Friday, December 4, 2020

Sanusi jawab berkenaan isu perobohan kuil di Kedah.

 


Isu perobohan struktur atas tanah yang digazetkan sebagai kawasan lapang di Taman Bersatu Kuala Kedah ialah isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi. 


Lambat laun, tataletak setiap binaan struktur di semua tempat patut berada pada tempatnya secara sah dan terkawal menurut garis undang-undang dan pentadbiran yang diletakkan dibawah agensi  kerajaan. Ia harus bermula sejak dulu lagi, bukan sekarang walaupun masih belum terlambat untuk melakukannya. 


Sedikit kekecohan yang diapi-apikan oleh pihak berkepentingan pada waktu ini adalah risiko yang terpaksa dihadapi untuk membina masa depan yang lebih tenteram dan harmoni. Jangan sampai kita  bergaduh pada masa depan hanya kerana 'mabuk todi populariti', mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...