Tuesday, August 7, 2018

Mindef masih pertimbang rayuan Mejar Zaidi

Isu dakwat kekal: Pegawai TUDM didakwa
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan masih mempertimbangkan permohonan Mejar (B) Zaidi Ahmad berhubung keputusan pemecatan terhadapnya.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Mat Dali berkata, semua pihak perlu bersabar sehingga keputusan rasmi diumumkan.

“Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengambil maklum berkaitan permohonan yang dibuat Mejar (B) Zaidi Ahmad berhubung keputusan pemecatan terhadapnya.

“Sehingga kini, menteri masih dalam proses mempertimbangkan permohonan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Judi di Genting Highlands tak boleh operasi?

Judi di Genting Highlands tak boleh operasi?
KUALA LUMPUR - Kewujudan pusat judi termasuklah di Genting Highlands tidak perlu dibenarkan beroperasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana aktiviti perjudian ditentang oleh semua agama.

“Kalau bertanya kepada saya (secara peribadi), kalau boleh (judi) Genting Highlands ke apa ke semua tak ada kerana ini akan jadi masalah. Sebab selagi ada permintaan (terhadap pusat judi), selagi itu ada tawaran,” katanya ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Mujahid berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Edmund Santhara (PH-Segamat) yang ingin tahu sama ada kerajaan hanya membenarkan operasi syarikat judi besar seperti di Genting Highlands dan mengenepikan permohonan syarikat kecil.

Turut menjawab soalan Edmund, katanya, tiada peruntukan undang-undang yang melarang orang Islam daripada terlibat memegang saham syarikat judi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...