Thursday, January 20, 2022

KERAJAAN DAN PLUS PATUT FLEKSIBLE DALAM PENGGUNAAN RFID


1. Kerajaan dan PLUS digesa untuk lebih fleksible dalam penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dalam pelaksanaan transaksi tol dengan tidak memansuhkan penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) yang sedia ada. Ini adalah kerana rakyat perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa dengan satu kaedah sahaja seolah-olah kita hidup di bawah pemerintah autokratik. 

2. Kad TnG sedia ada lebih mesra pelanggan kerana boleh juga digunakan untuk kemudahan lain seperti parking kereta dan kenderaan awam LRT, MRT dan sebagainya. Kaedah penggunaan RFID sepenuhnya secara tunggal di tol lebuhraya jika dilaksanakan kelak, pasti menimbulkan masalah kepada pengguna lebuhraya apabila ia gagal berfungsi dengan baik. Lagipun, kad TnG boleh digunakan untuk banyak kereta, sedangkan sticker RFID hanya boleh digunakan untuk satu kereta sahaja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...