Wednesday, January 29, 2020

Betulkah Bekas calon PAS disiasat POLIS atas kesalahan sebar berita palsu corona virus??



nampaknya pihak polis mula bertindak keatas golongan yang cuba menyebarkan berita palsu untuk berkenaan corona virus...


hari ini sudah 5 orang dipanggil untuk siasatan dan salah seorang drpdnya ialah bekas CALON PAS untuk PRU13 tempohari....

Koronavirus: 1 grup WhatsApp, 4 akaun Facebook disiasat



Satu kumpulan sembang WhatsApp dan tiga akaun Facebook sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki menyebarkan khabar angin dan berita tidak sahih berhubung penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata isu penyakit 2019-nCoV itu - yang berpunca dari Wuhan di wilayah Hubei, China - menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Katanya, orang ramai tidak perlu menjadi jaguh di internet atau mensensasikan isu itu sebaliknya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel atau kenyataan yang tidak sahih mengenai wabak tersebut.

"Tindakan mana-mana pihak yang ingin menjadi jaguh di internet mahupun di laman sosial dengan menyebarkan berita tidak sahih mengenai isu ini akan mengakibatkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.
Iklan

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Huzir berkata, kes pertama yang disiasat ialah pada 24 Jan lalu membabitkan sebuah kumpulan WhatsApp yang menularkan berita palsu kononnya ada banduan mati mengejut di Penjara Sandakan kerana virus dari Wuhan itu.

Najib baik diam.. Yang pasti zaman PH tol turun, BN tol naik..!



KUALA LUMPUR - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal mengalami kerugian susulan langkah kerajaan memperkenalkan penstrukturan semula konsesi tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS), adalah tidak berasas.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua berkata, Najib menerusi laman Facebooknya, telah memetik kenyataan daripada pihak kerajaan bahawa jumlah penjimatan pengguna tol sepanjang baki konsesi adalah RM26 bilion manakala jumlah penjimatan kerajaan sepanjang baki konsesi adalah RM42 bilion.

Urus kebebasan media di zaman Malaysia Baru dengan zaman BN..



SYAHREDZAN JOHAN | | 27 Januari 2020

PADA tahun 2015, sepasukan anggota polis datang ke pejabat sebuah portal berita tempatan atas alasan laporan berita ‘menghasut’ yang disiarkan portal berita tersebut.

Tiga orang wartawan daripada portal berita tersebut ditahan dan terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Jenayah mereka? Mereka melaporkan berita yang tidak disenangi oleh orang yang memegang tampuk kuasa.

Beberapa bulan selepas itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris pula digantung lesennya selama tiga bulan. Kesalahan mereka? Melaporkan berita mengenai 1MDB.

Ini semua berlaku tidak lama dahulu, pada zaman bahaya buat wartawan dan mereka yang menentang kerajaan ketika itu. Kita kini berada pada zaman Malaysia Baharu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...