak makan pun tak dan, makan kalut2 ja. Bila shift malam pula saja Abah tanya, malam tadi tak tidoq langsung ka? Dia jawab mana ada masa nak tidoq Abah, makan pun tak dan. Awatnya?

Dia habag, dia sorang kena jaga berpuluh2 pesakit, wad lain2. Awatnya?

Wednesday, July 28, 2021

JANGAN BACA TAJUK SAJA, TENGOK APA YANG SUDAH KERAJAAN PH BUAT UNTUK DOKTOR KONTRAK..!


Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik (BN, PH, PN). Jawapan saya pun dari sudut pandang politik. Mungkin saya bias, tapi bias saya berpandukan fakta.

1. Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016. Semua lantikan baru KKM berstatus kontrak. Istilahnya moratorium penjawat awam. 

2. Bila PH memerintah, Dr Dzul telah menampakkan usaha untuk serap seberapa banyak kakitangan kontrak ini kepada tetap.

3. Apa yang Dr Dzul buat? Dia berjaya dapatkan tambahan 10,675 penjawatan untuk KKM supaya staf kontrak dapat jadi tetap.

Tuesday, July 27, 2021

MENTERI PAS BUAT KESILAPAN FATAL, HILANGKAN DIRI DARI PARLIMEN


 MENTERI PAS BUAT KESILAPAN FATAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Menghilangkan diri ni tak gentleman, YB Menteri. Sejak semalam memang nampak pihak kerajaan tak ready dengan peluru-peluru serangan MP daripada PH. Damage fatal pulak. Memang hangit lagi kena goreng hari ni. 

2) PH pernah buat banyak damage dalam parlimen dengan damage yang boleh diubati. Tapi kerajaan PN buat damage lebih besar dan fatal. Kalau PRU15, PH menang - PH akan lebih strong daripada 22 bulan memerintah terdahulu. 

3) Saya yakin penyokong kerajaan PN pun nampak PN buat kesilapan besar. Tak mampu nak backup apa dah, saya nampak cubaan-cubaan memainkan sentimen apabila isu MP-MP DAP terjerit-jerit ketika YAB PM ajak bertafakur dan baca al-Fatihah kepada mangsa-mangsa Covid19. 

SIAPA YANG GAGAL SEBENARNYA.. RAKYAT ATAU KERAJAAN DUHAI PAS..???

 


 

Monday, July 26, 2021

APABILA ORDINAN DARURAT DIBATALKAN MAKA SEGALA TINDAKAN KERAJAAN PN MENJADI BATAL DAN TIADA KESAN


 KESAN PEMBATALAN ORDINAN DARURAT

1. Pengumuman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) bahawa kesemua 6 Ordinan Darurat telah dibatalkan oleh kerajaan PN pada 21 Julai 2021 lalu adalah mengejutkan kerana dibuat dengan sembunyi dan tidak digazetkan di dalam Warta Kerajaan. Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan mewajibkan undang-undang darurat dibentangkan dan diluluskan di Parlimen, tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Ini jelas menunjukkan kerajaan takut untuk membentangkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dan undang-undang lain yang dipinda atau diluluskan ketika darurat sebelum ini dilaksanakan. 

Wednesday, July 14, 2021

SANUSI MEMANG BEBAL.. DAPATKANLAH DULU NASIHAT UNDANG-UNDANG KERAJAAN NEGERI ATAU PARTI SEBELUM SURUH ORANG..

 


SANUSI MEMANG BEBAL


Pada 13 Julai 2021 portal harakahdaily memuatnaik suatu berita dengan tajuk “Sanusi Jawab Desakan ADUN PAN”. Laporan tersebut berkaitan respon Sanusi kepada desakan ADUN Kota Siputih, Dr Salmee agar Sanusi memanggil segera persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di media sosial milik Dr. Salmee.


Sanusi dilaporkan menjawab “YB Kota Siputeh… Kita masih tertakluk di bawah Ordinan Darurat 2021 sehingga 1 Ogos 2021,” di samping meminta ADUN Kota Siputeh tersebut merujuk undang-undang di bawah Proklamasi Darurat 2021 supaya memahami kesannya kepada DUN.


Sanusi juga di samping memberikan jawapan ringkas tersebut turut memuat naik poster petikan pertanyaan sering diajukan (FAQ) mengenai Proklamasi Darurat 2021 berkaitan Sidang Parlimen dan DUN.

TUTUP KILANG : SIAPA YANG BERKUASA ANTARA PERSEKUTUAN DAN NEGERI?





 

HAJI HADI, ZAMAN PH 2 KES SEHARI DIA TAK SABAR, ZAMAN PN 10 RIBU SEHARI DIA KATA HARAM TAK SABAR..


 HAJI HADI, ZAMAN PH 2 KES SEHARI DIA TAK SABAR, ZAMAN PN 10 RIBU SEHARI DIA KATA HARAM TAK SABAR..

Baca berita harakah tadi..Haji Hadi kata HARAM hukumnya tidak sabar dengan Ujian.. Tapi zaman PH, Kes baru 2 kes sehari..dalam tempoh 2 Bulan baru 22 Kes, Sorang pun tak mati.. Dia ajak rakyat Jatuh kan Kerajaan , Sampai tak boleh masuk kot pintu, ceroboh tebuk atap.. Masa tu awat tak sabar ?

Tak lekang dari mulut Haji Hadi dok hukum HARAM, WAJIB.. dah perasan Nabi pulak dah, dah macam Allah turunkan wahyu kat dia nak Kata Haram ni..Wajib tu.. Sampaikan dah terbukti Gagal, Cuma tutup dengan kenyataan hanya Kerajaan Allah yang sempurna.... tu tak payah habaq pun takpe.. semu org tau..

masa PH dulu, Kenapa tak kata takda kerajaan yang sempurna..ada jer tak Kena..Masa Tebuk Atap..Khianat..Takda pulak fikir Halal Haram.. Tapi masa tu Dia main Hukum Orang ni Beriman dan Kapir pulak..Susah macam ni..Kot mana pun depa ada Dalil.. 

APABILA ANWAR DIANGKAT JADI KETUA MENTERI P.PINANG..!!


 Seorang sahabat aku kirimkan satu idea dalam messenger. Katanya, kalaulah secara tiba-tiba seorang Adun di Pulau Pinang kosongkan kerusi DS Anwar bertanding, kemudian setelah menang, kerusi KM dikosongkan untuk diberikan kepada DS Anwar.

Agaknya apa komen Pas dan UMNO?

Takkan nak marah? Orang Melayu jadi KM ni. Bukan selama ini itu yang mereka mahukan? 

Selama ini mereka ebarkan cerita yang kononnya DAP menekan orang Melayu di Pulau Pinang. Jadi bila seorang Melayu yang mengemudi negeri pulau itu, takkan masih nak jadi isu? Betul?

Tapi kalau tak jadi isu, maka bukanlah mereka Pas dan UMNO. Sebab kedua parti ini memang terkenal terbiasa menghasut kebencian kaum dan pelampau agama. Sudah pasti mereka tak akan tenang.

Tuesday, July 13, 2021

BENARKAH SELANGOR GAGAL URUS COVID19 DAN SIAPAKAH YANG BERKUASA MENUTUP KILANG?


 ini fakta kenapa Sgor tidak bolh tutup kilang?
baca n hadam,baru sembang tak nampak bodow


Kesimpulan

Harus ditekankan bahawa menteri besar Selangor sudah berkali-kali meminta MKN supaya hanya kilang-kilang yang benar-benar perlu (essential) dibenarkan beroperasi, walaupun Miti telah membenarkan lebih banyak kilang dibuka. Ini bermakna kerajaan negeri sudah memohon untuk pelaksanaan SOP yang lebih ketat bagi negeri Selangor dalam hal membabitkan kilang, tetapi tidak diendahkan oleh MKN.

Jika memang boleh guna kuasa PBT, sudah tentu kerajaan negeri sendiri sudah tentu sudah pertimbangkan dan dinasihati oleh penasihat undang-undang negeri mengenai perkara ini.

Mengapa perlu meminta MKN jika kerajaan negeri boleh bertindak? Jawapannya, sebab kerajaan negeri sememangnya terikat dalam hal ini.

ANWAR itu LGBT..!!


"Anwar itu LGBT" 


Saya ingin menjawap persoalan yang di utarakan oleh sahabat sepermainan saya dari kecil tentang "Anwar LGBT jadi dia tidak layak untuk jawatan Perdana Menteri"


Dari dulu saya menulis satu benda yang saya konsistan tak pernah sentuh ialah dosa peribadi. Tak kiralah jadi pada musuh atau pada kawan sendiri sebab setiap anak adam pasti akan berdosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Saya juga acap kali sentuh kriteria untuk jadi pemimpin ikut fuqaha adalah yang Qawwi ( kuat) dan Amin ( Amanah dan kompeten). 


Ada dua jenis dosa yang dilakukan manusia. Yang pertama; dosa antara dirinya dengan Allah. Mudarat dosa itu terkena kepada dirinya sendiri. Contohnya zina termasuk liwat, minum arak, berjudi dan seumpamanya. Dalam kata lain, ia dosa ataupun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya. Yang kedua; dosa antara dirinya dengan Allah namun pada masa sama mendatangkan bahaya ataupun mudarat kepada pihak lain. Contohnya rasuah, menyebarkan hadis palsu, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan seumpamanya. Dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan Allah, tetapi ia boleh mengancam pihak lain. (Maza et all. 2018)


Dosa yang telah di sembunyikan oleh Allah wajib di tutup dan akan di ampunkan kecuali mereka yang sengaja menunjuk-nujuk dosa itu kepada umum. 

APAKAH MENTERI KERAJAAN PN SUDAH ALAMI PENURUNAN PRESTASI OTAK?


 9 Tanda PRESTASI Otak MENURUN😱
.
1. Sukar mencari perkataan bila bercakap
2. Susah ingat nama orang yang baru kenal
3. Sukar melaksanakan tugasan
4. Susah ingat apa yang dibaca
5. Selalu hilang barang atau lupa tempat letak
6. Sukar merancang sesuatu
7. Lupa tarikh-tarikh penting
8. Mood tak stabil
9. Banyak tidur di siang hari
.
Makin kita biarkan, makin parah.
Makin menjadi-jadi.
.

ADUHAI HADI, KENA KEPADA RAKYAT PANDAI BAWA DALIL BERSABAR, KENA KERAJAAN PN BEREBUT JAWATAN TAK PULAK SURUH BERSABAR!


 Sabar itu memang sebahagian daripada iman. Kalau nak kata haram tak sabar tu, rasa macam keras sangat. Tapi memang Nabi saw galakkan umat baginda untuk bersabar.

Tapi kalau nak kata haram, lebih haram lagi pemimpin yang kenyang sedang rakyatnya kelaparan. Sama erti dengan pemimpin yang gaji puluhan ribu sedang rakyat nak beli beras pun tak cukup duit.

Islam ini bukan ajaran yang separuh-separuh. Ajaran Islam mengajar kita selesaikan masalah biar dari akarnya. Bukan setakat cantas pucuk yang layu sahaja. Mesti menyeluruh.

SIAPAKAH YANG MEMERINTAH NEGARA SEKARANG INI, PM TPM MELAYU ISLAM TAPI YANG DISALAHKAN ANWAR!


 Maafkan saya kalau apa yang saya nak katakan ini menyingung hati anda.

Ingat-ingatlah, siapa yang pegang pimpinan sekarang.

Kalau ahli politik pemerintah nak sesuatu, bukan hasil usaha sendiri, tetapi dari duit Rakyat yang dikumpul melalui cukai, petik jari cepat mereka dapat.

Tapi kalau Rakyat nak hak sendiri, duit hasil titik peluh sendiri, tak nak minta bantuan duit kerajaan, bak kata omputeh.... like getting blood from stone... umpana nak keluarkan darah dari batu. Di buatnya Rakyat macam pengemis.

Ingat tu.

PM parti mana.
DPM parti mana.
Menteri-menteri parti mana.
Timbalan-timbalan menteri parti mana.

Monday, July 12, 2021

DUHAI HADI AWANG.. GILA BERPOLITIKKAH JIKA KATA MALAYSIA GAGAL TANGANI COVID-19?


 GILA BERPOLITIKKAH JIKA KATA MALAYSIA GAGAL TANGANI COVID-19?

1. Presiden PAS hari ini membidas mereka yang mengkritik kegagalan kerajaan menangani Covid-19 sebagai ‘gila berpolitik.’ Saya tidak gila politik, tetapi turut ‘mengkritik’ (baca: menegur) kegagalan kerajaan menangani krisis Covid ini dengan baik.

2. Jika orang politik mengkritik kerajaan, ini kerana mereka mahukan tindakan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan. Itu tugas mereka untuk memainkan peranan semak dan imbang. Sekiranya gagal memainkan peranan ini, baik berhenti dari menjadi ahli politik.

3. Jika rakyat pula ‘mengkritik’ kerajaan, itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan kerajaan yang tidak cekap dan cepat dalam mengendalikan krisis ini. 

Friday, July 9, 2021

TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?


 TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?

1) Apa kita nak kata pada gerombolan #PNkhianat yg tiada simpati pada Rakyat? Apa nama yg sesuai diberikan kpd perbuatan mereka ini??

2) Pada ketika Rakyat menderita menanggung sengsara kerana kedangkalan pemerintah menangani pandemik COVID-19 Abah Kau dgn koncu2nya sibuk mempertahankan kuasa meskipun mereka telah hilang Majoriti sejak sebelum Proklamasi Darurat lagi. 

3) Sungguh sedih saya melihat video dari link yg dihantar kpd saya. Ia dikatakan di Hospital Klang yg sudah tidak lagi terurus angkara pandemik. Mungkj diambil oleh salah seorg Frontliners yg sudah tidak tahan dgn keadaan ini.

4) Ini yg Menteri Lebai kata Darurat telah berjaya menangani COVID-19?? Ini yg sering dimainkan di TV dan dipropagandakan oleh KPK bhw Darurat telah membantu menangani pandemik COVID-19??

Perasuah patut 'ditumbangkan' dulu, bukan pokok durian


 Perasuah patut 'ditumbangkan' dulu, bukan pokok durian

KUANTAN, PAHANG - Pemberi dan penerima rasuah patut 'ditumbangkan' terlebih dahulu, bukan pokok durian musang king yang sedang berbuah dan menunggu gugur.

Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, mereka ini dalang adalah dalam yang 'menghalalkan' penerokaan dan pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini.

Menurutnya, sikap 'membutakan' perasuah antara penyebab penerokaan tanah haram di Pahang termasuk pembukaan kebun durian Musang King di HSK Batu Talam, Raub lebih 20 tahun lalu.

Thursday, July 8, 2021

Malaysia Tanpa Kerajaan Sah Setelah UMNO Tarik Diri Daripada Kerajaan PN


 Persoalan Undang-undang
Malaysia Tanpa Kerajaan Sah Setelah UMNO Tarik Diri Daripada Kerajaan PN

1. Keputusan MKT UMNO semalam untuk menarik diri daripada Kerajaan PN menimbulkan satu persoalan undang-undang dan krisis Perlembagaan samaada Malaysia sekarang mempunyai kerajaan yang sah.

2. Dengan keputusan ini, UMNO yang memiliki 38 orang Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah menyebabkan kerajaan PN hilang majoriti dengan hanya diwakili 77 orang Ahli Parlimen. Jumlah 77 ini jauh daripada jumlah threshold 111 mengikut Perkara 43 (2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk sokongan majoriti (jumlah kerusi keseluruhan Parlimen kini hanya 220). 

Wednesday, July 7, 2021

KELAKU PIMPINAN MACAM RONIE LIEU DALAM PH WAJIB DIHAPUSKAN.. BUKAN ZAMAN BERPOLITIK MACAM TU DAH...


 KELAKU PIMPINAN MACAM RONIE LIEU DALAM PH WAJIB DIHAPUSKAN.. BUKAN ZAMAN BERPOLITIK MACAM TU DAH...

Sedang kita rancak 'mendidik' dan mencelikkan rakyat dgn politik. Sekali 'depa' serang dgn isu perkauman dan agama terus rakyat melompat. Habis hilang dan tutup isu2 besar. 

Inilah permainan politik. Sape yg menjuarai isu, dia yang menang. Mujur PRU lambat lagi. Watak2 seperti Ronie ni mesti dikurangkan, kalau boleh dihapuskan dlm PH. Jangan bagi musuh peluang utk menyerang kita dgn peluru perkauman dan agama. Sebab ini memang makanan mereka. 

Monday, July 5, 2021

YANG DI KEPUNG IALAH KILANG, PARA PEKERJA DAH BALIK RUMAH DEPA MASING² DAH..!


 PKPD kawasan perindustrian ini sesuatu yg baru, saya harap pihak kerajaan boleh jelaskan tindakan yg diambil untuk membendung kes penularan yg tinggi.

PKPD kawasan perindustrian bakar arang hanya ada sebuah taman perumahan iaitu Taman Cahaya PKNK yang hanya ada 99 rumah dan satu kampung sireh 42buah rumah. Selainnya ialah kilang-kilang besar, jumlah pekerja melebihi puluh ribu orang.

Tujuan PKPD adalah untuk membendung jangkitan covid drpd menular keluar drpd kawasan tersebut. Saya setuju untuk tutup kilang sebagai salah satu langkah utk bendung penularan. Akan tetapi, kerajaan perlu ada strategi lain juga supaya berkesan dlm selesai kes yg tinggi ini.

Kerajaan PN lawan covid19 tanpa merawat puncanya..!


 Sekali lagi aku nak sebut, kita lawan Pandemik Covid19 tanpa merawat puncanya! 

Ibarat Demam Kepialu, kita cuma bagi ubat demam (merawat symptoms) tapi kita tak bagi antibiotic (merawat kepialu).  

KP-KKM, MB Selangor sebut (secara berasingan), 80% kes positif berpunca dari 'Tempat Kerja'. Tempat kerja itu adalah kilang-kilang dan tapak binaan. 

TAPI, apa yg Kerajaan buat untuk Kilang-kilang dan Tapak Binaan? 

Kilang2 ini ramai anak2 muda dan belia2 tempatan. Mereka ini nadi keluarga masing2. Tidak dinafikan ramai juga warga asing sbg pekerja kilang2. 

Tapak Binaan di Selangor & Wilayah Persekutuan ini majoritinya pembinaan apartment, condominium, atau kawasan perumahan yg baru. Majority nya adalah warga asing. Siapa pemilik projek2 ini kalau bukan Syarikat2 Hartanah yg SuperKaya?  

Saturday, July 3, 2021

1 JUTA VAKSIN SUMBANGAN DARI JEPUN.. MANA SATU BETUL NIE..?


MANA YANG BETUL?

Kenyataan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertarikh 1 Julai 2021 memaklumkan Malaysia menerima 1 juta dos vaksin AstraZeneca sumbangan Kerajaan Jepun. 

Laporan Facebook rasmi KKM pada 2 Julai 2021 pula menyatakan sebanyak 586,700 dos telah diterima oleh Pharmaniaga.

Pertama, jika 586,700 dos yang diterima Pharmaniaga adalah daripada 1 juta dos yang diterima dari Jepun, mana bakinya?

Kedua, sebelum ini dinyatakan tiada monopoli vaksin kerana Pharmaniaga hanya berhak membawa masuk vaksin Sinovac sahaja, tetapi kenapa AstraZeneca ini diberi kepada Pharmaniaga?

Mana yang betul? 

Thursday, July 1, 2021

B40 ANAK EMAS, T20 INTAN PAYUNG, B40 ANAK TIRI.. ITULAH APA YG KERAJAAN BN, PH & PN LAKUKAN..!


 BACA INI. SEMEMANGNYA TEPAT M40 ADALAH MANGSA DAN RAKYAT PALING MALANG.

SAYA teringat dlm FB Live sebelum PRU14 saya PERNAH bertanya kpd YB Dato' Johari Abdul, YM Raja Kamarul Baharin, Rafizi Ramli, Khalid Samad dan DS Saifuddin Nasution Ismail tentang POLISI Pakatan Harapan mengenai peluang penambaikan hidup M40 yg rata2 diabaikan oleh KERAjaan BN.

Jawapan mereka sangat "CLICHE" KUNUNnya PH akan mengambil perhatian tentang memperkasakan ekonomi M40 yg byk menyumbang kpd aktiviti perniagaan, SME, ekonomi dan percukaian negara.

TETAPI apabila PH menjadi KERAjaan tumpuannya seperti mana Najib UMNO BN juga, B40 ditatang serupa myk yg penuh, jadi anak emas. M40 dilupakan. Bantuan persekolahan utk anak2 pun tak dapat. Anda boleh semak byk tulisan saya membalun KERAjaan PH terutama terhadap Mahathir, Lim Guan Eng dan DS Saifuddin Nasution Ismail dalam bab tidak memperdulikan M40.

Argument saya ketika itu bukan shj sbb M40 penyumbang terbyk cukai tetapi juga golongan inilah MAJORITInya TERPELAJAR dan bencikan kezaliman BN ketika itu. Inilah golongan yg paling ramai "anti-establishment' dan mengundi PH. Mereka sudah bosan dgn KETIDAKADILAN Sosial dan Ekonomi KERAjaan BN selama lebih 60 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...