Saturday, August 29, 2020

ANTARA PAS DAN DIFITNAH MENFITNAH DITUDUH MENUDUH


DIFITNAH MENFITNAH DITUDUH MENUDUH 

Sejak tahun 2015, ramai bekas pimpinan Pas yang disebut sebagai G18, khususnya Dato' Husam Musa telah 'difitnah' - dituduh - menfitnah Pas. 

Apakah 'fitnah' yang difitnah terhadap Dato' Husam itu?  

"Haji Hadi akan kandar Pas bersama UMNO", itulah yang dikatakan 'fitnah' oleh Pas.  

Siapa yang katakan itu semua adalah fitnah? 

Antaranya adalah YB Senator Ustaz Idris Hj Ahmad. Saban malam dia 'menfitnah' Hj Husam menfitnah Hj Hadi nak kandar Pas bersama UMNO.  

Selepas 4 tahun, yang dikatakan 'fitnah' oleh Idris Hj Ahmad betul² berlaku dan antara pelakunya adalah tukang fitnah yang bernama Idris . 

Kejikah bersama UMNO?  SUDAH TENTULAH KEJI,  kerana itulah Idris bertungkus lumus 'menfitnah' bahawa Husam 'menfitnah'.  😀😁🤣 , kalau tak keji sudah tentulah Idris tak akan keliling Malaysia untuk menafikannya.  

Apapun,  yang tetap mengkagumkan adalah 'wala'nya ahli Pas, Idris dan Hj Hadi kata 'Husam fitnah',  depa sokong!.  Hj Hadi dan Idris ajak depa untuk sokong 'fitnah' Husam,  depa sokong juga.  😂🤣.

Susah nak jumpa la 'taat tanpa fikir', melainkan dikalangan pengikut 'taksub' Pas.  Yang boleh dan mahu berfikir walaupun pada kadar minima dah mula dan akan tinggal Pas.  

Jangan fitnah orang fitnah!!  😁😂🤣

 Ust Ridwan Abu Bakar

KENAPA MCA PERLU DITATANG OLEH UMNO, PAS & BERSATU WALAUPUN ADA 2 KERUSI SAHAJA?

Usah ulangi kesilapan UMNO 

Saya sertakan rekod pencapaian MCA dalam PRU14 yang di'sedekah'kan untuk bertanding di 10 kawasan majoriti Melayu.

Dalam PRU tersebut, MCA hanya berjaya menang 1 kerusi iaitu Parlimen Air Hitam. MCA kalah di 9 buah kerusi majoriti Melayu yang lain.

MCA menang dalam PRK Tg Piai dengan ihsan orang Melayu, menjadikan 2 orang MP MCA kini berada di parlimen.

Biar pun hanya 2 kerusi, MCA menjuarai agenda bangsa Cina apabila berjaya :

1- Mengekal status pendidikan vernakular, bahkan menambah 10 lagi SJKC dan memindahkan 6 lagi ke kawasan yang lebih besar.


2- Mendapat posisi utama CEO semua pelabuhan Melaka, Klang dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara

3- Sumbangan RM 58 juta untuk IPTS MCA, Universiti TAR

4- Pengiktirafan UEC

Namun MCA sangat lantang menentang pengenalan tulisan jawi, menolak pemerkasaan undang-undang syariat (untuk umat Islam) dan sebagainya.

Cuba lihat Raub, setelah 50 tahun mereka menceroboh tanah kerajaan untuk tanaman musang king secara haram, mereka tetap menolak calon MCA DARI BN yang menyedekah kawasan majoriti Melayu.

Kawasan majoriti Melayu mesti ditandingi oleh calon Melayu. Biar MCA bertemu buku dengan ruas dengan DAP di kawasan majoriti Cina.

Usah ulangi kesilapan UMNO, manakala PAS pula mesti lebih berani bersuara men'tarbiah' UMNO untuk memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara.

Ikuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...