Tenang, 10 dan 11 Mei cuti umum jika HARAPAN menang
Diterbitkan 10 Apr 2018
Ketika kemarahan orang ramai terhadap pemilihan tarikh 9 Mei sebagai hari mengundi masih membara salah seorang pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil 'meredakan' keadaan.
Kata Dr Dzulkefly Ahmad, disebabkan hari pembuangan undi ditetapkan pada Rabu, HARAPAN menjanjikan yang lebih menarik kepada rakyat Malaysia jika mereka memenangi PRU yang dianggap antara paling sengit dalam sejarah itu.
Pengarah Strategi AMANAH itu berkata kerajaan HARAPAN akan mengisytiharkan dua hari berikutnya - 10 dan 11 Mei - sebagai cuti umum.
"Ia dibuat untuk menggalakkan dan meyakinkan rakyat serta pengundi supaya pulang mengundi dan seterusnya menyambut kemenangan rakyat," katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.
Tuesday, April 10, 2018
Mahathir janji kaji semula pelaburan China jika menang PRU14
Beliau berkata, pelaburan China dialu-alukan jika syarikat mendirikan operasi di Malaysia, guna pekerja tempatan dan bawa masuk modal ke dalam negara
KUALA LUMPUR: Pelabur China di Malaysia bakal hadapi lebih bbanyak tapisan jika bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Mahathir, yang merupakan calon perdana menteri pakatan pembangkang, dalam satu temubual Jumaat lepas berkata, pelabur China di alu-alukan sekiranya syarikat mereka mendirikan operasi di Malaysia, menggunakan pekerja tempatan dan membawa masuk modal serta teknologi ke dalam negara.
“Ini tidak berlaku sekarang,” katanya.
“Sekarang kita tidak dapat apa-apa daripada pelaburan,” kata Mahathir.
“Kita tidak mengalu-alukan itu,” katanya.
Komen Mahathir menggambarkan kebimbangan meluas tentang pelaburan China di serata Asia dan menimbulkan ketegangan politik dari Australia ke Sri Lanka.
Walaupun banyak negara mahu mengambil peluang daripada rancangan presiden Xi Jinping menawarkan pelaburan infrastruktur bernilai ratusan juta dolar AS ke serata dunia, tetapi mereka juga bersikap berhati-hati untuk tidak telalu bergantung kepada China.
Di Malaysia, pelaburan China menimbulkan kebimbangan tentang isu kedaulatan dan kesaksamaan ekonomi.
Gelombang PH melanda Temerloh malam tadi
MALAYSIA DATELINE
Orang ramai memenuhi Temerloh dalam jelajah PH malam tadi.
Selepas gelombang di utara dan selatan tanah air, malam tadi Pakatan Harapan mempamirkan sokongan rakyat kepada mereka di pantai timur pula iaitu Temerloh, Pahang.
Puluhan ribu berhimpun malam tadi dalam program Jelajah Peneroka PH di Kampung Chengal, Temerloh Pahang, malam tadi yang diketuai oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Di samping itu, siaran langsung melalui internet malam tadi mencecah 21,000 penonton yang mengikuti secara langsung perhimpunan ini.
Sebelum ini, ribuan orang juga menyertai himpunan JPH di Alor Setar dan Utan Aji Perlis.
Hujung minggu lalu, himpunan di Pasir Gudang dan Muar juga mendapat sambutan yang luar biasa.
Syed Saddiq: Jika Dr M kayakan anak, pasti SPRM serbu pejabat
PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pasti menyerbu pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar bekas perdana menteri itu mengayakan 3 orang anaknya.
Ketua Pemuda PPBM berkata pejabat pengerusi PPBM itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 7, Putrajaya terletak 3 minit sahaja dari bangunan SPRM.
“Dr Mahathir dah lepaskan jawatannya, saya kira, dah nak 15 tahun. Beliau tak berkuasa lagi. Kalau betul kronisme, SPRM dah lama pergi ke pejabat dia,” katanya.
Beliau berkata demikian di debat “Apa Pilihan Anak Muda: Barisan Nasional atau Pakatan Harapan” anjuran Sinar Harian, menemukan Syed Saddiq dan Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin.
Rahman sebelum itu mendakwa antara kejayaan Dr Mahathir adalah melahirkan 3 orang hartawan Melayu dan ketiga-tiganya adalah anaknya.
Syed Saddiq mempertikaikan dakwaan Rahman mengenai Dr Mahathir mengayakan ahli ahli keluarganya.
Subscribe to:
Posts (Atom)