Saturday, June 1, 2019

Selepas 2 syarat utama dipinda kerajaan PH, Lynas dibenar operasi semula.

Malaysia benarkan kilang Lynas terus beroperasi
BERNAMA | 30 May 2019

TOKYO - Malaysia akan membenarkan kilang memproses nadir bumi Australia, Lynas Corp untuk terus beroperasi di negara itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengumuman oleh perdana menteri itu menamatkan ketidakpastian yang menyelubungi masa depan kilang Lynas bernilai AS$800 juta (RM3.35 bilion) di Gebeng, Pahang selepas pembaharuan lesen operasinya digantung sementara.

"Ya, kami akan perbaharui lesen Lynas," katanya pada dialog dan sidang media dengan Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) di sini, hari ini.

Akhir tahun lepas, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim mengenakan dua syarat bagi pembaharuan lesen kilang Lynas Advance Materials Plant (LAMP), termasuk menghantar sisa bahan radioaktif keluar daripada negara itu.

LAMP juga perlu memastikan sisa buangan Water Leached Purification Residue (WLP) mengandungi bahan radioaktif dihantar keluar daripada Malaysia.

Tok Guru, Siapa sebenarnya "Syaitan Bisu yang Pengecut"?

Oleh Ahmad Sayuti Bashiron

1. Kelmarin Tok Guru Presiden Pas itu menulis lagi, berjela, mendesak siapa pun sahaja yg dah masuk party itu "wajiblah kekal selamanya" dalam party itu, wajib yakin, wajib walak/taat apa jua keputusan pimpinan party, jangan pertikai apa pun keputusan yg dibuat.

2. Pelbagai ayat, hadith dikumpul demi mengatakan haramnya keluar party itu, yg disebutnya sbg khianat, dan bakal menerima azab Allah.

3. Akhirnya sekali di hujung karangan itu, Tok Guru politik itu hukumkan siapa sahaja yg keluar party itu sebagai "syaitan bisu yg pengecut"...;

"..mereka yang telah meninggalkan perjuangan Islam tanpa pedulikan wala’ dan taat kepada jemaah menjadi syaitan-syaitan bisu yang pengecut terhadap musuh dan berani terhadap Islam".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...