Saturday, May 1, 2021

NAJIB BANTAI JKOM BILAMANA BELIAU DIKATAKAN SUKA KRITIK KERAJAAN PN.


 Ada Jkom yang kritik kata saya hanya mengkritik kerajaan sahaja. Najib patut bantu kerajaan. Jangan hanya menghasut sahaja.


Tapi mereka lupa atau enggan mengaku ialah dari mula perlaksanaan PKP 2.0 saya dah berulang-kali kata cara perlaksanaan PKP 2.0 kerajaan tidak akan berjaya. 


Tak perlu darurat sebab PKP 1.0 tiada darurat boleh berjaya dan tiada sebab PKP 2.0 tidak boleh berjaya tanpa darurat jika dibuat dengan betul.


Tapi dari mulanya niat PKP 2.0 sudah tidak betul, tentu akan gagal dan hanya akan menyusahkan Rakyat secara berpanjangan, membazir duit kerajaan dan hasilnya ialah kita akan terpaksa buat PKP 3.0 tak lama lagi.


Dari bulan Januari lagi saya dah kata sasaran kerajaan untuk kurangkan kes ke dua angka supaya Rakyat boleh balik kampung untuk raya tidak akan kesampaian sebab logik, sains, data dan pengalaman PKPB untuk beberapa bulan pada akhir tahun 2020 adalah petunjuk bahawa ianya tak akan berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...