Sunday, August 21, 2022

NAJIB DIDAPATI BERSALAH REMBAT DUIT KWAP, ITU DUIT PENCEN HANGPA LAA YG DISALAH GUNA!


 Sebab ramai pula yang nak solat hajat, saya repost balik artikel lama saya untuk pakcik makcik yang kebanyakannya pesara kakitangan awam, dari mana sumber wang SRC ini.


Pakcik Makcik, ini saya hendak beri tahu, yang Duit 4 billion KWAP yang Najib Razak sebat itu adalah duit pencen Pakcik Makcik yang di salah guna ke dalam SRC. Najib Razak sudah di buktikan bersalah oleh Mahkamah dan alasan dia yang paling bagus untuk selamatkan diri telah di jawab oleh Yang Mulia Hakim dalam Mahkamah.


"Saya mangsa penipuan Jho Low" - Hakim kata Najib tahu wang masuk dalam akaun Am Bank dia tapi dia tak report pun pada pihak berkuasa. Lagi satu dia kata dia mangsa tipu Jho Low, tapi hakim kata siapa Tuan Jho Low ( Najib la tuewww)

YANG MANA SATU BETUL.. SANUSI KATA KEDAH ADA RM600JUTA TAPI DR MAIL KATA ADA RM357 JUTA!


 20 Ogos 2022 | Sabtu

MB KEDAH BERBOHONG DAN TIDAK KOMPETEN

Fakta sebenar rizab negeri Kedah mengikut tahun adalah seperti berikut :

- Tahun 2015 Rm 43.41 juta
- Tahun 2016 Rm 70.69 juta
- Tahun 2017 Rm 153.92 juta
- Tahun 2018 Rm74.57 juta 
- Tahun 2019 Rm 320.48 juta
- Tahun 2020 Rm 357.03 juta

Kerajaan PH telah menyimpan sebanyak RM 320.48 juta pada tahun 2019 dan di bawa ke tahun 2020 sehingga bulan Mei 2020 bila Kerajaan PH di rampas.

Pada akhir tahun 2020 rizab Kedah berjumlah Rm 357.03 juta, hanya pertambahan 37 juta dari tahun sebelumnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...