Wednesday, April 7, 2021

ADAKAH MENTERI KPKT AKAN TERUS MENGELIRUKAN STATUS PEMBINAAN RUMAH PR1MA?



MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS KERUGIAN YANG DITANGGUNG PARA PEMBELI


1. Merujuk kepada laporan media YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam, beliau telah berjanji bahawa pembinaan rumah PR1MA Port Dickson akan disiapkan menjelang September 2021.


2. Respon yang diberikan mungkin merujuk kepada pertemuan saya bersama kumpulan pembeli yang mewakili 659 orang pembeli PR1MA Port Dickson pada hujung minggu lalu, setelah saya bangkitkan permasalahan yang dihadapi pembeli PR1MA Tebrau dam PR1MA Melaka Tengah 2. 


3. Namun, kenyataan terbaru YB Zuraida adalah bercanggah dengan tarikh yang dikemukakan oleh pihak PR1MA iaitu 31 Mei 2021 (bukti rujuk gambar).


4. Adakah tarikh siap akan dianjakkan sekali lagi selepas beberapa kali ditukar sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri KPKT?

Friday, April 2, 2021

Kenapakah proses pemberian vaksin covid 19 kelihatan lembab dan lambat?

Nampaknya proses pemberian vaksin di negara kita dilihat lembab dan lambat.. bermula dari tarikh 23 Feb sampai skrg 661k sahaja yg di cucuk vaksin... sedangkan rakyat ada dekat 30 juta dan kita anggarkan separuh dari semua tu yg perlu dicucuknya dengan kriteria yg ditetapkan.. jadi takankan kita memerlukan setahun lebih utk selesaikan proses pemberian vaksin ini...

Oleh itu sesuatu perlu kerajaan Pn lakukan utk mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin ini.. jika terus dikekalkan macam sekarang nampaknya ia akan kekal lembab dan lambatlah utk rakyat menerima vaksin tersebut.

Thursday, April 1, 2021

Khalid oh Khalid.. Tak ada siapa yang nak bantu UMNO macam hang sayangkan PEJUANG tuu..!..!

 


Khalid... Khalid...


Pertama, DS Anwar sudah pun umumkan yang PH akan tumpukan kepada PRU. Tiada lagi usaha untuk mengumpul sokongan.


Kedua, kita bukan nak bantu UMNO. Tapi kita ambil kesempatan dari kelemahan UMNO. Itu saja cara untuk ambil alih kerajaan.


Ketiga, memang UMNO tak sekuat dulu. Sebab itu kita boleh ambil kesempatan. Kalau UMNO tengah kuat, jangan mimpi la...


Tapi walau tak sekuat dulu, UMNO nyata beribu kali lebih kuat dari Pejuang. Apa yang Pejuang boleh beri kepada PH?

BENARKAH BENIH PADI MAHAI BERLIPAT GANDA WALAUPUN PPK DAN NAFAS URUSKAN..?


Nampaknya isu benih padi mula menghantui pesawah padi dibawah skrg ini...

Ingatkan bilamana PPK dan NAFAS uruskan masalah orang tengah makan untung atas angin dah dapat diatasi dan dah tak wujud... namun sebaliknya berlaku...



 

Ayaq Selut tak dan hantaq pie PULAU PINANG tapi dia pie TAMAN SRI PINANG


Ingatkan Kedah dah hantaq ayaq selut kat Pulau Pinang tapi bila dilihat komen status sahabat kat fb nie ayaq selut tu pie kat TAMAN SRI PINANG di TIKAM BATU dalam kawasan DUN PANTAI MERDEKA sana..

LINK KLIK SINI

Oleh itu diharap KERAJAAN PAS KEDAH yang dok sembang gah sana sini nak hantaq ayaq selut kat PULAU PINANG tu selesaikanlah dulu masalah ayaq dalam negeri sendiri..

Bang Din.. 

kota kuala muda..





Wednesday, March 31, 2021

Akhirnya DARURAT digunakan untuk memberi kuasa kepada kerajaan PN untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet 2021 dan tanpa kelulusan parlimen.

 

Darurat yang dilaksanakan untuk membendung Covid akhirnya digunakan untuk memberi kuasa kepada kerajaan untuk berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet 2021 dan tanpa kelulusan parlimen.
Kerajaan telah mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baru untuk gantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946,.
Dengan ini kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.
Pada bulan Februari, kerajaan telah naikkan had untuk memberi projek secara rundingan terus dari RM20k ke RM50k.
Dikhabarkan juga bahawa banyak lagi projek yang saiznya lebih besar telah diberi sejak beberapa bulan lepas - samada secara rundingan terus atau dianugerahkan secara tender terhad dengan alasan pemberian projek perlu disegerakan untuk melawan Covid.

Tuesday, March 30, 2021

APABILA ANAK BUAH AZMIN CUBA BACK-UP DAN PUJI DIA BERDAYA SAING DI PERINGKAT ANTARABANGSA

 


*AFIF, SIAPA SEBENARNYA YANG DANGKAL DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?*
Kenyataan YB Afif Bahardin bahawa ucapan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Perhimpunan Agung UMNO semalam bersifat dangkal dan tidak bertanggungjawab mencerminkan betapa terpisahnya daripada realiti di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kedudukan sebenar daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Seperti boss beliau, tampaknya Afif lebih suka menggunakan statistik secara selective untuk mengelirukan orang ramai.
Seperti dilaporkan UNCTAD, net FDI inflows Malaysia pada tahun 2020 jatuh kepada US$2.5 bilion, iaitu kejatuhan sebanyak 68% dan merupakan negara tercorot dari segi aliran masuk bersih FDI di kalangan negara rantau Asia. Mengapa Afif tidak menafikan fakta ini?
Selain itu Afif juga menggunakan DHL Global Connectedness Index (GCI) 2020 yang sebenarnya mengukur prestasi negara bagi tahun 2017 sehingga 2018 di mana pada masa itu Kerajaan PN masih belum wujud dan Azmin Ali masih belum menjadi menteri MITI.
Sebenarnya sebahagian besar prestasi Malaysia dalam DHL GCI mengalami peningkatan pada masa zaman BN sebagai Kerajaan iaitu ranking ke-34 pada tahun 2001 dan meningkat sehingga ranking ke-17 pada tahun 2017.

NAJIB SANGGAH PPBM MENGATAKAN PELABURAN ASING DI MALAYSIA NAIK..!!

 


Petang tadi, PPBM keluarkan kenyataan untuk bidas bekas Menteri Kewangan II Johari Ghani sebab Johari kata pelaburan asing ke Malaysai telah jatuh teruk sejak PRU14.
PPBM kata pelaburan asing ke Malaysia sebenarnya naik 5.8% ke RM108..3 bilion tahun lepas sebab kerajaan PN dan Menteri MITI amat bagus.
(Jangan ketawa sebab ada juga yang akan percaya pelaburan asing ke Malaysia sebenarnya naik tahun lepas)
Entahlah. Data rasmi MIDA (di bawah MITI) kata pelaburan asing jatuh ke RM13 bilion tahun lepas.
"2 Mac 2021: Malaysia says FDI inflows dropped 56% in 2020 to $3.4 bln"

Monday, March 29, 2021

HSR : KERAJAAN PN selesai membayar gantirugi RM320 juta kepada Singapura.

 


Dengan ini, projek HSR KL-Singapura terbatal dengan rasminya setelah Malaysia selesai membayar gantirugi RM320 juta kepada Singapura.
Mengikut laporan media dan sumber dalaman, projek ini akan diganti dengan projek keretapi Kuala Lumpur-Johor Bahru dengan menggunakan teknologi ETS KL Sentral ke KLIA yang lebih perlahan berbanding keretapi 350km sejam untuk projek asal.
Kos HSR-JB juga dilaporkan antara RM63 bilion hingga RM65 bilion - iaitu tak jauh berbeza berbanding kos asal sebanyak RM60 bilion hingga RM68 billion untuk projek asal HSR KL ke Singapura.
Akibat penukaran ini, jumlah penumpang setahun juga dijangka turun dari 8.4 juta setahun ke 4.2 juta menjelang tahun 2031.
Ini akan memberi impak yang amat besar dari segi harga tiket (pengguna dari Singapura mampu membayar tambang lebih mahal) dan jumlah penumpang sehingga projek ini mengalami kerugian besar tahunan memanjang - bermakna kerajaan mungkin akan perlu membayar gantirugi setiap tahun atau bail-out operator HSR pada masa depan.
 

Tuesday, March 23, 2021

PAS dah lain bila jadi kerajaan!


“Dulu bukan main berdegar-degar, demo sana demo sini. Sekarang, bila dah jadi kerajaan, senyap! PAS dan tak macam dulu. PAS dah lain bila jadi kerajaan!” – Ini salah satu soalan yang diajukan kepada saya dalam satu program usrah di Semenyih baru-baru ini.


“Saya setuju”. Itu respons segera saya.

“Kalau sama macam dulu, maknanya PAS bukan kerajaan, tapi masih pembangkang. Pembangkang bukan kerajaan.”, saya tambah.


Ramai yang senyum. Mungkin kerana seronok mendengar jawaban saya. Atau mungkin senyum kerana ada point untuk mereka jawab kepada netizen, apabila soalan seumpama itu mereka hadap.


PAS, apabila menjadi kerajaan perlu buat kerja cara kerajaan, bukan cara pembangkang lagi. Jika pembangkang nature-nya adalah bersuara, bertempik dan berhimpun, itu adalah biasa. Jika pembangkang tak buat apa-apa, maknanya sama ada pembangkang tersebut sudah hilang taring, atau mungkin tak tau buat kerja.

Wednesday, March 17, 2021

BENARKAH NILAI PELABURAN KE KEDAH ADALAH RM68BIL SEPERTI DIKATAKAN KETUA PEMUDA PAS KEDAH?


 Ada yg bertanya betul ke angka pelaburan yg masuk ke kedah sebesar 68bilion? Angka itu disebut oleh Nurul Amin Hamid. Sy jengok fb beliau memang ada dalam postingnya. Dibaca profail .. Nurul Amin ini ketua pemuda pas kedah. Tidak pasti ada jawatan dlm kerajaan ke tidak.


Sumber resmi yg sering dirujuk jika berkait pelaburan ialah MIDA. Ini perkara asas utk siapa shj yg ingin tahu ttg info pelaburan.


Pelaburan asing, pelaburan domestik, pelaburan mengikut sektor - pembuatan, perkhidmatan dll. Jumlah projek dan peluang kerja yg diujudkan. Prestasi pelaburan mengikut negeri pun ada. Pendek kata info di hujung jari.


Berbalik kpd 68bilion yg ditulis oleh Nurul Amin, sy masuk semak laporan MIDA 2021.

Tuesday, March 16, 2021

JANGAN TAKUTKAN RAKYAT UNTUK BERSUARA


 JANGAN TAKUTKAN RAKYAT UNTUK BERSUARA


1. Timbul dua pandangan apabila kerajaan menguatkuasakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021. Ini kerana Ordinan ini memperuntukkan hukuman yang tinggi bagi kesalahan menyebar "berita palsu" berkaitan darurat dan Covid -19.


2. Bagi yang menyokong, mereka memberikan hujah berikut :


i. Ordinan ini bukan untuk menyusahkan rakyat, tetapi sebagai hukuman kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan kerisauan ramai.

ii. Ordinan ini perlu untuk mengawal kebebasan supaya tidak disalahgunakan. 

iii. Ordinan ini adalah peraturan untuk memandu rakyat dalam mengeluarkan pendapat tanpa menyakiti dan memfitnah sesiapa.

iv. Ordinan ini memudahkan polis bertindak tanpa perlu memohon perintah untuk siasat kerana permohonan ‘Order to Investigate’ boleh mengambil masa yang ‘agak lama’.

Sunday, March 14, 2021

DENDA 10K LANGGAR SOP.. APAKAH PEMERINTAH NEGARA SUDAH HILANG RASA BUDI BICARA?

 
APAKAH PEMERINTAH NEGARA MALAYSIA SUDAH HILANG RASA BUDI BICARA?
 
MARI KITA LIHAT PENDAPAT NETIZEN DI KOMEN FB PENANG NETIZEN
 

SAJA NAK HABAQ, MINTAK-MINTAK LEPAS NIE JANGAN PULA JADI SUCI!!

 


17 Februari 2021 :
SPRM siasat bekas pegawai khas menteri serta merampas tunai berjumlah RM1.2 juta di rumah dan pejabat. Menteri yang dikaitkan ialah Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Tenaga.
 
24 Februari 2021 :
SPRM tidak menafikan bahawa Xavier Jayakumar juga turut disiasat.
 
13 Mac 2021 :
Xavier Jayakumar umum letak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti serta seterusnya isytihar menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Thursday, February 25, 2021

Macam mana vaksin COVID-19 ni boleh dikaji dan dibuat dalam hanya 1 tahun sahaja..!!

Ramai orang tanya, macam mana vaksin COVID ni boleh dikaji dan dibuat dalam hanya 1 tahun sedangkan vaksin sebelum ini mengambil masa 10 tahun untuk dikeluarkan?
Mai nak cerita apa yang depa dah buat naaaaa.
Sejarah menunjukkan untuk membuat satu vaksin boleh mengambil masa 10 hingga 15 tahun. Sebelum ini vaksin yang paling cepat sekali untuk dikeluarkan ialah vaksin untuk mumps atau beguk, dan ini pun mengambil masa 4 tahun.
Bagaimanakah saintis di seluruh dunia bergabung tenaga untuk menyediakan vaksin COVID-19 dalam masa 1 tahun?
Sebenarnya, mereka telah mengharungi cabaran besar untuk menjayakan matlamat ini.
Saya sampaikan kepada anda 10 Fakta yang telah membantu membuat vaksin dengan begitu cepat.
Pertama:
Dengan sebab adanya PANDEMIC dimana sudah ada banyak kematian, situasi ini telah memaksa saintis dari seluruh dunia untuk bekerjasama. Bukannya senang nak bersepakat tetapi mereka terpaksa sebab pandemic ini telah menyebabkan banyak projek-projek lain tergendala.
We have International cooperation from big teams of researchers.

Saturday, February 20, 2021

APAKAH KERAJAAN PN NAIKKAN NILAI MAKSIMA PROJEK LANTIKKAN TERUS SEBAGAI SALAH SATU CARA PEMBERIAN DEDAK UNTUK KRONI DIBAWAH?



 Nampaknya satu lagi kecelakaan dilakukan oleh kerajaan PN dengan menaikkan nilai maksima untuk kontrak pemberian tender secara lantikan terus kepada kontraktor.. 

Perkara ini sepatutnya dilakukan dalam parlimen namun disebabkan parlimen digantung maka main ikut suka depa nak naik berapa dan nak serah kepada siapa.. 

Sewaktu menteri kewangan PN dedahkan dalam parlimen mengatakan ada pemberian projek tender secara lantikan terus dilakukan oleh kerajaan PH maka bertempik lah penyokong dan pimpinan PN mengatakan PH tak telus dalam pemberian tender.. Bilamana PH desak dedahkan siapa menteri dan kementerian mana yg memberikan tender lantikan terus itu dan bila dijawab dalam parlimen maka pakat diam sepi habis kerana yg melakukan perkara sedemikan kebanyakannya menteri yg kekal dlm kerajaan PN skrg... 

Friday, February 19, 2021

USTAZ AHMAD HUSAM DILARANG BERKULIAH DI MASJID DALAM NEGERI KEDAH..!!

Nampaknya JABATAN AGAMA NEGERI KEDAH telah mengeluarkan arahan supaya PENCERAMAH AGAMA iaitu USTAZ AHMAD HUSAM sudah tidak dibenarkan berceramah berkuliah bertazkirah di surau masjid dalam negeri KEDAH kerana beliau tidak mempunya TAULIAH dari pejabat agama.


 


Saturday, February 13, 2021

TQ TUN.. NEXT PRU15 PH MAHUKAN ANWAR SEBAGAI PM..

 

Terima kasih Dr. Dzul. Setidaknya ungkapan Dr. Dzul ini lebih waras dan rasional berbanding Khalid Samad. Tapi...


Sebenarnya bukan setakat rakyat mahukan DS Anwar sebagai PM, rakyat juga tidak mahu Mahathir terlibat langsung dengan PH.


Ini adalah dapatan aku berdasarkan komen di portal berita rasmi dan posting kenalan aku di facebook. Bukan pendapat aku sendiri.


Kalau pendapat aku secara peribadi aku okey untuk terima Mahathir asalkan bukan dia PM. Tapi tidak bagi sebahagian besar penyokong.


Dan sebenarnya ada logiknya juga. Mahathir dan parti tak cukup bulannya tiada kekuatan langsung. Tiada air umbi dan tiada jentera.

Thursday, February 11, 2021

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal dalam urus tadbir PKP 2.0

Kenyataan Pemuda AMANAH Kedah


11 Februari 2021 | Khamis


Kerajaan Perikatan Nasional Gagal dalam urus tadbir PKP 2.0.


Sekejap begini, sekejap begitu itulah boleh dirungkaikan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkaitan pematuhan SOP. Ini menunjukkan kegagalan urus tadbir dan tidak bersistematik. Apa makna PKP 2.0 serta Proklamasi Darurat diadakan sekiranya setiap hari kes positif meningkat dan kadar kematian harian membimbangkan.


Perihal yang berlainan adalah SOP yang diadakan dikategorikan pada dua iaitu marhein dan bangsawan. Mengapa terjadi begini? Adakah SOP ini untuk rakyat marhein sahaja dengan tindakan yang drastik tangkap,reman dan dakwa? Kalau di negara-negara lain SOP diperkenalkan untuk semua rakyatnya tidak mengira latar belakang. Umpama pepatah ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus hakikatnya tidak sebegitu.


Terbaru Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri membenarkan waktu  operasi kedai makan dalam premis dengan garis panduan baru iaitu satu meja hanya dua orang. Sepatutnya perihal ini telah dijalankan lebih awal bukannya setelah didesak. Rata-rata pengusaha premis terpaksa menutup premis yang dijalankan dan ada yang gulung tikar. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa PKP 2.0 ini gagal mencapai matlamat yang sebenar dan benar-benar menekan rakyat bawahan.

Wednesday, February 10, 2021

BUKU DAH BACA KE BELUM, TAPI DAH KALUT BUAT REPORT POLIS..

 Kera Yang Makan Cabai, Dia Juga Yang Rasa Pedas tetapi kenapa pula ayam riuh sekampung?
Oleh : Stephen Ng 


Saya amat terharu apabila terbaca berita berkenaan dengan 15 laporan polis yang dibuat oleh segelintir orang Melayu Kelantan berkenaan dengan buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.

Sekiranya ditanyakan kepada mereka yang membuat laporan polis tersebut, saya percaya ada di kalangan mereka yang memang belum membaca buku yang dipena oleh seorang mantan peguam negara.


Buku tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi laporan polis yang dibuat tersebut adalah oleh kalangan orang Melayu Kelantan, di mana kebanyakan mereka lebih fasih dalam Bahasa Melayu daripada Bahasa Inggeris.


Sedangkan orang Melayu yang fasih dalam Bahasa Inggeris yang telahpun membaca buku Tommy Thomas seperti Mariam Mokhtar dan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Rafidah Aziz, dan mereka memberi sokongan kepada Tommy.


Oleh demikian, polis seharusnya menyiasat kumpulan ini samada laporan polis palsu telah dibuat oleh mereka, kerana tanpa membaca buku tersebut, bagaimanakah mereka boleh membuat laporan polis?
Begitu mudahkan pihak polis menerima aduan-aduan yang dibuat oleh orang yang sepatutnya membaca memoir tersebut? Apakah tujuan 15 orang ini sebenarnya dalam laporan polis yang dibuat? 


Bagi saya, walaupun sebanyak 134 laporan polis telahpun dibuat, buku ini adalah tetap hanya sebuah memoir yang ditulis oleh seorang mantan peguam negara. 


Memoir Tetap Memoir

Sunday, February 7, 2021

Pertembungan KEDAI MAKAN Vs KELAB MALAM di musim PKP Bawah Kerajaan MELAYU ISLAM PN!


 KEDAI MAKAN vs KELAB MALAM


1. Kedai makan hidang makanan dan minuman meliputi kepelbagaian tempat dan masakan.


Kelab malam hidang arak dan muzik rancak meliputi kepelbagaian irama dan citarasa.


2. Kedai makan ada pelayan perempuan atau waitress yang ambik pesanan.


Kelab malam ada guest relation officer atau ringkasnya GRO untuk teman menari.


3. Kedai makan boleh kekalkan jarak sosial bila waitress mai ambik order.


Kelab malam rugi duit la bila dah order GRO nak duduk jauh-jauh.


4. Kedai makan boleh take away atau order air bungkus ikat tepi, minum sambil naik motor


Kelab malam tak pernah dengar lagi la orang order arak bungkus ikat tepi.


Kesimpulannya elok katop terus kelab malam tu, banyak buruk dari baiknya.. lebih baik bagi kedai makan beroperasi macam biasa dengan SOP yang ketat..


Link fb : KLIK SINI



Friday, February 5, 2021

TUKANG RUMAH DISAMAN RM1000 SEBAB BUAT KERJA WAKTU PERINTAH PKP 2.0



Nampaknya jika anda mahu bertukang untuk bina rumah anda sendiri guna tukang kampung maka ia menjadi satu kesalahan dalam musim PKP 2.0 ini. 

Jadi oleh itu dinasihatkan supaya anda semua mana yg mahu membina rumah sendiri jadi tangguhkan lah dahulu kerja anda itu dan tunggulah habis perintah PKP ini baru jalankan semula kerja anda.. 

Kebenaran yg dibenarkan adalah untuk kontraktor besar yg projek perumahan juta juta sana tetapi untuk tukang kampung dan projek kecil anda janganlah teruskan projek anda kerana nanti akan kena saman RM1000 seorang.. 

#kitajagakita 
#kitabelummenang 
#rakyatdokrumah
#takpayahcarimakan





 

Salurkan Peruntukan Kepada Semua Ahli Parlimen Bagi Membantu Rakyat Semasa Pandemik


 Salurkan Peruntukan Kepada Semua Ahli Parlimen Bagi Membantu Rakyat Semasa Pandemik 


1. Sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri semasa mengumumkan pengisytiharan darurat, beliau menggesa semua ahli politik untuk mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat ketika kita berdepan dengan gelombang ketiga pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Tambah beliau lagi, bila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab. Justeru, kami Ahli Parlimen Pembangkang menuntut janji Perdana Menteri untuk berpolitik dengan penuh bertanggungjawab dengan menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang. 


2. Ketika kita sedang berperang melawan Covid-19 dalam situasi yang luar biasa, Kerajaan PN dituntut untuk mengambil tindakan yang luar biasa juga. Ini termasuklah dengan memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang sebagaimana yang diterima oleh Ahli Parlimen dari pihak Kerajaan. Peruntukan ini akan membantu Ahli Parlimen Pembangkang menyalurkan dan mengusahakan bantuan kepada penduduk di kawasan kami yang terbeban akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Rakyat dan para pengundi kawasan Parlimen Pembangkang tidak sepatutnya menjadi mangsa atas keputusan dan hak demokratik mereka. 

Monday, February 1, 2021

ADAKAH KERANA POLITIK KERAT GUNAKAN KKM UNTUK TIDAK BERKONGSI "DATA SEMASA" PENULARAN COVID DGN STFC - SELANGOR...???

 

ADAKAH KERANA POLITIK KERAT GUNAKAN KKM UNTUK TIDAK BERKONGSI "DATA SEMASA" PENULARAN COVID DGN STFC - SELANGOR...???

#Viralbroadcast  #Mesti_Baca 


1) Adakah kerana politik KERAT pergunakan KKM utk tidak berkongsi Data Semasa atau "Realtime Data" penularan COVID-19 sekaligus membantutkan usaha PANTAS "Contact Tracing dan pengasingan pesakit COVID-19 secara lebih SEGERA sebelum berlaku penularan seterusnya??? 


2) JIKA ini BENAR, ia adalah sesuatu yg AMAT malang dan tidak bertanggungjawab kerana ia bukan shj membahayakan nyawa Rakyat Selangor tetapi juga merisikokan penularan ke seluruh negara.


3) Cuba baca dan fahamkan betul-betul Item 10 sehingga 19 dalam tulisan panjang lebar Dr. Musa Mohd Nordin di bawah ini. Beliau mendakwa KERAT mendenda dan mengganggu premis-premis yg memaparkan QR Code Selangkah bagi digantikan dgn MySejahtera. Ini menyebabkan Database SELANGKAH terganggu.


4) Tapi KKM tidak pula mahu berkongsi "Realtime Data" dgn STFC menyebabkan mereka juga turut lambat melakukan "Contract Tracing" dan mengasingkan pesakit COVID-19 dari masyarakat.


5) KKM terlalu lambat bertindak sdgkan seperti disebut oleh Dr Dzul dan DS Anwar Ibrahim dalam Wacana COVID-19 & Vaksin Buat Rakyat, kita patut "RAMP UP" testing seperti dilakukan oleh Singapura, Taiwan, New Zealand, malah US dan negara-negara yg berjaya menangani COVID-19.


6) Bagi STFC, yg PERTAMA mereka mahu menyegerakan "COVID-19 Testing" (Ramp up), KEDUA mereka melakukan "Contract Tracing" yg pantas, bertindak "hyper-active" supaya pantas mengasingkan pesakit dari masyarakat yg sihat SEBELUM sempat ia menular ke individu seterusnya. Menurut Dr. Musa Mohd Nordin, STFC cuba berkongsi pandangan dan idea ini dgn KKM tapi mereka buat pekak badak.


7) Dr. Dzul pula berkata, mempercepatkan "Contract Tracing" juga dilakukan oleh banyak negara termasuk Thailand dan Vietnam dengan menambah peruntukan bagi Frontliners, merekrut lebih ramai petugas dgn budget besar disediakan sehingga menambah kekuatan 5 kali ganda menjadikan "Contract Tracing" mereka menjadi cekap dan pantas sebelum pesakit yg dijangkiti sempat menularkannya kpd org lain.

Friday, January 29, 2021

Kenapa DAP masih disimpan sampai sekarang walaupun mereka sudah ada kuasa?

Ada satu saja alasan kenapa Pas tak henti-hanti mainkan nama DAP. Iaitu kerana Pas tiada apa lagi yang mampu diperkatakan.

Berpuluh tahun dahulu Pas berdiri atas nama kerajaan Islam, kepimpinan ulama, hudud dan semua yang ada nama Islam.

Tapi sekarang tidak ada apa lagi pun yang Pas hendak laungkan.

Negara Islam? Pas adalah parti Melayu sekarang seperti tertulis dalam status Hadi sendiri. Pas cuma mahu negara Melayu. Bukan lagi negara Islam. Sebab itu sampai sanggup mencuri mandat.

Sudah tiba masanya UMNO.. "No proxy PPBM no proxy Mahathir?"


 PEMIMPIN DATANG DAN PERGI TAPI MAHATHIR KEKAL ABADI


#UMNO - tidak sesekali akan tunduk, melutut atau dipatahkan.


UMNO selepas 1988 bukan lagi UMNO demi agama bangsa dan negara. Ia hanya UMNO demi Mahathir. Ia perisai Mahathir.


Selepas tekanan 1998 pun begitu. UMNO demi Mahathir. Tanpa rela, UMNO pindah ke tangan Pak Lah. Dengan syarat tetap tunduk kepada Mahathir.


Pembebasan Anwar dan kekalahan Mukhriz dalam pemilihan Ketua Pemuda sebabkan Mahathir keluar UMNO. Akibatnya UMNO kalah di Selangor, Perak dan Penang. Pak Lah mengalah.


4 April 2009, sehari selepas Najib angkat sumpah Perdana Menteri, Mahathir masuk balik UMNO. UMNO kembali menjadi perisai Mahathir.

Tuesday, January 26, 2021

Apakah DARURAT ABAHCOW bertetapan dengan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

 

Apa itu DARURAT.. Apa berlaku jika DARURAT.. Apa yang perlu dilakukan jika DARURAT... Macamana nak umumkan DARURAT... ??? 

Semua ini perlu dihuraikan baru boleh diumumkan DARURAT... dan nak pastikan DARURAT itu wujud maka PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN sudah ada panduan dan peraturan untuk diumumkan sesuatu DARURAT...

Apakah DARURAT ABAHCOW bertetapan dengan perlembagaan PERSEKUTUAN..???

dari LINK sumber : KLIK SINI


Huraian dibawah...

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PART XI - KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT


KAEDAH TERBAIK PADA KERAJAAN PN NAK SELESAIKAN MASALAH RAKYAT UNTUK DAPATKAN TABLET UNTUK PELAJAR

 


PRIORITY KE LAUT...??
Mcmnilah org politik punya angkara yg berbelanja utk mereka bermewah sehingga rakyat susah.
Serupa mcm duit Petronas. Jika sejak dulu diguna dgn betul, rakyat Malaysia akan dpt pendidikan percuma dan tak perlu pinjam PTPTN pun.
MALAH jika kekayaan Malaysia ni tidak dirompak, tiada rakyat yg akan hidup di bawah garis kemiskinan.
Wallahualam.
- Zus Din
26 Januari 2021
 

 

Monday, January 25, 2021

VAKSIN COVID-19 - SIAPA UNTUNG DAN SIAPA RUGI?


 Nampaknya ada benda persoalan yg harus dijawab oleh pihak kerajaan berkenaan pembelian vaksin ini.. 

Lihatlah video yg perbahasan dalam parlimen berkenaan vaksin tersebut.. 



Sunday, January 24, 2021

ANWAR DAN DARURAT.. ANTARA DARURAT PARLIMEN DAN DARURAT COVID-19?


 ANWAR IBRAHIM: DARURAT DAN PARLIMEN

SOALAN: Kerajaan PN menggunakan mantra pandemik. Kenapa Dato Seri bangkang darurat kerana solah-olah Dato Seri tidak mengutamakan masalah rakyat yang berdepan dengan pandemik ini?

JAWAPAN DSAI: Itulah mantra dan propaganda kerajaan. Kenapa kita pertikai darurat? Kerana ini bukan penyelesaian masalah pandemik.

Mengapa kita pertikaikan belanjawan tahun lalu yang diumumkan? Kerana belanjawan itu bukan belanjawan Covid. Diwawarkan sebagai belanjawan Covid tetapi belanja untuk aparat-aparat politik masih tinggi. Peruntukan untuk vaksin pun tidak ada. Diumumkan RM3 bilion tetapi tidak dimasukkan dalam kertas belanjawan.

Saturday, January 23, 2021

ANTARA PKP LONGGAR MACAM SEKARANG ATAU BUAT SECARA KETAT SEKALI SAHAJA?


 Saya lukis supaya semua faham.

Selain tidak dapat membendung Covid dengan paling effektif, MCO 2.0 yang longgar bakal mewujudkan ekonomi dua kelajuan yang tidak adil dan akan memperluaskan jurang pendapatan negara.

Demi mengelak ketidakadilan antara golongan kroni dengan Rakyat serta memanfaatkan tempoh PKP sepenuhnya supaya dapat mengurangkan penularan Covid dengan paling berkesan, buatlah PKP 2.0 yang paling ketat untuk masa yang singkat berbanding PKP 2.0 longgar tidak macam PKP yang akan dilanjutkan berkali-kali.

Short term gain supaya kita dapat long-term gain.


Najib Razak 

Friday, January 22, 2021

10 kesilapan Pas yang menyebabkan rakyat benci

 


1). Berpakat jatuhkan kerajaan yang sah di pilih rakyat.

2). Berpakat dengan pesalah yang ada kes mahkamah secara tidak langsung mengiktiraf halalkan perbuatan jenayah.

3). Berkawan dengan Umno padahal berzaman ia tarbiyah rakyat kutuk, laknat, benci kan Umno.

4). Berpakat dengan perompak penyamun masuk ikut pintu belakang atau tebuk atap.

Thursday, January 21, 2021

FDI MALAYSIA BELUM KUKUH, YANG MASUK BERKURANG YANG ADA ASYIK KELUAR..!!

 Image may contain: text that says 'T BH ONLINE Sony akan 'tutup buku' di Perai selepas 36 tahun, 3,400 pekerja terjejas Ying December 2020 RAKYAT Info. Q Hyundai pindah ibu pejabat serantau di Malaysia ke Indonesia Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my January 2021 @ 6:24pm PKP 2.0: Toyota dan Honda tutup operasi kilang di Malaysia SONY 5/01/2121 00PM SONY Sebilangan pekerja akan Upindahkan e slang Selangor Bangi'

20 Januari 2021
1. Saya merujuk kepada status Facebook yang dimuatnaik oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia, pada 17 Januari 2021 berkenaan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau Volkswagen di Tanjung Pelepas, Johor. Pembukaan pusat ini merupakan berita baik bagi sektor ekonomi dan peluang pekerjaan negara lebih-lebih lagi kepada rakyat Johor.
2. Namun, perkembangan ini juga merupakan bukti ekonomi dan pelaburan Malaysia masih tidak kukuh. Projek pembukaan pusat serantau ini telah diumumkan semenjak tahun 2016 dan dijadualkan siap pada penghujung tahun 2018. Tetapi, atas faktor ekonomi dan halatuju negara yang tidak meyakinkan, ia hanya dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2021. Ia bukan contoh pelaburan asing langsung dalam keadaan pandemik.
3. Saya menggesa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negeri. Tambahan lagi, kerajaan juga wajib meneliti dan merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan-pelaburan ini bagi rakyat dan ekonomi Malaysia.

MAMPUKAH PEJUANG SOSMED PH BERHADAPAN JENTERA KERAJAAN PN YANG SEMAKIN AKTIF SEKARANG INI?

 


Aku singgah MalaysiaKini tadi. Baca berita tentang kenyataan DS Anwar yang PH akan mencabar keputusan PM untuk menggantung sidang Dewan Rakyat, dan bukannya darurat.
Seperti biasa aku akan jenguk ke ruangan komen untuk melihat mood rakyat. Ini adalah sebahagian daripada cara aku melihat bagaimana reaksi rakyat terhadap isu semasa.
Seperti dijangka, ada banyak yang mengecam DS Anwar. Yang mendoakan beliau terjangkit Covid-19 pun ada. Tetapi ramai juga sebenarnya yang menyokong kenyataan beliau.
Aku luangkan sedikit masa untuk melihat profile mereka yang mengecam DS Anwar. Dalam lebih kurang 40 pengomen, lebih 90% daripada mereka mempunyai profile yang meragukan.
Antaranya;
1. Akaun yang baru dicipta.
2. Buat posting hanya setahun sekali.
3. Tidak pernah menulis posting. Hanya share beberapa posts setiap hari tanpa tema tertentu.
4. Tak pernah post apa-apa hanya tag dari orang lain.
6. Tak punya posting selain tukar gambar profile.
5. Akaun yang lama tak aktif, hampir malah ada yang lebih dari setahun.
7. Ada juga yang tak punya Friends.

Wednesday, January 20, 2021

PEMIMPIN LUAR NEGARA MEREKALAH ORANG YANG PERTAMA AMBIL VAKSIN, MAI MALAYSIA MOHON SUKARELAWAN..!!!

 

Lihatlah pimpinan negara luar.. mereka menjadi contoh untuk rakyat dimana merekalah orang yang pertama mengambil vaksin untuk meyakinkan rakyat negara mereka.. tapi di Malaysia tak ada seorang pun pimpinan kerajaan tampil.. namun yang dimintanya ialah 3000 sukarelawan daripada rakyat sendiri..

Image may contain: text

 Lihatlah apa kata netizen bilamana pimpinan sendiri yg penakut...

KEGAGALAN KERAJAAN PN MENGAWAL RENTAS NEGERI PADA OKT, NOV, DEC.. RAKYAT SEDANG TANGGUNG NATIJAHNYA SEKARANG

 

Singapura adalah negara dengan statistik kes Covid bagi setiap 1 juta penduduk paling tinggi antara negara-negara ASEAN.


Namun ini tidak memberi gambaran yang sebenar sebab kes Covid mula mencanak di Singapura pada bulan April tahun lepas apabila penularan Covid dikesan antara pekerja-pekerja asing dalam sektor pembinaan dan pembuatan.


Akibatnya semua pekerja asing seluruh Singapura diarahkan untuk berkurung dalam asrama masing-masing dan tidak dibenarkan untuk bekerja selagi asrama mereka tidak disahkan bebas Covid.


Tuesday, January 19, 2021

ADAKAH PM CUBA MENIPU RAKYAT BERKENAAN PROJEK DEWAN RM35JUTA DI PAGOH?


Berkenaan projek pembinaan dewan oleh PM di Parlimen Pagoh nampaknya ada sesuatu kemusykilan yg timbul.. 


Jika dilihat jawapan yang diberikan ada percanggahan.. Jadi pandai2 lah anda fikirkan apakah matlamat sebenar berkenaan projek tersebut.. 

Adakah sebagai habuan untuk orang di sana.. Entahlah.. Akal ada sendiri mau pikiaqlah... 

Wednesday, January 13, 2021

DARURAT UMPAMA WAD ICU BUAT MUHYIDDIN


Tidak ramai yang bersetuju dengan langkah diambil Muhyiddin untuk mempertahankan kedudukannya dengan memohon perkenan Agong isytiharkan darurat. Apapun darurat telah diisytiharkan dalam keadaan dipertikaikan.


Darurat ini bolehlah disifatkan sebagai wad ICU kepada Muhyiddin dan kerajaan PN. Biasanya orang dalam ICU diberikan bantuan pernafasan. Selama mana sangat beliau mampu bergantung kepada bantuan penafasan itu? Sebulan, dua bulan? 


Kerana keberadaan bantuan pernafasan itu terhad dan kemudahan katil ICU juga terhad, bukan Muhyiddin sahaja yang memerlukannya, orang lain juga perlu dilayan sama rata. Pihak Hospital akhirnya terpaksa juga mencabut segala wayer bantuan pernafasan itu dan membiarkan Muhyiddin bernafas sendiri.

Tuesday, January 12, 2021

Failed - itulah gred yang paling layak diberikan kepada Kerajaan PN!


 Failed - itulah gred yang paling layak diberikan kepada Kerajaan Campuran Bersatu, Pas, UMNO-BN, GPS, GRS yang kini menjadi Kerajaan Malaysia.


Dahulu mereka kata kalau PH terus memerintah, ramai rakyat negara ini akan mati sebab Covid tetapi hari ini sudah terbukti bahawa mereka sebenarnya yang gagal menangani penularan Covid sehingga PKP terpaksa dikenakan semula. 


Yang rakyat nampak, kluster Menteri Kayangan bebas melanggar SOP dan terlepas hukuman undang-undang. Tetapi rakyat bawahan dikenakan denda yang berat dan disuruh patuh pada SOP.

Monday, January 11, 2021

KEDAH kena PKPB dimana tak boleh ada pergerakan antara negeri..

 

 
 Nampaknya masih ramai yg keliru apa itu PKP, PKPB dan PKPP
 
PKP - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Dalam ertikata tak boleh keluar negeri atau pun daerah.. dalam bahasa mudah nak bagi faham tak boleh keluar rumah..
 
PKPB - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
Disini nak bergerak antara negeri tak boleh tetapi antara daerah boleh...

PKPP - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN..
Boleh bergerak merata namun kena faham tak boleh masuk kawasan PKP...

Antara 111 & 110.. Nak ikut PERLEMBAGAAN atau nak ikut kepala PM ABAHKAU..


 Correct me if im wrong.


Kat malaysia undang2 tertinggi adalah Perlembagaan Negara.


Dalam Perlembagaan Negara jelas mengatakan seorang Perdana Menteri perlu memiliki sejumlah 111 org mp yg menyokong beliau utk terus menjalankan tugas2 sebagai Perdana Menteri


Bila hilang angka 111 (contoh 110) maka ianya sudah tidak selari dgn apa yg dituntut oleh Perlembagaan Negara.


Tidak timbul isu "ahli akedemik berpendapat PM blh terus memerintah" kerana negara ini berpandukan apa yg ditulis didalam Perlembagaan Negara dan bukan ikut kehendak atau pendapat so called ahli akedemik.


Jadi, sebagai seorang PM, muhyiddin yassin bertanggungjawab menghadap YDPA dan memaklumkan baginda bahawa jumlah sokongan terkini yg dia ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...