Sunday, March 18, 2018

Rakyat Kelantan di zalimi oleh 2 kerajaan memerintah..!

RAKYAT KELANTAN DI ZALIMI 2 KERAJAAN


• Kerajaan Pusat - pekena rakyat dengan GST ~ Kenaikan Harga Barang Dan dikhianati ROYALTI

• Kerajaan Kelantan - pekena rakyat dengan naikkan Premium Tanah

Kesian rakyat Kelantan, kiri kanan kena TINDAS dengan Kerajaan.

Selepas baca kenyataan Dato Mohd Amar lagi sedih; https://m.malaysiakini.com/news/416147

Video pakcikni TEROKA tanah sejak 1967, 50 tahun lepas, selepas 24 selesai bayar premium tanah, akhirnya hujung tahun 2017 dapat Surat PERMOHONAN DITOLAK.

Baca isu ini sebelum ini di Malaysiakini; https://m.malaysiakini.com/news/415877 bila penduduk sendiri bangkit lawan Kerajaan.

Sila layari link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2102628300023912&id=100008302865519

#KekohTanah

Sham Gaz

Kereta Besar & Tambah Bini.. Penduduk kampung nak kena halau..!


Rentetan posting GM bertarikh 16.3.2018 menyentuh isu penduduk Kampung Banggol Petai bakal di usir oleh pentadbiran panmip di Kelantan. Ada beberapa soalan yg perlu GM utarakan...

Timbalan MB Kelantan kata semua permohonan perlu ikut prosidur & syarat, tanah ada plan pembangunan kerajaan tak buleh di beri kelulusan, jangkamasa lama atau baru bukan isu dlm pemberi kelulusan tanah kpd penduduk di Kelantan tersebut.

3 Soalan GM berbunyi begini...

1. Pada tahun 1994 ada pihak penduduk Kampung Banggol Petai telah bayar wang premium RM782/ekar untuk 6 ekar tapi hingga kini masih tak dapat geran tanah. Dan kini Kerajaan Negeri Kelantan telah naikkan premium tersebut kepada RM31,000 sekali lagi kalian kata semua permohonan perlu ikut prosidur & syarat dgn membayar RM31k barulah penduduk dapat geran.

Dah bayar premium kini terpaksa bayar lagi sebanyak RM31k sdgkan permohonan 1994 kini terpaksa ikut syarat baru ?

Aduhai Presiden PAS..Najib yang berkuasa, PH pula yang salah..!!

Najib yang berkuasa, PH pula yang salah, Syed Saddiq jawab Presiden Pas

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan media sebagai berkata bahawa masalah ekonomi negara yang melanda hari ini berpunca daripada pemimpin yang berada dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan Malaysian Insight, beliau (Abdul Hadi) dipercayai merujuk kepada Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohamad yang juga pemimpin Bersatu.

Mengulas kenyataan pemimpin Pas itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri (PM) adalah Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kewangan adalah Najib Razak dan Pengerusi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) juga adalah Najib.

Najib Razak kata beliau, telah memegang tampuk kekuasaan negara, kini sudah hampir 10 tahun.+

Justeru kata Syed Sadiq, mengapa pula pemimpin PH dipersalahkan dalam masalah ekonomi yang melanda negara hari ini.

Nakhaie akui dekati Pas, mahu satukan idea demi agama, bangsa dan negara

Nakhaie akui dekati Pas, mahu satukan idea demi agama, bangsa dan negara
“Dulu saya sudah menyumbang kepada Umno, apa salahnya jika saya kembali menyumbang buah fikiran kepada Pas untuk kebaikan umat Islam?”

Demikian pandangan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad ketika ditanya mengenai kemunculannya di pentas ceramah Pas sebuah parti yang pernah didokonginya, sebelum mengambil keputusan menyertai Umno pada 1989 dan kemudian mengumumkan keluar Umno pada Ogos 2014.

Nakhaie berkata, beliau tidak menghiraukan apa tafsiran orang lain terhadap keputusannya kembali ‘mendekati’ Pas ketika ini.

“Tafsiran orang itu terpulang kepada mereka. Saya fikir kalau mahu menyumbang kepada Pas untuk kebaikan,apa salahnya kerana ahli Pas itu orang Islam.

“Sumbangan saya dengan memberikan ide bagaimana mereka boleh jadi kuat, bersatu dan menjadi pemimpin yang positif dalam memperjuangan umat.

“Saya ada sedikit pengalaman dan mahu menyumbangkan pengalaman itu kepada mereka,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Tun M : Apabila duit 1MDB RM42 bilion diisi dalam lori kecil...


Sambutan hangat warga Felda terhadap ceramah PH menghairankan Tun Mahathir Mohamad.

Walaupun begitu, Tun Mahathir tahu perdana menteri tidaklah mempunyai banyak wang memandangkan gaji yang diperoleh adalah kecil.

“Saya pun tahu gaji perdana menteri tak besar. Dia nak bagi duit kepada berjuta-juta orang. Nak cari duit di mana?

“Saya pun hairan rupanya-rupanya dia nak curi duit. Sebab itulah dia tubuh syarikat 1MDB (1Malaysia Develpoment Berhad). Syarikat ini pinjam RM42 bilion,” jelasnya.

Beliau kemudiannya mengggunakan contoh muatan lori kecil yang dianggap boleh memuatkan wang berjumlah RM1 juta ringgit untuk memberi gambaran lebih jelas tentang wang yang kemudiannya diseleweng oleh Najib.

“Payah kita nak fikir nilai RM42 bilion. Saya nak cuba ukur banyak mana RM42 bilion.

“Kalau kita fikir satu juta ringgit boleh diisi dalam sebuah lori kecil, RM42 bilion bermakna 42,000 lori kecil.

Hadi: Ada parti nak lawan BN minta tolong pihak asing


PAS sekali lagi mengulangi hasrat mereka untuk menjadi penasihat kepada kerajaan sekiranya tidak menang secara majoriti pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, PAS juga berhasrat untuk mengubah sistem pentadbiran negara jika diberi peluang membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14.

"Kita tidak pelahap, sekiranya kita menang kita buat perubahan, sekiranya kita tidak menang kita jadi penasihat kepada kerajaan supaya buat perubahan.

"Kita tidak jemput negara dan kuasa asing untuk campur tangan urusan politik negara kita, ada parti tidak berani tetapi kata berani, nak lawan BN minta tolong orang luar, media asing dan pihak asing," katanya ketika berucap pada majlis ceramah sempena 10 tahun PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...