Monday, August 10, 2020

Akhirnya PAS mengaku mereka sudah bercinta dengan UMNO sejak 2015 lagi!!

 PAS TERHEGEH-HEGEHKAN UMNO SEMENJAK 2015 

Kalau mengaku begini semenjak awal iaitu 2015 bukankah senang? Ini tidak. Apabila kami kata, Pas sedang berselingkuh dengan Umno ketika itu, berapi-api penafian dibuat.

Bahkan kami pula yang dituduh memberi nyawa kepada Umno. Kami pula yang dilabel khianat, bukan saja khianat kepada parti bahkan kepada Islam dan perjuangannya.

Tahun 2020, baru mengaku usaha itu sudah berlaku semenjak 2015. Pada tahun itu, kenapa nafi? Hanya pemimpin Pas yang tahu sebab sebenar, tapi saya agak sebab Umno tak berapa nak layan Pas ketika itu.

Ketika itu Umno tak perlukan Pas. Hanya Pas yang terhegeh-hegehkan Umno. Pas tak beritahu awal takut pengikutnya lari. Jadi pemimpinnya bersilat lidah untuk mengelak hal itu berlaku.

Apabila Umno kalah tahun 2018, Pas juga tidak menang besar, barulah secara jelas Pas berani mengaku. Itupun setelah jadi kerajaan bersama Umno. Jika tak jadi kerajaan, sampai kesudah Pas tak akan mengaku parti itu terhegeh-hegehkan Umno.

Dari Sivagangga ke Napoh, akhirnya TEMCO

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu.

Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu.

PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara.

Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau melanggar arahan kerajaan.

Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...